Tuesday, December 20, 2011

Cantik itu mitos semata-mata?

Rasulullah s.a.w. bersabda, “sesungguhnya ALLAH S.W.T. tidak melihat luaran dan rupa kamu, tetapi ALLAH S.W.T. melihat hati kamu” – Muslim.

Bermulanya revolusi fesyen beberapa dekad dahulu mewujudkan pelbagai mitos tentang kecantikan yang datangnya dari Barat. Pasti anda ingin tahu mengapa saya menyatakan cantik itu adalah mitos. Ya, sejak berkembangnya kemajuan sains dan teknologi, manusia juga membangun dengan isu kecantikan. Melihat wanita-wanita yang menjadi ikon fesyen, dan menjadi ikutan wanita seluruh dunia, kecantikan memberi kesan yang hebat kepada masyarakat dunia.. antara mitos tentang kecantikan:
• Untuk tampil cantik, wanita harus memakai make up.
• Cantik dengan berpakaian seksi, mendedahkan aurat untuk tontonan khalayak ramai.
• Menonjolkan aset peribadi.
• Menggunakan bahan anti penuaan yang haram *susuk, botox.

“cantik” adalah isu yang sangat subjektif. Setiap manusia di muka bumi ini mempunyai pandangan yang berbeza apabila berbicara tentang kecantikan. jika kita yang mempunyai penglihatan berpeluang melihat kecantikan, bagaimana pula dengan orang buta?..
Sebenarnya cantik itu dapat dinilai bukan pada luaran semata-mata. Orang yang lembut tuturnya juga cantik, orang yang mempunyai personaliti dan akhlak yang baik juga cantik. Penyataan Ibnu Abbas, “sesungguhnya amal kebaikan itu akan memancarkan cahaya di dalam hati, sinar pada wajah, kekuatan pada tubuh, kelimpahan dalam rezeki, dan menumbuhkan rasa cinta di hati manusia padanya”.
Kenapa kita perlu menyakiti diri dan tubuh badan sendiri hanya kerana ingin kelihatan cantik..? untuk siapakah kita kelihatan cantik?. sesungguhnya cantik adalah sebuah kurniaan Allah, namun ia juga adalah dugaan di dunia ini. Walaupun seseorang itu mempunyai kecantikan yang tiada bandingan, jika amalannya nya buruk tidak akan berguna. Malahan, hati yang suci daripada kotoran dosa dan titik hitam adalah penentu keselamatan seseorang itu ketika menghadap Allah. Sebagaimana ALLAH S.W.T. berfirman, “(Iaitu) pada hari (ketika) harta dan anak-anak sudah tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih”.(asy-syuaraa: 88-89).
Wallahualam~

No comments:

Post a Comment

My Blog List

Daisypath Friendship tickers
get this widget here