Sunday, May 26, 2013

Si Niqobis senjata iblis?

Assalamualaikum warahmatullah...
maaf kan sy kalau tajuk post tu ekstrem...
tu satu method nak tarik pembaca untuk baca kisah apa yang saya nak ceritakan kali ini..
sekarang ni dah terlalu banyak terjadi di laman2 sosial..

mari kita singkap~


pernah kamu dengar tokoh salafus soleh yang bernama Sulaiman Bin Yasar al-Hilali ?

beliau seorang ulama dari kalangan tabiin di madinah dan merupakan seorang yang warak dan amat kaya dengan ilmu pengetahuan . mengapa aku ungkit nama beliau dalam topik kita berdua ? ini kerna beliau terkenal dengan wajah yang sangat tampan . 


Abu Hazim bercerita ;

suatu hari, Sulaiaman bin Yasar keluar ke Makkah bersama seorang sahabatnya . apabila tiba di Abwa, mereka berhenti untuk berehat . temannya itu segera menyiapkan makanan, lalu pergi ke pasar untuk membeli bekalan mereka .. sementara itu, Sulaiman bin Yasar menunggu di dalam tenda yang telah disediakan..

dari kejauhan , seorang wanita tanpa sengaja terpandang wajah Sulaiman . ketampanan wajah Sulaiman telah menawan hatinya wanita itu lalu berhias degan cantik, menutupi wajahnya dengan 'niqab', lalu mendatangi tenda Sulaiman...

semasa tiba di hadapan Sulaiman, wanita itu lantas meyingkap'niqab' dari wajahnya . lalu terlihatlah seraut wajah yang sangat cantik umpama rembulan... wanita itu pun berkata,"berikanlah kepada aku"..

Sulaiman menyangka bahawa wanita tersebut inginkan makanan . beliau pun segera bangkit hendak memberikan makanan kepada wanita tersebut... wanita itu berkata lagi,"aku tidak inginkan makanan... aku inginkan apa yang diingini seorang perempuan daripada seorang lelaki."

Sulaiman sedar bahawa beliau sedang maenghadapi dugaan yang sangat besar... beliau pun berkata,"iblis telah mengutusmu untuk menyesatkanku." beliau lalu meletakkan kepalanya di kedua tangannya dan menangis dengan amat sedih sekali..

melihat sikap ini, wanita tersebut berasa sangat malu... dia pun menutup kembali wajahnya dengan 'niqab'... lau beredar dari situ...

tidak berapa lama kemudian, sahabat Sulaiman kembali dari pasar dengan membawa bekalan yang dibelinya.apabila melihat kesan tangisan di muka Sulaiman, lantas bertanya, "apa yang terjadi? mengapa engkau menangis?"

Sulaiman menjawab, "tidak ada apa-apa. aku hanya teringatkan keluargaku di rumah."

temannya tidak percaya.. dia terus mendesak Sulaiman untuk memberitahu apa yang sebenarnya terjadi... akhirnya, Sulaiman menceritakan kisah sebenar... mendengar cerita Sulaiman, temannya menangis... dia pun berkata, "jika kau yang mengalami kejadian ini, aku takut tidak dapat menahan diri seperti kamu."

kisah ini dihikayatkan oleh Al-Hafiz Abu Nu'aim Al-Isbahani dalam kitabnya yang bertajuk... 'Hikayat al-Awlia'
Sulaiman dan temannya meneruskan perjalanan mereka ke Makkah. selepas melaksanakan amalan 'menasik' dengan sempurna, Sulaiman berasa penat, letih dan mengantuk... lalu beliau pun tertidur...

di dalam mimipi, beliau berjumpa dengan seorang lelaki yang amat tampan... beliau bertanya kepadanya, "siapa kau wahai tuan?" orang itu menjawab, "aku Yusuf bin Ya'qub ."

Sulaiman bertanya lagi, "Nabi Yusuf?" orang itu menjawab, "ya."

Sulaiman berkata, "aku sangat kagum dengan kisahmu bersama wanita yang menggodamu sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran."

Nabi Yusuf berkata, " kisah mu di Abwa lebih mengagumkan."




sumber : majalah GEN Q

dan mr paracetamol punya blog..

wallahualam.. :)

No comments:

Post a Comment

My Blog List

Daisypath Friendship tickers
get this widget here