Namaku Puteri Darwina Dato’ Halim. Aku ni anak tunggal. So, memang aku dimanjakan mama n papa sejak kecil. Tapi aku bukan lah nak cerite fasal mama papa aku sekarang ni. Aku nak bagitau fasal sorang pria nih, namanya hamad. Hamad ialah anak tok guru kat tempat aku mengaji. Tok guru tu nama wak min. hamad ni umurnya 2 tahun tua dari aku, aku kenal hamad sejak umur 5 tahun. Hamad sangat rajin bercucuk tanam. Pernah suatu hari, dia bagitau aku,
“aku nak jadi petani berjaya, semua pokok aku nak tanam”.
Aku just diam saja. Yalah, jadi petani je pun, bukan doktor or cikgu. Hamad tak sekolah sebab dia tak mampu bayar yuran. Bapak dia kerja ajar orang mengaji sahaja. Yuran pun tak mahal, rm10 ringgit sahaja sebulan, budak mengaji ade 10 orang.
Rm10 X 10 orang budak mengaji = RM100.
Banyak tu mana boleh tanggung hamad belajar. Kat rumah hamad pun pakai air perigi ngan pelita ayam. Walaupun hamad miskin, aku dah tersuka kat dia sebab dia tu jujur.
Masa aku umur 7tahun, hamad 9 tahun.
- Aku masuk pertandingan lumba lari. Time berlari tu, tetiba kakiku tersadung, terus aku jatuh. Memang lutut aku luka masa itu. Kebetulan hamad datang masa tu. Bila dia tengok aku jatuh, dia terus tolong aku keluar dari padang. Pelan-pelan hamad amik something dalam poket dia, aku ingatkan plaster dettol. Rupanya, keratan daun lidah buaya. Hamad cuci luka aku dan sapu gel yang keluar dari daun tu kat kawasan luka tu. “aku tanam pokok ni, kan dah jimat, tak payah beli ubat”. Kata hamad sambil tersenyum. Masa aku umur 12tahun, hamad 14tahun.
- Mukaku mula ditumbuhi jerawat.eeeiii.. kotor sangat bila tengok dalam cermin, kenapa lah kalau period jer, mesti ada jerawat. Nasib baik dua tiga aja, kalau berkilo, boleh pengsan aku. Tiap-tiap petang aku pergi ke kebun hamad. Hamad dah ada kebun, tapi sekangkang kera saja.petang tu, tengah aku lepak ngan dia. Hamad pun kasi aku segenggam kacang hijau. Aku tanya, “untuk apa?”, hamad pun jawab, “untuk hilangkan jerawat, tumbuk sampai hancur, pastu ko bancuh ngan air, cuci muka setiap hari, sebelum mandi..nanti jerawat hilang la”. Aku terharu jer bila hamad ambil berat fasal muka aku ni. Lagi lah aku makin suka kat hamad tuh.
Masa aku umur 19tahun, hamad 21tahun.
- Masa ni lah aku berani cakap kat hamad yang aku suka dia. Aku ingat hamad rijek aku, sebab aku kan anak manja papa mama aku. Tapi tak sangka pula dia pun suka aku. Kami pun bercinta. Masa birthday aku yang ke-19, hamad dah janji nak bagi aku hadiah. Aku pun mula lah berangan-angan dapat coklat, anak patung, baju daripada hamad. Yalah, hamad dah jadi petani separa berjaya(ada gerai sayur dan kebun dah dua kangkang gorila). Kebetulan birthday aku tiba masa aku tengah cuti sem (aku sambung belajar kat uitm). Jadi kami pun boleh sambut bersama-sama. Hari itu pun tiba. Kat rumah aku buat makan-makan. Hamad datang bawak hadiah. Time tu, rasa nak melompat pun ada. Nampak hadiah tuh berkotak je, jadi aku pun berteka dalam hati.. coklat nih… ntah-ntah, jam tangan quart.. iphone ker..??. aku bukak kat situ jugak, depan tetamu. Bila aku bukak. Isi hadiah tu, sekotak uncang teh!. Aku hairan, aku pandang hamad. Dia senyum lalu berkata, “mata nampak letih, mungkin sebab selalu tido lambat stadi. Jadi guna la uncang teh tu, rendam dalam air panas, pastu sejukkan dalam peti ais. Letak atas mata tu, ok?”. Hamad pun berlalu.
Kini, aku dah umur 25tahun, hamad 27tahun.
- Mesti korang nak tahu apa yang jadi lepas hamad blah dari rumah aku pada malam birthday aku 6tahun lepas bukan. Ya, lepas hamad balik, aku terus mengamuk, menangis dalam bilik. Mama dan papa aku tahu yang aku suka sangat kat mamat hamad tu. Then, malam tu, mama masuk dalam bilik aku yang dah jadi tongkang pecah. Mama pun duduk di sisi aku. Masa tu, aku dah bajet kena bebel kaw-kaw ngan mama. Rupa-rupanya..
“puteri, mama Cuma nak cakap satu saja, dengar ya.. di sebalik hujan panas yang boleh buat kita demam, ada pelangi indah yang mewarnai langit.. di sebalik ulat yang merosakkan pokok dan tumbuhan, ada sang rama-rama.. tuhan sentiasa mengatur sesuatu yang terbaik untuk hamba-Nya.. biarkan ulat tu memakan daun, biarkan hujan panas jatuh menimpa bumi, kerana ada rama-rama dan pelangi menanti.. dan biarkan lah hatimu terluka sedikit, kerana apa yang terjadi ni menjanjikan kebahagiaan kelak”.
Dan sekarang, aku dah pun kahwin. Dengan siapa?? Dengan hamad lah. Kami tinggal di rumah besar, hasil titik peluh hamad sendiri.(kebunnya dah jadi 10 kangkang dinosour). Kami hidup bahagia. Benarlah kata mama aku, walaupun dulu, angan-angan aku aysik musnah saja, tapi sekarang, usahkan coklat, kilang coklat pun hamad boleh beli…! J
p/s : bersyukur lah dengan apa yang ada. Kalau nak..berjaya, takder spm pun boleh berjaya
No comments:
Post a Comment