Sunday, January 15, 2012

biarlah aku taksub dengan cinta Mu sahaja..

Assalamualaikum wbt…

Agak lama juga tak update entry.. Baru hari ini tergerak untuk menulis satu perkara yang tersemat di dalam hati.. Alhamdulillah, aku semakin tenang menjalani penghijrahan ku… alhamdulillah, jalan ku masih lagi menjurus ke arah mencari keredhaan Allah SWT.. Syukur kerana aku tidak berlamaan lalai, jauh lagi untuk tersasar mencintai dunia… Alhamdulillah…. Hari ini, persoalan yang baru timbul dalam benakku… bagaimana agama seseorang dinilai…?

Sebenarnya entry ni saya tulis setelah ada beberapa rasa tidak enak apabila berbual dengan tunang saya di talian telefon.. Sepanjang kami berhubung, baru tiga kali (sampai ke tarikh hari ini) kami berbual panjang.. Dan isi perbualan kami tidak lebih kepada nasihat untuk dia, dan juga saya yang berada jauh.. Akan tetapi, ada sesuatu yang mengganggu hati seorang perempuan.. Dalam ketiga-tiga kali kami berbual, tunang saya selalu menceritakan perihal seorang wanita..Seorang wanita, yang dapat saya buat kesimpulan.. Perihal seorang kekasih nya.. Dan dia kenal sejak kecil.. Membesar bersama-sama, menyimpan cinta yang sama dalam hati..Cuma tidak meluahkan satu sama lain.. Bila saya menyoal “abg masih berperasaan kah pada perempuan itu..?”.. Dia hanya menjawab “tidak, kami sudah tiada apa-apa, lagipun dia sudah menyukai orang lain.. ”

“Lagipun dia sudah menyukai orang lain…?” baris ayat tu sangat buat saya terkedu.. Seolah-olah dia masih lagi menyayangi wanita itu.. Makin terasa apabila tunang saya mengatakan bahawa pertuturan, bahasa, cara saya bercakap disandarkan SAMA seperti wanita itu.. 100% sama… Ya Allah.. “Adakah baginya aku adalah perempuan itu..?”..

Rancak dan gembira. Itu lah yang dapat saya dengar bila nama itu meniti di bibir nya.. dalam hati kecil ini.. saya berdoa “Ya Allah, jika kali ini Engkau mengujiku dengan kasih sayang yang Engkau lahirkan dalam hati ini untuk lelaki ini.. aku redha Ya ALLAH.. kerana hanya Engkau Pemilik sekeping hati ini..”

Mendengar suara di hujung talian itu masih berceloteh tentang wanita itu, mata ini sudah terkatup rapat, mengamati, mengumpul penuh kesabaran, untuk menutup segala getaran suara lantaran hati sudah terusik.. tapi, sejenak saya berfikir..

“layakkah aku mencemburui nya..? ”

“Tidak, aku tidak layak untuk mencemburuinya.. malah aku tidak perlu berasa cemburu, kerana zahirnya batinnya, tunang ku itu bukan suamiku.. aku tak punya hak untuk cemburu.. Diberikan hak kepada lelaki untuk berkahwin lebih daripada satu..dan hatiku juga adalah pinjaman semata-mata.. pemilik cinta, hati ini tidak lain tidak bukan adalah Allah.. mengapa harus aku cemburu dgn cinta manusia..?" nauzubillah minzalik!

Ya, kerana saya mahu mencari keredhaan dan cinta Allah.. Bukan cinta seorang manusia.. Lalu, saya lupakan segala-galanya.. “Ya Allah, jika yang di utuskan Mu sekarang adalah seorang lelaki yang bakal membawa ku ke syurga… aku bersyukur.. Andai bukan dia orang nya.. Ya Allah, aku pinta Engkau ambil kembali cinta yang Engkau sisip dalam hatiku ini dan jauhkan lah kami..”





No comments:

Post a Comment

My Blog List

Daisypath Friendship tickers
get this widget here