Friday, April 29, 2011

Breaking up is not failure?






Putus cinta, memberi maksud terhenti perhubungan kasih sayang antara dua insan, tidak kira lah antara ayah dan anak, ibu dan anak, lelaki dan perempuan...
Hari ini, saya mengambil keputusan untuk putus cinta. walaupun saya tahu ramai di kalangan rakan seusia saya pasti menganggap saya telah gagal menjaga ikatan kasih sayang dan perasaan saya ni, tapi saya lebih tahu kerana putus cinta tak bermakna saya gagal.

Putus cinta memang akan membuat kita sedih , moody, tapi ia bergantung pada kenapa atau punca putus cinta itu. saya putus cinta sebab :-
  • saya mahu belajar dari kekurangan saya, dan mahu dia belajar dari kesilapan dia.
  • terdapat perbezaan antara kami.
  • kami mengambil jalan yang salah.
alasan diatas bukan tidak membuktikan kita telah gagal menjalani kehidupan berkasih sayang. tapi kita cuma salah mengambil jalan ketika menjalani kehidupan yang memerlukan kasih sayang seperti ini. bukan semua orang boleh menjadi sebahagian dari hidup kita, bukan semua orang yang mampu berada disamping kita. kita bukan perlu betul untuk setiap perkara. kesilapan membuatkan kita jadi lebih lengkap dan sempurna.

No comments:

Post a Comment

My Blog List

Daisypath Friendship tickers
get this widget here