Tuesday, January 10, 2012

istikharah cinta ku, Ya Allah

assalamualaikum..

membaca entry saya yang sebelum, warkah buat bakal zhauji ku.. ni adalah sambungan dari nya..
selamat membaca..

Tanggal 6 januari lalu.. saya dilamar oleh seseorang lelaki.. yang tidak saya kenali..

Jadi saya terima walaupun tiada rasa cinta.. selepas itu, saya ada melakukan solat istikharah untuk meminta lebih petunjuk.. Alhamdulillah, hari ini hari ketiga, istikharah saya masih berjalan.. selama saya melakukan istikharah, saya mendapat mimpi pada hari pertama dan hari ini (ketiga)..

Pada hari pertama (7 jan 2012)

Saya bermimpi, saya dalam keadaan memakai telekung sembahayang berada dalam sebuah bilik yang terang, mendengar alunan suara orang mengaji.. di luar bilik seperti kedengaran riuh rendah (seperti ada majlis).. saya seperti sedang menunggu seseorang.. wallahualam apa maksudnya..

Pada hari ketiga (9 jan 2012)

Saya bermimpi, saya memakai pakaian telekung sembahyang lagi, melihat di luar bilik, melihat ramai lelaki berada memenuhi ruang seperti dalam masjid.. dan ada satu imbasan gambaran seorang lelaki menutup muka nya, hanya menampakkan mata (seperti seorang penjihad).. matanya seperti pernah dilihat.. tapi wallahualam.. saya terus terjaga mimpi..

Saya rasa sangat risau dan takut.. tapi saya akan terus istikharah, jika itu jodoh saya.. perkahwinan itu adalah lebih baik, dari berpacaran.. wasalam





No comments:

Post a Comment

My Blog List

Daisypath Friendship tickers
get this widget here