Tuesday, April 24, 2012

episode 1



PROLOG

Setiap perkara ada gantinya.
Setiap perlakuan ada ganjarannya.
Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

          “Kakak, saya sangat menghormati kakak.. saya sudah menganggap kakak sebagai kakak saya sendiri, satu darah daging.. jika saya ini menepati cita rasa kakak, maka pinanglah abang untuk saya. Saya sudah cuba melupakan dia kakak.. maafkan saya..”. suara di hujung talian sangat lembut, namun tajam menghiris hati.
          “baiklah, jika itu membawa kebaikan kepada kamu, Aisyah.. kakak akan cuba sampaikan pada abang.. kamu tunggu sahaja keputusan nya. Tapi kakak tidak menjanjikan apa-apa ya, insya-Allah. Sekiranya niat kamu baik, moga Allah permudahkan urusan kamu ya.. assalamualaikum”. Muthiah cuba menyembunyikan getar di dalam suara nya. Hati sudah berkocak, bagaimana mahu tenang. Dia beristighfar. Berat helaan nafas, tersekat di kerongkong.

      Matanya mula berkaca. Mujurlah suaminya tiada di rumah, jika tidak bagaimana dia mahu menyembunyikan gelodak hati yang sudah berada di kemuncaknya ini.
 “Ya Allah.. teguhkan hati hamba-Mu ini.. berikan aku kesabaran setinggi gunung ganang.. Aku meredhai segala ujian-Mu..”. Muthiah bersujud di tikar sejadah. Basah sejadah itu dek air mata nya yang mencurah-curah mengalir melewati pipinya. Hati wanitanya begitu terduga.

No comments:

Post a Comment

My Blog List

get this widget here