Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Sunday, June 16, 2013

"Barang siapa yang ingin mati syahid pada masa akan datang,maka hendaklah dia kahwini Atikah"

Assalamualaikum warahmatullah...
salam 7 syaaban...
semoga kita bertemu dengan ramadhan yang kian menjelma..
^__^
enjoy ur reading...

DIARI CINTA ATIKAH



Beberapa tahun sebelum Nabi Muhammad di utuskan dan diangkat menjadi rasul,lahirlah seorang bayi perempuan dalam keluarga Zaid bin Amr bin Nufail di Mekah serta diberikan nama ATIKAH.Keluarganya mengasuh dan mendidik Atikah dengan penuh kasih saying sehingga Atikah membesar dalam asuhan budi pekerti yang mulia serta mempunyai sopan santun yang tinggi.Setelah Nabi Muhammad di angkat menjadi rasul,maka,seluruh ahli kelurga Zaid menerima seruan suci inyang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w..Di alam islam pula,Atikah di didik dengan penuh didikan agama islam yang suci.Maka,Atikah jadilah seorang gadis islam serta mempunyai kecantikan sehingga menjadi buah mulut di kalangan para pemuda yang terpesona akan kecantikan yang dimiliki oleh Atikah.Ramai para pemuda berlumba-lumba untuk menawan hati hatikah,namun Atikah tetap menjaga keperibadiannya serta tidak pernah sombong dan angkuh.


Namun,ada seorang dikalangan para pemuda yang benar-benar ingin menjadikan Atikah sebagai suri hidupnya.Beliau adalah Abdullah bin Abu Bakar As-siddiq.Abdullah memepunyai rupa paras yang tampan serta anak kepada sorang khalifah iaitu yang terkenal iaitu Saidina Abu Bakar As-siddiq.Hasrat Abdullah untuk memperisterikan Atikah di nyatakan kepada bapanya,Saidina Abu Bakar.Saidina Abu Bakar menyetujui akan hasrat puteranya itu lalu pergi pergi berjumpa menemui kedua orang tua Atikah.Pinangan tersebut diterima oleh kedua orang tua Atikah dan persetujuan telah di setujui oleh kedua-dua belah pihak.Naka,kedua-dua belah pihak membuat persediaan untuk majlis perkahwinan.Walaupun Saidina Abu Bakar seorang khalifah,namun,majlis tersebut tetap di adakan secara sederhana.Akhirnya,dua jiwa bersatu di bawah ikatan yang sah.


‘Kusangkakan panas hingga ke petang,rupa-rupanya hujan di tengah hari’..Pada suatu hari,Saidina Abu Bakar lalu di hadapan rumah puteranya Abdullah dan Atikah untuk pergi ke masjid menunaikan solat berjemaah di masjid,Saidina Abu Bakar mendengar Abdullah dan Atikah sedang bersembang sambil ketawa.Jadi,Saidina Abu Bakar membatalkan niatnya untuk mengajak Abdullah bersama-sama kemasjid dan terus munuju kemasjid bersendirian.Setelah selesai,Saidina Abu Bakar turut melalui jalan dihadapan rumah Abdullah dan Atikah dan mendapati Abdullah dan Atikah masih berbual lagi sambil ketawa.Lalu,Saidina Abu Bakar memanggil puteranya dan berkata :


‘Wahai puteraku Abdullah,apakah kamu telah menunaikan solat berjemaah?’..


Setelah mendengar pertanyaan bapanya,Abdullah tertunduk kerana malu.Ini kerana beliau terleka melayan isterinya sehingga terlupa hendak menunaikan solat berjemaah.Lalu,Saidina Abu Bakar menyuruh puteranya untuk pulang kerumah asal mereka.


Ketika Abdullah tiba di rumah bapanya,Saidina Abu Bakar bertanya :


‘Wahai Abdullah puteraku,adakah engkau tahu kenapa aku memanggil engkau kemari?..


‘Aku tidak tahu kenapa engkau memanggilku kemari’..:Jawab Abdullah kepada bapanya.


Abu Bakar berkata lagi : ‘Wahai puteraku Abdullah,sesungguh kecantikan isterimu Atikah telah menyebabkan engkau lalai dengan tugas-tugas kehidupanmu sehingga engkau sendiri terleka dan terlupa untuk menunaikan solat fardu berjemaah.Oleh itu,engkau ceraikanlah isterimu Atikah sekarang’..


‘Tapi ayah!!!’..Abdullah cuba menjawab..


‘Ya..Aku tahu bahawa engkau sungguh berat hati untuk melakukan sedemikian.Tapi saying,itu semua bukan mendorongmu untuk lebih bersyukur,sebaliknya membawamu kea rah kelalaian’..:Jawab Abu Bakar..


Dalam keadaan duka sambil tertunduk,Abdullah menuruti segala perintah bapa,Saidina Abu Bakar As-Siddiq.Abdullah juga sedar akan kesilapannya dan beristighfar serta memohon ampun kepada Allah.Lalu,Abdullah menceraikan Atikah walaupun pada ketika itu kasih sayang diantara mereka sedang mekar bersemi.


Abdullah melalui hari demi hari dalam keadaan sedih dan begitu duka cita.Cintanya pada Atikah tidak pernah pudar.Atikah pula sungguh sedih apabila Abdullah menceraikannya ketika kasih saying di antara mereka baru terbina.kini,kedua-dua insan itu telah sedar dan insaf.Penyesalan,keinsafan serta kerinduaan Abdullah kepada Atikah tidak mampu di bending lagi sehingga bait-bait syair cinta meniti di bibirnya sehingga di dengari oleh bapanya sendiri Saidina Abu Bakar..


‘Wahai Atikah’…
Aku tidak melupakan dirimu walaupun sekejap mata..
Siang dan malamku,hatiku tergantung padamu…
Engkau memiliki budi perkerti mulia…
Aku tidak pernah melihat seorang lelaki menceraikan wanita budiman seperti aku lakukan padamu…
Duhai isteriku tercinta Atikah!!!...


