Impak kebesaran Dia
“Saudari..
Semoga ini memberi manfaat kepada saudari… Sebelum saudari menghadap-Nya… Moga
Allah membukakan pintu hidayah buat saudari..”, wajah lelaki itu tenang sekali
menghulurkan risalah itu. Muthiah menyambutnya. Namun, apabila risalah itu
sudah rapi digenggam oleh nya. Ia terbakar dengan serta- merta.
“Tak payahlah
baca risalah tu, itu cuma satu manifesto agama Islam, kita hidup cara begini,
bukan? Kita orang Islam, kamu sudah menutup aurat my dear..kamu sudah cantik
padaku.. cantik.. ”, lancar kata-kata Fazrin yang berdiri tidak jauh dari
lelaki itu.
“beristighfar,
sahabatku.. tak elok jika seorang wanita keluar dengan lelaki bukan muhrimnya,
kau sudah menghampiri zina”, Hidayah pula muncul entah dari mana.
“istighfar,
saudara ku…”, lembut sahaja seruan lelaki yang menyampaikan risalah tadi.
Hidayah juga mengikuti dia.
“istighfar….
Istighfar… Muthiah.. istighfar…”
Muthiah
mencelikkan mata, cahaya terang kian menyakitkan mata, perlahan-lahan dia
melihat kiri dan kanan. Kelihatan Hidayah duduk di sebelah katilnya.
“eh, aku kat
mana ni..?”, Muthiah bersuara. Hidayah yang tadinya tertunduk kerana keletihan kini
panggung kepala melihat sahabat nya yang sudah sedar.
“syukur
alhamdulillah… kau dah sedar.. kau kat hospital sekarang..kau tak ingat apa
yang terjadi?”. Hidayah menyoal ingin kan kepastian. Manakan tidak, sahabatnya
itu terbaring kaku selama 10jam selepas dirempuh oleh sebuah van berhampiran kawasan
rumahnya. Mana tahu, Muthiah hilang ingatan gara-gara kemalangan itu.
Mujahid
meneguk air sirap yang dipesan tadi. Tekaknya yang tadinya kering kini lega.
Mana tidak nya, dia bersama sahabatnya Syed mengagihkan risalah hampir tiga
jam, bertegur sapa dengan sesiapa sahaja yang ditemui mereka.
“alhamdulillah..
kiranya selesai tugas kita hari ini, aku nak balik rumah dah lepas ni Yid, aku
ada proposal kena buat ni.. ”, mujahid menyeka peluh di dahi. Memikirkan banyak
assignment yang masih tertangguh, dia
mahu segera pulang. Selepas bersalaman dengan sahabatnya itu, dia menghidupkan
enjin motosikalnya, tiba-tiba bunyi brek yang nyaring menyakitkan telinga
menarik perhatian Mujahid.
“Allahuakbar!
Ada orang kena langgar..!!”, mujahid pantas berlari ke arah insan malang tu.
Syed yang juga menyedari kejadian itu turut serta.
“perempuan
ini lah yid… astaghfirullah alazim.. mari kita bantu dia.”, melihat kenderaan
yang merempuh gadis itu sudah lesap melarikan diri, mujahid terkilan. Mana
hilangnya perikemanusiaan manusia sekarang, sudahlah menabrak orang, larikan
diri pula. Nauzubillah!
Mujurlah
ketika itu ada orang awam sudi membantu membawa gadis yang ditabrak itu ke
hospital, jika berlamaan boleh bermandi darah di jalan itu. Ketika mengusung gadis
itu ke dalam kereta, handphone milik
gadis itu menjerit minta di angkat. Tertera nama “Hidayah” di skrin.
Muthiah
membelek risalah itu lagi. Dibacanya berulang kali sejak hari itu. Muthiah
mengeluh. Hajatnya untuk bertanyakan perkara ini kepada hidayah belum tercapai.
Kiranya sudah tiga hari dia berada di hospital. Kaki kiri nya menerima 10
jahitan akibat dirempuh hari itu, mujurlah cuma tulang betis nya sahaja yang
retak. Jika tidak, tidak merasalah dia nikmat berjalan kaki lagi dalam masa
terdekat ini. Menurut doktor, dia dibenarkan pulang lusa.
“bosannya..
”. Muthiah merungut. Dinantikan ibu bapanya, mereka hanya menjenguk sekali
sahaja. itu pun ketika dia masih tidak sedarkan diri. “Kenapalah mama papa tak
datang tengok aku ni.. sibuk sangat ke?”
Pintu dikuak seseorang. Hidayah menjengah masuk sambil
membawa beberapa majalah.
“assalamualaikum
kawanku… macam mana hari ni..? sihat? Kaki sakit lagi tak?.. ni aku bawak kan
majalah favourite kau.. untuk
hilangkan bosan.. aku beli kat bawah tadi..”, di hulurkan majalah intrend dan women’s weekly kepada Muthiah.
Muthiah tidak menyambut majalah-majalah itu. Dia membuang
pandangan ke luar tingkap hospital itu. Hidayah kehairanan.
“kenapa dia
tak ambil? Bukan ke ini kesukaan dia.. pelik benar dia sejak lepas accident ni…”, hidayah bermonolog di
dalam hatinya.
Muthiah memandang hidayah. dia dapat meneka apa yang sedang
bermain di hatinya sahabatnya itu.
“Dayah….
Majalah-majalah itu.. baik kau buang sahaja.. aku dah tak minat nak baca… dan..
aku tersinggung dengan kau.. kenapa kau masih mahu aku leka dengan dunia ini,
sedangkan aku sebenarnya sudah jauh tersasar… kenapa kau memberi aku nasihat..
tapi kau tidak memberi aku penawar untuk membersihkan hati aku..tapi kau masih
mahu menyuap racun, seperti majalah itu, kenapa…? Adakah aku sahabat kau..?
atau aku musuh kau?.... aku saudara satu agama kah? Atau aku berbeza agama
dengan kau..?”. soalan demi soalan Muthiah utarakan pada sahabat nya itu.
Manik-manik jernih kian jatuh melewati pipi Hidayah. rasa
tertampar dengan soalan Muthiah. Kata-kata sahabatnya itu walaupun lembut,
menjerut lehernya. Sesak nafas bila difikirkan.
Muthiah
memeluk hidayah dengan erat. Memang hatinya tersentuh, melihat sahabatnya
menangis. Tapi dia merasakan haknya untuk berkata begitu. Kerana selama ini
tarbiyah Hidayah seakan tidak sampai ke lubuk hatinya. Berbeza dengan apa yang
terkandung dalam risalah itu. Pelukan mereka terlerai, lalu Muthiah
menceritakan apa yang berlaku tempoh hari kepada hidayah. Dia juga menceritakan
mimpi yang dialaminya ketika dia tidak sedarkan diri.
“syukur alhamdulillah sahabatku,
kemalangan yang kau hadapi tempoh hari bukan musibah, tapi nikmat kerana Allah
Yang Maha Berkuasa telah membukakan hati kau untuk berubah. Tak apa, nanti aku
ajar kau sedikit demi sedikit ya, oh ya. Ini telekung solat kau, aku bawa, dan
ini majalah solusi, aku beli untuk aku tadi. Tapi, kau bacalah, isi masa luang
kau di sini”, wajah Hidayah ceria. Rasa syukur terbit dihatinya melihat
sahabatnya sudah mendapat petunjuk Allah, meskipun bermula dengan sedikit
kesakitan. Terima kasih Allah!
No comments:
Post a Comment