"Ibu, di mana ayah?" tanya Nukman dengan wajah yang muram.
"Dia pergi berniaga" jawab ibunya sambil menatap wajah Nukman dengan penuh kasih sayang.
"Mengapa ayah belum pulang?" tanya Nukman lagi.
"Ayah kamu sibuk dengan perniagaannya. Mungkin dia akan pulang tidak lama lagi" jawab Aisyah ibunya dengan nada yang sayu.
"Bagaimana ayah tidak pulang?" tanya Nukman ingin mengetahui.
"Kita berserah kepada Allah. Hidup perlu diteruskan juga. Kamu jangan bimbang kerana ayah kamu mewariskan harta yang banyak kepada kita" jawab ibunya.
Aisyah menjadi sedih terkenang pertanyaan anaknya, memang sudah lama suaminya tidak pulang dan tiada khabar berita. Ada yang mengandaikannya diculik lalu dibunuh dan barang-barang dagangannya dirampas.
"Anakku, Nabi Muhammad juga sejak kecil kehilangan ayahnya. Abdullah ayah Nabi meninggal dunia ketika baginda masih dalam kandungan ibunya. Ketika itu ayah Nabi baru berumur 18 tahun lalu dikebumikan di Madinah. Sewaktu meninggal dunia. Abdullah tak ada meninggalkan apa-apa harta bagi diwariskan kepada anaknya Muhammad" kata Aisyah memujuk anaknya di samping memujuk hatinya.
Katanya lagi, "Ketika Nabi Muhammad berumur 6 tahun, ibunya Aminah pula meninggal dunia. Semenjak itu baginda menjadi yatim piatu. Nabi dipelihara datuknya, Abdul Mutalib. Ketika Nabi berumur lapan tahun, Abdul Mutalib pula meninggal dunia lalu dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Bagi meringankan tanggungan bapa saudaranya, baginda membantunya memelihara kambing dan berniaga."
"Sekiranya begitu, nasib saya lebih baik daripada Nabi Muhammad semasa kecil. Bukankah begitu?" tanya Nukman yang dipanggil dengan gelaran Imam Hanafi..
Kitab: Imam-Imam Yang Benar
No comments:
Post a Comment