Setelah Saidina Abu Bakar mendengar ratapan puteranya itu,kini,beliau mengerti bahawa puteranya Abdullah begitu merindui Atikah.Bahkan,Saidina Abu Bakar sendiri mampu merasakan apa yang sedang dirasakan oleh puteranya itu.Pada keesokan harinya,Saidina Abu 


Bakar memanggil puteranya dan berkata :


‘Wahai puteraku Abdullah.Aku tahu engkau dihimpit perasaan kerinduan terhadap bekas isterimu tercinta.Kini aku sendiri membenarkan engkau rujuk semula bersama Atikah’..


Setelah mendengar akan berita tersebut,Abdullah begitu gembira dan tergesa-gesa memanggil hambanya Aiman lalu berkata :


‘Wahai hambaku Aiman,mulai saat ini,eangkau merdeka kerana Allah serta bersaksikan kepadamu bahawa aku merujuk semula bersama bekas isteriku tercinta Atikah’…


Aiman sangat gembira mendengar kata-kata tersebut dan dia tidak pernah menduga sama sekali bahawa dia akan merdeka dengan cara sedemikian.Kemudian Abdullah segera ke rumah Atikah.Sewaktu mereka berdua bertemu,Abdullah berkata :


‘Wahai isteriku tercinta Atikah,engkau telah ku ceraikan tanpa keraguaan,kini kamu telah di rujuk semula denganku’…






Atikah begitu gembira mendengar khabar tersebut dari mulut Abdullah sendiri.Maka,dua jiwa yang pernah sengsara dan menderita kerinduan,akhirnay bersati semula dengan penuh bahagia.Namun,tidak beberapa lama kemudian,diberitakan bahawa islam sedang mendapat tentangan dari kaum musyrikin Mekah.Jadi,selaku salah seorang dari pemuda islam,Abdullah juga turut serta dalam peperangan di medan jihad demi mempertahankan kalimah Allah dipermukaan bumi ini.Denag jiwa kepahlawananislam,Abdullah bertempur dalam peperangan jihad tersebut sehingga menemui syahid.Berita akan kematiaan Abdullah sampai kepengetahuan Atikah.Atikah begitu hiba dan sedih.Namun,dia bangga akan jiwa kepahlawanan suaminya yang mati syahid memperjuangkan agama islam.Namun,hari-hari yang di laluinya,Atikah begitu rindu akan suaminya Abdullah sehingga sekuntum syair meniti di bibirnya buat suaminya tercinta.


‘Demi Allah…!!! Siapakah pemuda yang seperti dia…?
Yang sanggup maju dan menyerang musuh di medan perang denag taruhan nyawa,iman dan kesabaran?
Apabila diutus di medan jihad,dia dengan gagah perkasa membunuh musuh-musuh islam…
Aku bersumpah kedua-dua mata ini terlalu panas dan hati ini selalu gelisah…
Kulitku sentiasa berdebu selepas pemergiaan!!!
Wahai putera yang mulia!
Wahai suamiku tercinta!
Sungguh malamku tidak bersua lagi dengan pagi yang cerah!!!...


Setelah pemergiaan suaminya tercinta Abdullah bin Abu Bakar,Atikah hidup keseorangan diri.Hari-hari yang di laluinya sentiasa dihiasi dengan agama,sastera disamping kecantikan yang dimilikinya tidak kunjung pudar.Namun,keperibadiannya ini telah menarik dan memikat hati seorang pemuda dan pejuang islam iaitu Umar bin Khattab.Akhirnya,Umar bin Khattab menyatakan hasratnya itu kepada Atikah.Denagn hati terbuka,Atikah menerima dan menikahi Umar bin Khattab dan mendampinginya dengan penuh setia,setulus cinta,ikhlas serta tanggungjawab.Sepanjang mereka hidup bersama,Umar menjumpai bahawa Atikah memiliki sifat-sifat wanita yang utama.Sifat seorang wanita beriman,taqwa,serta mudah dibawa berbincang dan mampu memberi ketenangan kepada seorang suami.Umar begitu bertuah kerana memiliki seorang isteri yang begitu mulia.


Pada suatu hari,Umar bin Khattab berjumpa dengan seorang lelaki bernama Abu Lu’lu’ah.Beliau adalah hamba kepada seorang dari agama nasrani iaitu Mughirah bin Syu’bah.Beliau meminta tolong agar Umar membela nasibnya kerana memberikan upah tidak setimpal dengan pekerjaannya.Namun,kata-kata Umar seolah-olah membela akan tuannya dan menyebabkan beliau berdendam dan ingin membunuhnya.Lalu,di suatu pagi,ketika Umar dan beberapa orang sahabat yang lain hendak menunaikan solat secara berjemaah yang di imami sendiri oleh Umar bin Khattab,Abu Lu’lu’ah datang dari arah belakang lalu menikamnya sebanyak tiga kali.Rebahlah Umar di situ dan meminta agar solat tersebut di imami oleh Umar bin Auf.setelah itu,Umar di bawa pulang ke rumah dan akhirnya mati di pangkuan isterinya Atikah.Pemergiaan Umar di lepaskan dengan kesedihan.Dalam linangan air mata,Dalam linangan air mata,atikah berkata :


‘Fairuz Abu Lu’lu’ah mengejutkan aku…!!!
Tindakannya terhadap Umar sungguh terkutuk dan pengecut!!!
Saat itu Umar sedang membaca ayat al-quran dan kembali kepada Allah…
Umar seorang lelaki penyayang kepada orang bawahannya dan amat tegas terhadap kafir…


Itulah ratapan atikah atas pemergiaan suaminya tercinta Umar bin Khattab..


Setelah habis tempoh i’dah,datanglah pula seorang lagi seorang lelaki yang juga salah seorang pembela kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w iaitu zubair bin Awwam meminangnya.pada awalnya Atikah menolak pinangan Zubair bin Awwam.Namun,setelah di desak beberapa kali,Atikah menerima pinangan Zubair dengan hati terbuka.Maka,bernikahlah mereka berdua dan hidup dalam bahagia.Namun,Zubair mempunyai sikap yang berbeza 
Zubair bertanya kepada Atikah :


‘Hai isteriku tercinta,kamu tidak boleh pergi ke masjid’…


Atikah sangat terkejut.Lalu berkata : ‘Wahai putera Awwam…! Apakah aku mesti meninggalkan masjid,tempat aku bersolat berjemaah bersama Rasulullah,Saidina Abu Bakar semata-mata cemburumu itu…?


Zubair menjawab : ‘Oh..tidak,sebenarnya aku tidak melarangmu’..


Zubair tertunduk malu.Untuk melarang isterinya dari terus bersolat berjemaah di masjid,Zubair telah merancang untuk menakut-nakutkan isterinya.Lalu,pada suatu pagi,Zubair menganbil wuduk dengan segera dan bersembunyi di sebuah tempat bernama Suqitah Bani saidah dimana tempat yang biasa di lalui oleh Atikah nenuju ke masjid.Ketika Atikah melalui jalan tersebut,dari arah belakang,Zubair telah memukul Atikah.Namun,Atikah mendapati tiada seorang pun kelihatan.Atikah mengambil keputusan untuk membatalkan niatnya bersolat di masjid dan akhirnya tidak lagi sloat di masjid secara berjemaah semenjak peristiwa itu.Zubair tersenyum kegembiraan setelah mengetahui bahawa Atikah tidak lagi bersolat di masjid.

Namun,pada ketika itu,satu peristiwa perselisihan faham antara Saidina Ali bin Abi Thalib dan Saidatina A’isyah binti Abu Bakar.Perseleisihan faham diantara mereka tidak dapat lagi didamaikan melainkan melalui peperangan.Lalu,Saidatina A’isyah membawa beberapa orang panglima perang termasuk Zubair bin Awwam dan rombongannya untuk menyerang Saidina Ali bin Abi Thalib.Lantas,Saidina Ali mengingatkan Zubair akan kenangan masa lalu mereka ketika bersama dengan Rasulullah.Dimana Rasulullah pernah berkata bahawa pada suatu masa kelak,Zubair akan menyerang Ali.Setelah mendengar dan mengenang kembali akan peristiwa tersebut,Zubair pulang semula ke Madinah.Sewaktu dalam perjalanan pulang ke Madinah,Zubair telah diekori seorang lelaki arab yang miskin bernama Amr bin Jarmuz.Dia hanya menunggu masa untuk menyerang Zubair bin Awwam.Ketika Zubair bin awwam berhenti seketika untuk menunaikan solat,lalu amr bin Jarmuz menyerang Zubair dan menikamnya.Amr bin Jarmuz mengambil cincin dan beberapa peralatan perang Zubair.Maka,Zubair wafat di situ.Kewafatan Zubair akhirnya sampai kepengetahuan Atikah.Sebaik sahaja Atikah mengetahui akan peristiwa tersebut,Atikah menangis sambil mengucapkan kata-kata perpisahan..


‘Amr bin Jarmuz telah mengkhianati penungggang kuda yang berani!!!
Yang berlaku pada hari pertempuran padahal dia tidak melarikan diri….
Sekiranyanengkau sedar,mulut dan tangannya pasti gementar….
ZUbair…!!!
Sungguh dia telah menerima cubaan…
Orangnya pemurah,wafatnya mulia…
Banyak usaha yang dilakukannya…
Dia tidak pernah berkira… 


Itulah ratapan Atikah atas pemergian Zubair bin Awwam.kini,Atikah sudah tiga kali kematian suami dan kesemuanya gugur di medan jihad.


Sebaik sahaja kematian Zubair bin Awwam sampai kepengetahuan Saidina Ali,Ali pergi berjumpa Atikah.Kedatangan Saidina Ali adalah sama seperti para lelaki yang sebelum ini iaitu ingin meminang Atikah.Namun,Atikah berkata:


‘Aku khuatir,Sekiranya engkau mengahwiniku,engkau juga akan mati di bunuh’…


Setelah ,mendengar kata-kata Atikah,Saidina Ali berkata :


‘Barang siapa yang ingin mati syahid pada masa akan datang,maka hendaklah dia kahwini Atikah’..


Lantas,Saidina Ali menoleh kearah Atikah dan berkata :


‘Siapakah yang lebih gemar mati syahid selain puteraku Husain…! Husain adalah orang yang telah mempersembahkan jiwa dan raganya kepada Allah’..


Lantas,dia menawarkan puteranya Husain kepada Atikah.tanpa berfikir panjang,Atikah menerima pinangan tersebut.Maka,hiduplah mereka berdua sebagai suami isteri.Sifat saling memahami,sabar dan penyayang Atikah telah menambat hati Husain.Sehingga beliau mengambil keputusan untuk membawa Atikah berpindah ke Kufah.


Maka,pada hari yang ditetapkan,berangkatlah rombongan Husain bin Ali ke Kufah.Berita kedatangan mereka itu disambut dengan gembira oleh penduduk Kufah.Ini kerana,mereka sangat berharap bahawa kedatangan Husain cucu rasulullah itu dapat meneruskan lagi perjuangan mereka menetang Bani Umayyah.Ketika Husain dan rombongannya berada di satu kawasan yang sudah menghampiri Bandar Kufah,beliau di temui oleh Al-Hur bin Yazid al-tamimi dan melaporkan bahawa saudaranya Muslim dan Hani’ telah ditangkap dan di bunuh dengan cara di salib.


Setelah mendengar akan hal tersebut,Husain dan rombongannya berniat untuk pulang semula ke Mekah.Tetapi hasratnya itu dihalang oleh saudara-saudara Muslim dan Hani’ agar menuntut bela di atas kematian dua orang saudara mereka.Maka,berlakulah perundingan di antara rombongan Saidina Ali dan Ibnu Yazid di Karbala.Tetapi rundingan tersebut gagal dan akhirnya berlakulah peperangan di antara mereka.


