Thursday, March 3, 2011
Cekal hatinya...
assalam...
"Dan bersabarlah, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al-Anfal:46)
kisah ini saya dapat dari zaman sekolah lagi. Ustazah saya menceritakan kisah seorang sahabatnya yang mana telah dimadukan oleh suaminya. Suaminya ialah kakitangan jabatan Agama di sebuah negeri di Malaysia. kisah nya bermula,
si isteri , Sarah (bukan nama sebenar) dan suaminya tidak dikurniakan cahaya mata setelah 15 tahun berkahwin. Sarah merupakan seorang guru di sebuah sekolah terkemuka.
tibalah suatu hari, ketika Sarah sedang menyiapkan juadah, kedengaran deruman kereta sang suami yang sudah pulang dari kerja. si isteri menghentikan kerja dapur, lalu melangkah ke pintu untuk menyambut suami tercintanya.
si suami duduk di sofa menghilang penat bekerja seharian. Sarah masuk ke dapur dan keluar sambil membawa segelas air untuk suaminya. Belum sempat Sarah meletakkan air itu di atas meja, si suami mula berkata-kata.
"Sarah, izinkan abang kahwin lain".
tersentak Sarah mendengar pemintaan suaminya itu. matanya kian berkaca, mahu saja airmatanya gugur. tapi bukan itu yang dipinta suaminya dan bukan itu jawapan yang suaminya mahu. ingin sekali Sarah bertanyakan sebab suaminya meminta izin untuk berkahwin lain. Namun terlalu bodohlah sekiranya itu yang menjadi persoalannya. zuriat! itulah yang diharapkan suaminya sejak malam pertama mereka hidup sebagai suami isteri.
mata suaminya ditatap dalam - dalam. redup. Sarah tahu permintaan suaminya bukan bertujuan untuk melukai hatinya, setiap manusia menginginkan zuriat, permata hati untuk kelangsungkan keturunan. jadi itulah cara yang ada bagi suaminya untuk mempunyai zuriat sendiri.
"Sarah izinkan abang menikahi orang lain". Akhirnya sarah memberi jawapan. dia tahu keputusan itu bakal mempengaruhi hidupnya. kasih sayang suami yang dulunya 100% dicurahkan kepadanya bakal dikongsi dengan wanita lain. Sarah redha.
"tapi biarlah bersyarat... Sarah minta abang yang menghantar dan menjemput Sarah dari sekolah. sekiranya Sarah ingin meminta tolong pada masa abang di rumah isteri baru, abang perlu datang kerana Sarah tak punya siapa lagi.."
lama juga si suami berfikir.
"Baiklah", akhirnya suaminya akur.
sejak hari itu, Sarah sentiasa menghadap Yang Maha Berkuasa, moga diberikan kekuatan untuknya melayari perkahwinan bersama suaminya. Hati isteri mana yang tidak terluka melihat sang suami, insan yang tercinta bermesra dengan wanita lain, hatta wanita itu madunya. Sarah tidak pernah mencemburui isteri baru suaminya. hari berganti hari. sampailah hari bahagia suaminya. Sarah dengan ikhlas merestui pasangan pengantin baru itu.
kini bermulalah hidupnya sebagai seorang madu. si suami mula memenuhi syarat yang Sarah tentukan itu. Sarah pula, semakin memdekatkan dirinya dengan Allah. tidak kira masa, dia sentiasa beribadat, solat, mengaji AlQuran, di sekolah mahupun di rumah. Baginya, inilah satu-satunya cara untuk dia melupakan kesedihannya dan menghindarkan diri dari mengenang suaminya.
mahupun begitu, Sarah masih menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sekali terhadap si suami. kasih sayang suaminya tidak pernah berkurang.
Allah Maha Berkuasa! selepas 3 bulan suaminya menikahi orang lain. Sarah disahkan hamil. gembira bukan kepalang lagi kerana hajatnya untuk memberi suaminya zuriat kian tercapai. berita ini disambut dengan air mata kegembiraan dari si suami. hidup mereka semakin bahagia.
Ya Allah, sesungguhnya Allah Maha berkuasa ke atas tiap2 sesuatu itu. kesungguhan Sarah dan kecekalan hatinya diberi ganjaran yang besar dari Allah. Setelah bertahun- tahun menunggu, akhirnya mereka mengecapi bahagia memiliki anak sendiri. ALLAHUAKBAR!..
- semoga kisah ini menjadi teladan kepada isteri2 diluar sana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment