Wednesday, February 29, 2012

seindah bougainvillea berduri~



assalamualaikum...

Ada apa dengan bougainvillea..? hanya sekadar bunga yang batangnya berduri. kelopaknya seperti kertas, dan langsung tidak menyumbang bau wangi.. tidak seperti mawar.. begitu cantik dan wanginya juga menusuk kalbu.. meski ia mengasyikkan.. AWAS! kerna ia berduri dan tidak boleh disentuh sewenangnya..

“Seindah mawar berduri”.. kata - kata ini yang melambangkan seorang wanita. Cantik!. ramai yang mahu menjadi secantik mawar yang mekar dan mewangi, namun tidak bisa disentuh kerana duri jadi pertahanan nya. Tapi disudut di hati saya jika diberi pilihan untuk menjadi bunga. Pastinya saya memilih untuk menjadi bunga kertas. Bunga kertas pun cantik juga. Mungkin bagi kalian apalah bunga kertas mahu di bandingkan dengan bunga mawar itu. Namun, bagi saya. Bunga kertas itu sangat sesuai melambangkan seorang wanita. Kenapa??

Kerana bunga kertas/ bougainvillea tidak mempunyai bau.

~dia juga tidak wangi atau busuk, makanya itulah seharusnya juga seorang wanita. Tidak wangi dan menarik seperti mawar, bisa menarik perhatian mereka-mereka yakni jantina yang berlawanan untuk mendekati.

Kerana bunga kertas/bougainvillea sangat tahan lama.

~bunga kertas mampu hidup bertahan sehingga puluhan tahun, tidak seperti bunga mawar yang sangat mudah rosak kerana serangga. Itulah juga sifat harus ada pada seorang wanita. Kita hidup di dunia ini untuk berbakti yakni menyebarkan dakwah2 agama Allah, bertahan di sisi suami, anak2 dan orang di sekeliling, bukan untuk kembang mekar hanya seketika dan akhirnya layu serta rosak dek serangan serangga.

Kerana bunga kertas/bougainvillea ada duri yang lebih besar dan dapat dilihat dengan jelas

~tidak dinafikan mawar juga ada duri. Tapi duri pokok bunga kertas lebih besar dan ini cukup meyakinkan saya untuk melambangkan ia sebagai tanda “amaran” kepada sesiapa sahaja yang mahu mendekati.

Kata aisyah ra,

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

Jadi, bagiku.. menjadi umpama bunga kertas sudah cukup menjaga ku.. insya-Allah..

No comments:

Post a Comment

My Blog List

Daisypath Friendship tickers
get this widget here