Maka,pada tanggal 10 Muharram tahin 61 Hijrah,terjadilah peperangan diantara kedua-dua rombongan ini setelah rundingan gagal di capai.Dalam peperangan tersebut,Husain telah terjatuh dan tersungkur ke tanah,namun tidak ada seorang lelakipun yang mampu mendekatinya dan membunuhnya kerana Husain adalah cucu Rasulullah s.a.w.Kemudian,munculah seorang lelaki dari pasukan Ibnu Yazid bernama Sinan bin Syarik.Lelaki ini bersikap bengis dan berhati batu serta tidak mempunyai sifat berkeperikemanusiaan.Tanpa banyak bicara,Sinan menghunus pedangnya dan menyembelih leher Husain seperti menyembelih seekor kambing.Akhirnya,gugurlah syahid Husain bin Ali cucu Rasulullah di tangan Sinan bin Syarik.
Pemergian Husain di lepaskan oleh Atikah denagn deraian air mata dan ratapan nangis kesedihan.Dalam sedu sedanya,Atikah bermadah :


‘Wahai Husain…!!!’
Aku tidak akan melupakanmu…
Engkau memang di intai oleh orang-orang yang menjadi musuhmu…
Mereka mengkhianati engkau di Karbala…
Hingga tubuhmu terbanting ke tanah…



Setelah kematian suaminya Husain.Atikah tidak pernah lagi berkahwin sehingga beliau wafat pada tanggal 64 hijrah..

 wasiat Syeik Sa’id Hawa Kepada Orang Yang mendakwa Cintakan Allah..


1. Hendaklah sentiasa menghadiri majlis ilmu dan nasihat.


2. Tumpukan perhatian kepada Allah dengan melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.


3. Bergaul serta berbicara dengan masyarakat dan berdakwah di kalangan mereka.


4. Berusahalah mengkhususkan untuk memberikan waktu membaca buku setiap hari.


5. Jangan lupa membaca al-quran setiap hari dan berselawat keatas Rasulullah s.a.w.


6. Amalkan bacaan Al-Mathurat.


7. Bergurulah dengan mereka yang Musyid dan janganlah tergesa-gesa dalam sesuatu perkara.


8. Lakukanlah sebanyak mungkin kebaikan selagi masih mampu.


9. Selagi mempunyai kelapangan,lakukanlah serta laksanakanlah majlis ilmu,zikir serta grak kerja berdakwah.


10. Bergaulah dengan para ulama serta menjaga adab ketika bersama mereka.


11. Janganlah melaksanakan sesuatu amalan sehingga benar-benar mengetahui akan hukum Allah di dalamnya.

perkongsian dr akhi mohamad di blog beliau

Saturday, June 15, 2013

saya sedia jadi isteri ke-3

Assalamualaikum warahmatullah…

Salam petang 6 syaaban 1434 hijr ^^

Alhamdulillah.. dah hampir kita kepada bulan ramadhan..

Semoga amal kita sentiasa konsisten..

Aamiin ya Rabb..

Post kali ini, agak extreme rasanya..

Sebab setiap wanita dengan naluri halus mereka..

Mereka takut pada perkongsian dan poligami..

Hihihi…

Bagi mereka, madu itu pahit.. :D

Well… saya nak jadi isteri ke 3…

Kenapa bukan ke-2..? kenapa tak y pertama…?

Jom..follow saya… ^^



Lelaki yang sy nak nikahi itu..

Mesti dah tetap ada dua “isteri”..

Dan dia jadikan sy isteri ke tiga…

Isteri pertama beliau ada agama islam, agama yang syumul.. yang benar, yang lurus lagi meluruskan hati hamba2 Allah yang lemah ini… lelaki yang menjadikan agama sebagai teman hidupnya, tunjang kekuatan hatinya.. tujuan setiap amal perbuatannya.. untuk mencari redha Allah dan ikhlas dalam beragama… ini isteri pertamanya.. 

Isteri kedua, sunah Rasulullah dan AlQuran, peneman hari2 nya di dunia ini… syafaat di akhirat kelak.. menagih cinta baginda.. mencontohi Rasulullah memudahkan kesulitan di dunia ini.. kerana Rasulullah adalah  suri teladan bagi seluruh umat manusia.. hamba Allah.. 

Allahummasolli ala Muhammad, wa ala alihi wasahbihi wassalam..^^



Isteri ketiga.. 

Aku… seperti hawa, peneman adam.. 

Seperti khodijah, penenang hati Muhammad SAW..

Seperti Hajar, yang sabar dan akur dengan Ibrahim AS atas perintah Allah..

“ya Allah, jadikan aku pendamping suamiku.. dunia dan akhirat.. aamiin ya Rabb”..

Isteri ke-4???

Hehehee…



Wallahualam…

Thursday, March 28, 2013

taklimat pertama

alhamdulillah...
selamat sampai ke teratak keluarga di terengganu..
pandang ja wajah2 insan tersayang..
hilang masalah jiwa yang melanda..

lepas rehat2..
baru nak menjamah breakfast..
taklimat dah start..

dear mum, im so sorry.. :'(
rasa mcm terhiris sgt hati ni.. 
"Ya Allah, aku dah lukakan hati mak.."..
its sounds like dia salahkan sy..
and i dont know what to do and how to response..

"habis kalau awak kata awak xmampu kahwin, ma nak cakap apa.."
Ya Rabb..
macam dah menempah diri ke lot Neraka..
Y____Y
 aku diam, nasi dah tak tertelan...
aku sangkakan babak macam ni ada dalam novel ja..
tapi hari ini, terbukti...
khayalan novel picisan itu realistik..

its hurt you, so do i mum...
"ma, sy xtau ianya akan jadi macam ni"
rasa mcm nak lari, nak pekakkan telinga, nak tutup fungsi otak yang mencerna..
agar dapat menghayati kedamaian seketika...

to my dearest mum, sorry for making u disappointed.. im not intend to do this.. Allah knows the best, and i trust Him, even though its impossible to believe me, just put some trust.. its enough..

last, sebelum aku berlalu pergi..
"if ma nak sy kahwin, sy akan kahwin dgn siapapun pilihan ma.. ok ma.. jgn sedih"..
*babak berakhir*

wallahualam..


"senang xsemestinya bahagia, ketawa xsemestinya gembira"

Tuesday, January 22, 2013

Adab Bercinta dalam ISLAM



Dipetik daripada buku “PSIKOLOGI CINTA” ...


Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”




ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.




Cinta Sebelum Kahwin

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:




1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.




Cinta Selepas Bertunang

Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.




Cinta Selepas Kahwin

Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:




1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.




2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.




3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.




Seharusnya Cinta…

Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.

Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.

Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.

Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.


dipetik dari kupu2 syurga

Sunday, December 9, 2012

Inside of Love



assalamualaikum warahmatullah..
saya post lagu ni...
cuz i found something significant bout love..
enjoy it.. !


"Inside Of Love"

Watching terrible tv
It kills all thought
Getting spacier than
An astronaut
Making out with people
I hardly know or like
I can't believe what i do
Late at night
I wanna know what it's like
On the inside of love
I'm standing at the gates
I see the beauty above
Only when we get to see
The aerial view
Will the patterns show
We'll know what to do
I know the last page so well
I can't see the first
So i just don't start
It's getting worse
[chorus]
I can't find my way in
I try again and again
I'm on the outside of love
Always under or above
Must be a different view
To be a me with a you
Of course i'll be alright
I just had a bad night


Monday, November 26, 2012

"sumpah taknak kahwin!!"

Apakah hukumnya jika seorang perempuan yang telah dikecewakan oleh ramai lelaki , bersumpah untuk tidak berkahwin sepanjang hidupnya ?

Jawab : Tidak harus bersumpah demekian kerana dia seolah-olah mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Dia hendaklah membatalkan sumpahnya itu dengan membayar kaffarah sumpah dan berkahwinlah jika terdapat calon yang sesuai.

Apa itu kaffarah sumpah ?

1. memerdekakan seorang hamba. atau,
2. memberi pakaian sepuluh orang miskin. atau,
3. memberi makan sepuluh orang miskin. atau, 
4. Berpuasa tiga hari berturut-turut.

Sumber : Fiqh An-nisa Ustazah Maznah Daud ( Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM )


Saturday, October 6, 2012

aku tercipta daripada rusuk kamu

Sekadar Renungan Bersama...


Islam sangat mengambil berat mengenai berbuat baik kepada isteri. Rasulullah s.a.w. dalam wasiat terakhirnya dalam Haji Perpisahan turut menyentuh kepentingan berbuat baik kepada wanita dan isteri. Imam An-Nawawi sendiri turut meletakkan satu bab dalam kitabnya Riyadhus-Solihin yang mengumpulkan koleksi hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang menyeru kepada berbuat baik kepada kaum wanita.

Isteri atau wanita dijadikan Allah dengan fizikal dan emosi yang lemah. Fizikal dan emosi yang lemah tidak bermakna akal mereka turut lemah. Kemampuan akal fikiran mereka kadangkala jauh lebih baik daripada lelaki tetapi dari sudut emosi dan perasaan, mereka mudah terguris dan terluka. OIeh sebab itu, suami yang baik harus memahami dan menyelami perasaan dan emosi isterinya.

Pengetahuan mengenai sifat dan sikap wanita, kelemahan dan kekurangan mereka perlu diketahui dengan sebaiknya bagi mewujudkan perasaan toleransi dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Perhatikanlah Hadith Rasulullah s.a.w. yang menganjurkan sikap yang perlu ada pada para suami dalam menangani kekurangan dan kelemahan wanita sebagaimana sabdanya :

"Terimalah wasiat ini yang aku wasiatkan kepada kamu iaitu berbuat baiklah kepada wanita kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk. Bahagian yang paling bengkok pada rusuk ialah pada bahagian atas-Nya. Jika engkau hendak meluruskan bahagian yang bengkok itu maka nescaya engkau akan mematahkannya, tetapi jika engkau membiarkannya, maka ia akan sentiasa bengkok, maka berbuat baiklah kepada wanita".

Tulang rusuk yang bengkok yang dinyatakan dalam Hadith tersebut menggambarkan kekurangan wanita yang harus diterima dengan hati yang redha. Tetapi ini tidak bermakna kaum lelaki tidak mempunyai kekurangan atau kelemahan. Apa yang dimaksudkan daripada Hadith ini ialah suami yang baik ialah suami yang boleh menerima kekurangan yang ada pada isterinya. Jika suami boleh menerima kekurangan dan kelemahan isteri dan isteri boleh menerima kekurangan suaminya, maka akan bahagialah rumahtangga tersebut. Jika seorang suami hendakkan kesempurnaan pada isterinya maka sudah pasti dia tidak akan menemuinya, walaupun bilangan isterinya bertambah atau silih berganti. Para suami sama sekali tidak akan dapat menemui isteri yang mampu taat kepadanya dan mendengar kata-katanya seratus peratus tanpa ada perasaan tidak puas hati atau bangkangan. Namun kekurangan tersebut harus dilihat secara positif sebagaimana Firman Allah dalam surah An-Nisa' ayat 19 :

"Dan bergaullah kamu dengan mereka ( isteri-isteri kamu itu ) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)".

Contoh yang terdekat yang pernah berlaku mengenai kisah seorang wanita yang melecur muka dan belakang badannya akibat disimbah cuka getah oIeh suaminya yang berang apabila keinginannya untuk melakukan hubungan kelamin ditolak. Sesungguhnya Islam melarang sama sekali deraan dan siksaan kepada isteri sama ada deraan fizikal atau pun emosi. Sebarang ketidak puasan oIeh suami terhadap isterinya tidak harus disalurkan melalui siksaan fizikal atau emosi. Rasulullah s.a.w. pernah menasihatkan suami yang memukul isterinya dengan sabdanya:

"Janganlah salah seorang dari kamu dengan sengaja memukul isterinya seperti memukul hamba kerana pada akhirnya dia akan menidurinya juga".

Hak dan tanggungjawab suami terhadap isteri telah digariskan oIeh Rasulullah s.a.w. dalam banyak hadith-hadithnya. Ketika mana Rasulullah ditanya oIeh Mu'awiyah bin Haydah mengenai hak isteri yang tertanggung ke atas suaminya. Rasulullah s.a.w. menjawab:

"Kamu memberi makan kepadanya jika kamu makan dan mengadakan baginya pakaian jika kamu memakai pakaian dan jangan sekali-kali memukul muka dan jangan menghina dan jangan mengasingkan diri daripada tempat tidur isterinya untuk tujuan pengajaran melainkan di rumah".

