Tuesday, April 24, 2012

episode 2



Hidayah itu tidak mustahil!

          “Thia.. zhuhur ni dah lama masuk, bila nak solat ni.. asyik depan laptop je kerja nya.. stop facebooking..”, bebel Hidayah panjang lebar. Melihat sahabatnya yang begitu asyik menghadap laptop, dia cuba mengingatkan kewajipan yang belum tertunai lagi.
          “alah.. kejap lagi lah.. asar lambat lagi.. no worries okay?”. Dalih Muthiah. Asyik benar dia chatting dengan buah hati nya, Fazrin.
          “memang lah asar lambat lagi. Haa.. macam mana kalau sedang kau asyik online, chatting, ada electric shock, mati katak lah kau, tak sempat solat..kan dah berhutang tu…”, ujar Hidayah. Dia cuma mahu sahabatnya itu mendahulukan kewajipan, soal duniawi boleh dikemudiankan. Muthiah tersentak dengan kata-kata sahabatnya, matanya merenung tajam ke arah wajah selamba Hidayah. Tapi akhirnya, senyuman terukir di bibirnya.
          “aku tahu, kau sayang kat aku kan.. okey, aku solat sekarang.. thanks kawan”, kata Muthiah lalu bingkas bangun menuju ke tandas untuk berwudhuk. Usai solat,
          “Dayah, petang ni aku keluar dengan Fazrin, kau nak pesan apa-apa..?”, kata Muthiah sambil melipat telekung solatnya.
          “kan dah chatting tadi, nak keluar pulak. Tak bosan ke kau asyik berkepit dengan dia saja… tak elok lah keluar selalu dengan dia”, hidayah menasihati Muthiah. Namun, umpama mencurah air ke daun keladi, nasihatnya itu langsung tidak berbekas dihati sahabatnya.
          “macam mak nenek lah kau ni, jangan lah risau, kami bukan nak buat kerja tak senonoh pun, kami nak belajar lah.. esok Fazrin ada test, jadi aku nak tolong.. ”, ujar Muthiah panjang lebar.
          Hidayah mengeluh panjang. Bantuan apa yang Muthiah boleh buat? Nak kata boleh berkongsi ilmu, rasanya tidak munasabah. Manakan tidak, Muthiah mengambil jurusan psikologi dan kemanusiaan. Fazrin pula menuntut bidang reka bentuk. Ada chemistry kah?.
          Muthiah masih tekun melaram didepan cermin. Seperti supermodel sahaja lagaknya. Aroma wangian memenuhi ruangan bilik itu. Hidayah hanya memerhati tanya bersuara. Penat dia mahu menasihatkan sahabatnya itu. Lain yang di nasihatkan, lain pula yang dia buat.
          “okey lah, Dayah.. if you need something.. text me okay. ”. Muthiah berlalu pergi.
          “hati-hati..”, itu sahaja yang keluar daripada mulut Hidayah sambil melihat kelibat yang makin jauh meninggalkan rumah sewanya.

