PROLOG
Setiap perkara ada gantinya.
Setiap perlakuan ada ganjarannya.
Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.
“Kakak, saya
sangat menghormati kakak.. saya sudah menganggap kakak sebagai kakak saya
sendiri, satu darah daging.. jika saya ini menepati cita rasa kakak, maka
pinanglah abang untuk saya. Saya sudah cuba melupakan dia kakak.. maafkan
saya..”. suara di hujung talian sangat lembut, namun tajam menghiris hati.
“baiklah,
jika itu membawa kebaikan kepada kamu, Aisyah.. kakak akan cuba sampaikan pada
abang.. kamu tunggu sahaja keputusan nya. Tapi kakak tidak menjanjikan apa-apa
ya, insya-Allah. Sekiranya niat kamu baik, moga Allah permudahkan urusan kamu
ya.. assalamualaikum”. Muthiah cuba menyembunyikan getar di dalam suara nya.
Hati sudah berkocak, bagaimana mahu tenang. Dia beristighfar. Berat helaan
nafas, tersekat di kerongkong.
Matanya mula berkaca. Mujurlah suaminya tiada di rumah, jika
tidak bagaimana dia mahu menyembunyikan gelodak hati yang sudah berada di
kemuncaknya ini.
“Ya Allah.. teguhkan
hati hamba-Mu ini.. berikan aku kesabaran setinggi gunung ganang.. Aku meredhai
segala ujian-Mu..”. Muthiah bersujud di tikar sejadah. Basah sejadah itu dek
air mata nya yang mencurah-curah mengalir melewati pipinya. Hati wanitanya
begitu terduga.
No comments:
Post a Comment