(Riwayat Abu Daud)

Hadith ini jelas merupakan panduan terbaik bagi para suami dalam memimpin bahtera perkahwinan mereka. Makanan dan pakaian merupakan tanggungjawab suami yang perlu diberikan kepada isteri. Malah dalam satu riwayat yang lain sepotong makanan yang disuapkan ke mulut isteri turut diberikan ganjaran pahala oIeh Allah SWT. Hadith ini turut menjelaskan mengenai tegahan Rasulullah s.a.w. daripada memukul isterinya di bahagian muka. Ini adalah kerana bahagian muka adalah lambang kepada kemuliaan dan kehormatan selain daripada gambaran kecantikan seorang wanita. Larangan memukul bahagian muka tidak terhad kepada kaum wanita sahaja tetapi turut merangkumi semua golongan lelaki dan wanita, kanak-kanak dan orang tua.

Sikap menghina, mencerca dan mengeluarkan perkataan keji di antara suami dan isteri serta kaum keluarga mereka adalah ditegah dan dilarang oIeh Islam.

Rasulullah s.a.w. merupakan model terbaik bagi para suami dalam memimpin bahtera rumahtangga. Malah Rasulullah s.a.w. sendiri menyifatkan Baginda adalah orang yang paling baik terhadap kaum keluarganya sebagaimana Sabdanya yang bermaksud :

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang baik terhadap kaum keluarganya dan aku sebaik-baik orang terhadap keluargaku".

(Riwayat At-Tirmizi)

Malangnya amat mendukacitakan apabila ada segelintir individu tertentu yang baik terhadap rakan-rakan dan sahabat-handainya, tetapi zalim dan buruk akhlaknya terhadap kaum keluarganya sendiri.

Untuk mengembalikan keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga, setiap pasangan mestilah bermuhasabah diri terhadap tanggungjawab dan kewajipan masing-masing. Setiap orang dari pasangan harus berlapang dada untuk menerima kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri mereka. Bagi suami segala sifat buruk seperti panas baran, ego , suka mengungkit-ungkit, kaki pukul dan seumpamanya harus dibuang dari diri mereka. Jika sifat-sifat buruk ini tidak dibuang maka sudah tentu keharmonian rumahtangga tidak akan tercapai.

Harus diingat, kehidupan berumahtangga ibarat kapal kecil di tengah lautan, sentiasa dilambung ombak dalam cuaca yang tidak menentu. Dalam hal ini, suami yang diibaratkan sebagai nakhoda sepatutnyalah yang menentukan selamat atau tidak pelayaran kapal tersebut.

Keluarga yang harmoni akan mendatangkan keamanan kepada masyarakat, manakala masyarakat yang baik, akan mendatangkan kemajuan kepada negara.

"Dan antara tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya) bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bahagia dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan kasihan belas. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir".

(Ar-Rum: 21)

Tuesday, August 14, 2012

CINTA ITU..

assalamualaikum warahmatullah..

cinta itu menyenangkan...
tapi cinta pada manusia, pasti mengundang kesakitan dan kekecewaan...
namun, jika cinta itu dilabuhkan pada Ilahi, walaupun ia menuntut satu pengorbanan..kebahagiaan juga yang akan dikecapi akhirnya.. ♥

Monday, August 13, 2012

di kala aku merinduimu ya Rasulullah..

assalamualaikum warahmatullah...

di kala aku merinduimu,
ya Rasulullah...
merinduimu..
merinduimu..
merinduimu..
wahai kekasih Allah..
wahai pencinta ummat..
wahai insan teragung..
Muhammad ibn Abdullah...

aku merinduimu..
wahai lelaki terhebat...
pemimpin yang adil...
suami yang terbaik...
anak yang paling soleh...
ya Rasulullah...

aku merinduimu..
engkau menyuluh jalan ku dengan cahaya Allah..
engkau guru ku..
engkau pujaan ku..
engkau kekasih ku..
ya Rasulullah...
T__T



Sunday, August 12, 2012

just have a thought of these..

"semakin banyak dugaan dan cabaran yang kita hadapi, semakin berkuranglah juga dosa kita.. jika kita pandai memanfaatkan kesempatan itu"

"jadilah seseorang yang sentiasa belajar drp kesilapan yang lalu.. supaya tidak mengulanginya di masa akan datang, kerna orang yang bijak tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama"

"tidak perlu berusaha menjadi yang terbaik hanya untuk seseorang yang kamu cintai, tapi jadilah yang terbaik untuk manfaat semua orang disekelilingmu"

"jika tidak mampu menjadi penawar, jangan pula kita menjadi racun"

"berasalah malu pada jantung yang sentiasa bertasbih menyebut nama Allah,kerna mulut jarang menyebut pujian2 kepadaNYA"


nafsu ketujuh: kamaliah

assalamualaikum warahmatullah..

Maqam ini adalah tertinggi.
 Maqam ini digelar sebagai "baqa billah", Kamil Mukamil", Al Insan kamil karena ia dapat menghimpunkan antara zahir dan batin, yakni ruh dan hatinya kekal kepada Allah tetapi zahir tubuh kasarnya tetap dengan manusia. 
Hati mereka kekal dengan Allah tak kira masa dan tempat, tidur atau jaga sentiasa mereka bermusyahadah kepada Allah. Ini adalah maqam khawas al khawas. 
Semua gerak gerik mereka sudah jadi ibadat. 
Hatta berak kencing mereka, tidur mereka dan sebagainya. 

Ilmu mereka adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Ghazali, ilham dan ilmu mukasyafah yang diterima nya tidak bukan adalah sama dengan istilah wahyu semuanya datang terus dari Allah. 
Cuma kalau Rasul dan Nabi di panggil Wahyu dan manusia biasa yang kamil di panggil Ilham. 

Saya rasa sekadar ini lah yang termampu oleh saya. 
Mungkin ada kelemahan dan ketinggalan dalam istilah atau pengertian. 