               
                Suasana KFC sangat sibuk. Menjadi kebiasaan mahasiswa dan mahasiswi menghabiskan masa di situ, sama ada untuk berdating atau berbincang soal pelajaran masing-masing. Tidak terkecuali Muthiah dengan Fazrin. Terkocoh-kocoh Muthiah memanjat tangga ke tingkat atas, matanya melilau mencari kelibat buah hatinya, Fazrin. Ada tangan melambai dari kejauhan. Muthiah tersenyum melihat wajah kekasih hatinya itu.
          “sorry dear, Thia lambat..”, Muthiah mengambil tempat bertentangan Fazrin.
          “its okay.. so, dear.. nak makan apa?”. Ujar Fazrin bertolak ansur. Gentleman!
          “kita study dulu.. Thia tak lapar lagi.. ”.
          “study apa ya..? ”, Fazrin menyoal gadis di depan nya.
          “la.. kan Faz ada test besok.. jadi study untuk test.. kata nak Thia temankan.. so, I’m here..”, Muthiah menjawab. Lunak sahaja suaranya.
          “ohh.. Faz tipu jelah.. Thia ni mudah sangat percaya orang lah.. kalau Faz cakap Faz nak kahwin dengan Thia hari ni, mesti percaya jugak kan?”. Fazrin menduga Muthiah.
          Muthiah ketawa. Wajahnya kemerahan. Apa salahnya kahwin? Dengan buah hati juga, tentu bahagia. bisik hati kecilnya.
          “tipu lah sangat kalau nak kahwin hari ni.. so, kita nak buat apa jumpa ni..?”. Hati Muthiah terusik dengan kata-kata Fazrin.
          “sudah-sudah berbunga hati.. nak makan apa..? snack plate? Lepas ni, Faz nak ajak pergi tengok member Faz, diorang ada gigs..”.
Muthiah mengangguk. Sudah menjadi satu kebiasaan dia mengikut Fazrin ke konsert rakan-rakannya. Muthiah menunggu Fazrin di satu meja yang agak tercorot. Tiba-tiba, di datangi oleh dua orang lelaki.
          “Assalamualaikum saudari, semoga ini bermanfaat buat saudari… ”, satu risalah dihulurkan kepada Muthiah.
          “so.. ni saya kena kasi derma ke?..”, soal Muthiah menyambut risalah dengan pandangan kosong. Biasa lah sekarang ramai orang menggunakan cara ala islamik, berkopiah, berbaju Melayu, datang membawa risalah untuk mengutip derma dan sasaran mereka pastilah tempat yang menjadi tumpuan ramai, seperti restoran begini.
          “tidak.. kami hanya menyampaikan risalah sahaja, untuk kesejahteraan sesama saudara Islam.. baiklah, kami minta diri dahulu, assalamualaikum…”, kedua lelaki itu terus berlalu.
Sementara menunggu Fazrin selesai membeli makanan, Muthiah membelek risalah tadi.
Kasih sayang buat keluarga..
Tidakkah kamu kasihan wahai wanita yang menjadi anak kepada seorang ayah, menjadi saudara kepada saudara lelaki dan menjadi isteri kepada seorang suami. Seinci kamu membuka aurat mu, kamu meletakkan ayahmu, saudara lelakimu, suamimu ke dalam Neraka. Neraka itu yakni api yang sangat panas, membakar tubuh mereka kerana aurat mu itu…
“dua golongan penghuni Neraka yang tidak aku nampak : (1) manusia yang mengibaskan tali cemeti seperti ekor kerbau pada badan mereka dan mereka akan memukul manusia yang lain ( pemerintah yang zalim); (2) Perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong (kepada kejahatan) dan menarik orang lain condong kepadanya. Kepala mereka akan menjadi seperti bonggol unta “bukhtun” yang condong kepada suatu arah. Mereka tidak akan masuk Syurga dan mereka tidak akan cium bau Syurga sedangkan bau Syurga itu boleh dihidu dari jarak-jarak yang tertentu.” (sahih Muslim)
Janganlah kamu memakai pakaian, yang meskipun beralaskan satu fabrik tapi hakikatnya telanjang.
“sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atas nya dosa dan dosa setiap orang yang membuatkannya tanpa sedikit kurang pun dosanya.” (Ahmad, sahih).

          Serta-merta air muka Muthiah berubah. Dia mula merasakan diri nya yang tadinya anggun berpakaian ala penyanyi Yuna kini menjadi seburuk-buruk manusia. Hati nya kian tidak menentu. Walaupun penghawa dingin menyamankan setiap ceruk ruang di dalam KFC itu, dirinya terasa bahang kepanasan. Tidak sanggup berlamaan di situ, Muthiah meluru keluar dari KFC, Fazrin terpinga-pinga tatkala melihat gadis itu keluar tanpa mengucapkan apa-apa.
          Muthiah melangkah pulang ke rumah sewa nya. Langkah terus ke hadapan, namun fikiran menerawang pada setiap baris tulisan pada risalah tadi.
“…berpakaian tapi hakikatnya telanjang…”
“…tidak akan masuk syurga…”
          Hatinya makin tidak menentu. Langkah kian dipercepatkan. Muthiah mahu bersegera menemui Hidayah, kerana pasti Hidayah ada penjelasan untuk setiap tulisan risalah itu.

No comments:

Post a Comment

My Blog List

Daisypath Friendship tickers
get this widget here