Saturday, April 12, 2014

hebatnya Muhammad SAW


Daripada Abu Daud dan al-Timizi, daripada Abi Ja'far bin Muhammad bin Rukanah daripada bapanya mengatakan bahawa Rukanah pernah mencabar Nabi s.a.w untuk beradu kekuatan. Baginda menerima cabaran tersebut dan mereka pun bertarung. Ketika mereka berlawan menguji kekuatan, Nabi s.a.w berjaya menewaskan Rukanah. 

Dalam riwayat Abu Bakr bin al-Syafi'e dengan sanad yang baik daripada Ibn Abbas r.a, bahawa Yazid bin Rukanah, seorang pendekar yang terkenal dengan kekuatannya. Dia mencabar Nabi s.a.w untuk bergusti dengannya. Beliau mengenakan bayaran 100 ekor kambing kepada sesiapa yang kalah. Lalu mereka pun bertarung dan baginda berjaya mengalahkannya (Rukanah). Baginda menundukkannya sebanyak 3 kali dalam 3 pusingan berturut-turut!


Akhirnya Rukanah akur dengan kekalahannya lantas berkata: 


"Wahai Muhammad! Tiada siapa pun pernah dapat membaringkan aku sehingga jatuh terlentang dalam pertarungan selain darimu! Sebelum ini engkaulah yang paling aku benci. Tapi sekarang aku naik saksi tiada Tuhan yang lebih benar yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w itu RasulNya. " 


Nabi Muhammad s.a.w kemudian telah mengembalikan semula kambing-kambing yang diserahkan oleh Rukanah sebagai pertaruhan itu. 


(Hadith riwayat Abu Daud; 4077, al-Tirmizi; 1844, al-Hakim 3/452)

dicedok dr blog addien

No comments:

Post a Comment

My Blog List

Daisypath Friendship tickers
get this widget here