Tuesday, July 31, 2012

kesedihan itu adalah bidadari...

assalamualaikum warahmatullah..
saat post ni di tulis...
rasa berat hati ini...
kesedihan menjalar..
berjinak & menular ke seluruh ruang qalbi..
ya Allah... kuatkan aku...
teguhkan pendirianku...
andai aku sedang berdiri di landasan kebenaran...
teguhkan aku... 
biarpun darah terpaksa mengalir keluar daripada tubuhku..
biarpun air mata menjadi kering..
kuatkan hati ku untuk terus bertahan ya Allah..
agar aku dapat merasai ni'mat..
apa itu cinta yang selama ini aku katakan...
menabur kata sayang padaMu..
agar aku dapat buktikan ia..
meski ia menuntut satu penderitaan..
aku redha..
selagi engkau bersamaku ya Allah..


Friday, June 1, 2012

bahagiakan akhiratmu dengan memanfaatkan duniamu





♥ di suatu petang yang hening... di sebuah villa gah tersergam di kota.. sang adam bersila di hadapan seorang gadis, bertemankan adik si gadis itu.. bermulalah dialog antara mereka.. ♥




lelaki: assalamualaikum warahmatullah...

maaf.. kalau awk menikah dengan saya, kat rumah saya..

tak ada rice cooker, yang ada periuk biasa..

tak ada microwave, oven bulat tu adalah..

tak ada water heater, yang ada cerek yang suka menjerit tu jak..

tak ada home theater, ada tv 14inc dan radio cap ayam..
tak ada alarm clock, ayam dah berkokok pagi2 kejut subuh..

suasana menjadi senyap......... kelihatan perempuan itu tetap tunduk..... tiba2.....


perempuan: waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh..umm.........
kalau ada rice cooker, tapi tak ada beras.. tak jadi juga kan?
kalau ada microwave, kalau tak ada electric, tak jadi juga kan..?
kalau ada water heater, kalau tak ada air tak jadi juga kan?
Allah dah bagi ayam tugas untuk berkokok di pagi hari,
bila tengok malaikat,
jadi kenapa nak risaukan alarm clock?
air perigi tu pun air mutlak juga kan?
asalkan, ada AlQuran untuk saya baca,
dan imam yang setia mengetuai solat sy..
apa yang nak sy khuatirkan.. ^__^

p/s: untuk apa kita risaukan sesuatu kemahuan itu melebihi keperluan? rezeki milik Allah.. zaman Rasulullah pun tak ada pun rice cooker, home theater.. tapi bahagia juga... MasyaAllah... ^___^
bahagiakan akhiratmu dengan memanfaatkan duniamu..

Sunday, May 20, 2012

terlepas pahala terakhir sebagai seorang isteri

*hampa*

Semoga bermanfaat sebagai tauladan kepada kita semua.

_ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _


“Saya mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu.

Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.

Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalam keluarga saya.

Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.

Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.

Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan. Saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Maghrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.

Selepas menunaikan solat Maghrib, kami keluar ke sebuah restoran kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoran, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.

Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan dan ketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang.

Saya melihat jam tangan. “Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang,” kata saya. Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman.

Kami tiba di rumah jam 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur. Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoran. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum. Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.

Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan saya. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan.

Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.

Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.

Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.

Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri dan yang lebih saya takuti jika suami tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.

Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, “Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya”.

Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir di pipi. Saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya.

Tuesday, May 1, 2012

~CINTA NAILAH AL-FARAFISHAH~

Tamadhar, isteri mulia, Abdurrahman ibn 'Auf berkata kepada Usman ibn Affan Radiyallahu 'anhu, "Bersediakah engkau menikah dengan puteri pamanku, seorang gadis yang cantik, tubuhnya padat, pipinya lembut dan fikirannya cerdik?"

"Insya Allah", jawab Usman, "Siapakah dia?"

"Nailah binti al-Farafishah al-Kalbiyah"

Sesudah menikah, Usman bertanya pada Nailah, "Pastinya kau tidak suka melihat ketuaanku ini?"

Nailah tersenyum dan menunduk sambil berkata, "Saya termasuk wanita yang lebih suka memiliki suami lebih tua."

"Tapi aku telah jauh melampaui ketuaanku?"

Kembali Nailah tersenyum dan berkata, "Tapi masa mudamu sudah kau habiskan bersama Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Dan itu jauh lebih aku sukai dari segala-galanya."


Dia seorang wanita yang cantik dan akhlaknya,isteri Khlifah Uthman bin Affan.Seorang isteri yang ikhlas,setia dan taat pada suami.Meskipun Nailah bukannya dari golongan wanita Quraisy,mempunyai ayah penganut agama nasrani namun dia tetap menonjol dari kalangan muslimah ketika itu.Inidisebabkan kelebihan kecantikkan,kebijaksanaan,kefasihan lidahnya serta kematanganfikirannya.

Nailah hidup dirumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan.Ketika pengepungan selama 50 hari,rumah Khalifah Uthman,org yg tidak berengang daripadaKhalifah Uthman ialah Nailah.Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumahKhalifah dengan batu-batu dan panah.Tiga orang telah terbunuh.Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah,namun masih ada dua orang yg melanggar perintah itu.Muhammad binAbu Bakar yg mengetuai pembelotan itu.Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah danmemanjat dengan tali itu,Nailah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yg ikal.Khalifah menegurnya

"Nailah,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung,sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripadanyawaku".

Nailah sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah,yg penting baginya ketikaitu adalah melindungi suaminya.Kedua lelaki tersebut telah berada dihadapannya.Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Khalifah tetapi dengan pantas Nailah menahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya.Nailah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya membunuh lelaki tersebut.Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar,dia menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jaritangan yang lain.Muhammad mencabut janggut Khalifah,memukul kepala dan menikamnya.Dia menyelar tubuh Khalifah dengan pedang sedangkan sewaktu itu beliau masih hidup .Apabila Muhammad Hendak memotong kepala Khalifah,badan Nailah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah.Mereka berdua ditolak lalu di pijak-pijak.

Sesudah pembunuhan itu,tidak seorg pun yang berani datang untuk memandi dan mengebumikan jenazah beliau.sehingga Nailah menghantar utusan kepada Jubair binHizam dan Huwaitib bin Abd Uzza.mereka tidak berani mengebumikannya di waktusiang.Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazahKhalifah.Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam.Berita kematian Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang membawa perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umatislam. Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi

"Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jikayang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggar perjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah".

Nailah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut olehMuhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong. Walaupun telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya. Nailah menolak danmematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya,

"Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?".

Lalu Nailah menjawab,

"Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".

Sebagai seorang sasterawan dan penyair, Nailah banyak mengubah sajak dan syair yang diabadikan buat suaminya. Dia menolak perkahwinan selepas perginya Saidina Uthman.Dia tetap setia meskipun selepas kematian Khalifah. Dialah wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan suaminya.

~Ya Allah,jadikanlah hati hamba sekuat & seindah hati NAILAH AL-FARAFISHAH.Amin...~

Monday, March 26, 2012

Erti kesetiaan


assalamualaikum..

Disebuah pekan kecil di Switzerland, terdapat sebuah tugu seekor anjing disebuah stesen keretapi. Ada cerita menarik disebaliknya.

Pada suatu hari tuan anjing bersama anjingnya keluar dari rumah dan dalam kedinginan mereka menuju ke stesen keretapi tersebut. Hari itu tuannya terpaksa meninggalkan anjingnya sedang dia terpaksa keluar ke pekan lain atas satu urusan.

Sebaik sahaja keretapi sampai, tuan nya mengusap-usap anjingnya dan dengan penuh manja seperti biasa anjing menjilat-jilat tuannya. Tuannya berangkat dan berlalu pergi bersama keretapi yang menjalar di atas landasan pejal, meninggalkan anjingnya dibelakang.

Apabila sampai dipekan yang dituju, tuannya diserang sakit mengejut. Penyakit itu membawa kepada kematian lalu jenazahnya disemadikan disana.

Keesokannya seperti semalam, anjing ini keluar dalam kedinginan menunggu dengan penuh setia tuannya di stesen. Apabila keretapi sampai, ia menyalak-nyalak dan melompat kegembiraan. Ia duduk bertentangan dengan pintu gerabak, dan apabila pintu terbuka semua penumpang melangkah keluar namun ia tidak menjumpai wajah tuannya. Kereta api kemudiannya berlalu pergi membelah hari dan dengan sugul ia mengatur langkah pulang.

Keesokannya ia datang lagi untuk menunggu tuannya dengan penuh setia. Begitulah hari-hari ia ke stesen tersebut. Ia datang dengan melompat-lompat riang sambil menyalak-nyalak di sekeliling stesen kegembiraan. Apabila keretapi sampai, sambil menahan nafas bagi meledakkan rasa menerkam dan menjilat manja, tuannya pula akan mengusap kepalanya. Penumpang seperti biasa melangkah seorang demi seorang namun tidak ada wajah tuannya. Keretapi kemudiannya berlalu pergi. Dengan wajah sugul dan tertunduk pilu ia melangkah longlai berlalu pulang meninggalkan stesen.

Ia tekun mengulang perkara yang sama setiap hari selama bertahun-tahun, musim terus silih berganti ia tetap menyalak riang sebelum keretapi datang dan kemudian pulang dengan sugul, namun dimanakah tuannya?

Sehinggalah anjing itu tua, ia hanya duduk dan mundar mandir disekitar stesen namun masih tetap setia menunggu tuannya pulang. Dia kemudiannya tidak kemana-mana hanya mampu berbaring lemah dengan wajah penuh sayu, menanti dan terus menanti. Panjang episod dukanya. Dalam nafas-nafas terakhir ia masih setia menunggu di tempat yang sama tuannya membelai buat kali terakhir, suatu masa lampau. Di stesen itu akhirnya ia menemui ajal pada sebuah penantian yang tiada noktah.

Begitulah setianya seekor anjing. Pihak stesen yang merakam kisah ini kemudiannya membina sebuah tugu sebagai lambang sebuah kesetiaan

Apabila kita melihat kepada kisah panjang ini benarlah kata-kata Sayidina Ali :

”Aku belajar tentang takwa daripada kesetiaan seekor anjing kepada tuannya”

Alangkah malu sekiranya ingin diandingkan antara kita sebagai manusia dengan Allah dan seekor anjing dengan tuannya. Lihatlah kepada anjing bagaimana ia dilayan. Tuan anjing hanya memberinya makan di bawah meja, tidur pula di ruang asing di luar rumah. Ketika hujan turun tempiasnya membasahi anjiing lalu menggigil kesejukan. Satu-satu kelebihannya ialah dia sedar bahawa dia bukan terbiar sepertit anjing jalanan yang tidak bertuan. Itu sahaja! Namun anjing tetap setia dan bersyukur.

Sedangkan kita sebagai manusia bukan menerima makan lebih di dunia ini, bukan menumpang di rumah asing, sebaliknya kita menguasai dunia ini. Begitu banyak kurniaan daripada Allah sehingga kita diberikan tunduk hormat oleh para malaikat pada hari pertama kejadian kita.

Begitu besar apa yang kita terima daripada Allah tetapi malangnya masih belum mampu untuk setia kepada Nya. Apakah sebenarnya yang ada pada seekor anjing sehingga mempunyai nilai kesetiaan yang tidak terkalahkan ini.

Dalam jalinan perhubungan kehidupan seharian, nilai tertinggi ialah kesetiaan. Lihatlah kepada pasangan suami isteri, apakah ikatan teras mereka kalau bukan kesetiaan?

Apakah akan jadi apabila kesetiaan tiada? Masih adakah hubungan?

Kekayaan dan kesenangan mungkin tiada, termasuklah luput kegembiraan atau apa sahaja termasuk yang paling didambakan iaitu kasih sayang, mereka masih tetap bersama sekiranya masih ada kesetiaan!

Begitulah tingginya nilai kesetiaan. Dan kesetiaan yang paling asa adalah kepada Allah, Tuhan yang memelihara segala kebajikan hidup kita.

copy from facebook

My Blog List

Daisypath Friendship tickers
get this widget here