Sunday, May 20, 2012

terlepas pahala terakhir sebagai seorang isteri

*hampa*

Semoga bermanfaat sebagai tauladan kepada kita semua.

_ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _


“Saya mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu.

Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.

Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalam keluarga saya.

Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.

Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.

Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan. Saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Maghrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.

Selepas menunaikan solat Maghrib, kami keluar ke sebuah restoran kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoran, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.

Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan dan ketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang.

Saya melihat jam tangan. “Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang,” kata saya. Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman.

Kami tiba di rumah jam 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur. Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoran. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum. Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.

Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan saya. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan.

Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.

Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.

Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.

Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri dan yang lebih saya takuti jika suami tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.

Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, “Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya”.

Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir di pipi. Saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya.

Sunday, May 13, 2012

Bicara beda dengan Hati




 Diceritakan: “Pada suatu ketika Nabi Isa berjalan-jalan. Beliau berjumpa dengan seorang pemuda yang sedang menyirami tanamannya. Lalu pemuda itu berkata, 

“Wahai Isa, mintakan aku kepada Tuhanmu agar memberiku rezeki ‘Mahabbah’ kepada-Nya meskipun sebesar biji sawi saja.” 

Kemudian Nabi Isa berkata, “Engkau tidak akan kuat menerima sebanyak itu.” 

Pemuda itu mendesak, “Kalau begitu separuh sahaja.” 

Lalu Nabi Isa berdoa, “Ya Tuhanku berilah dia separuh biji sawi dari Mahabbah-Mu.” 

Lalu Nabi Isa segera berlalu. Setelah beberapa lama kemudian, Nabi Isa lalu lagi di tempati itu. Maka dia bertanyakan tentang pemuda tersebut. 

Tetapi orang-orang berkata, “Dia telah gila dan pergi ke suatu gunung.” 

Nabi Isa mohon pada Allah agar dapat melihat pemuda itu lagi. Apabila Nabi Isa dapat bertemu dengan pemuda itu diberinya salam tetapi tidak menjawab oleh pemuda itu. 

Nabi Isa berkata, “Akulah Isa.” 

Kemudian Allah memberi wahyu kepada Isa, “Bagaimana dia dapat mendengar ucapan manusia, jika dalam hatinya ada separuh biji sawi saja dari Mahabbah kepada-Ku. Demi Kemuliaan dan Keagungan-Ku. Kalau engkau kerat dia dengan gergaji nescaya dia tidak akan merasakan sakitnya.” Barangsiapa mengakui tiga hal, namun tidak bersih dari tiga hal, bererti dia tertipu. Pertama, mengakui akan manisnya zikir, sedangkan dia masih cintakan dunia. Kedua, mengaku ikhlas beramal, tetapi suka penghormatan manusia kepadanya. Ketiga, dia mengaku cinta kepada Khaliknya, tetapi dia masih perturutkan nafsunya. 

Allahumma Ya Allah, berilah kami rezeki taubat sebelum mati. Ingatkan kami ketika kami lupa. Berilah kami keuntungan akan syafaat Nabi SAW. Amin. Ciri-ciri orang mukmin adalah setiap saaat selalu bertaubat dan menyesali dosa-dosanya. Dia memadai apa yang ada dan sama sekali tidak terpikat pada dunia. Bahkan dia selalu beramal untuk Akhirat dan menyembah Allah dengan ikhlas. 

p/s : Ana takut jika hati kata lain, mulut kata lain..

Sunday, May 6, 2012

Exclusive for MR Zhauji only..!!

assalamualaikum warahmatullah...
this post're made for the one important person in my life.. mr zhauji. although im not getting married yet. i hope oneday he will read this post.

to mr zhauji, "this post is for u.. read this carefully then u'll how much i had been sacrifice for this relationship.."
sacrifice?? sometimes, sacrifice is the most wonderful thing i ever did.
why?? b'cuz when i made a sacrifice, then i'll know how much to appreciate the thing that encourage me to do so.

to mr zhauji, i cover my aurah, b'cuz i obey to Allah azza wa jalla order.. 
i cover my face, b'cuz i want to follow our prophet's wives..
i learn to behave like good muslimah, it doesnt mean im the good one..
but.. i try to manage my self so that oneday, it will be something that u can be proud when being with me, insyaALLAH.. ^^,
sometimes, when i get mad, when i get upset..
pleaseee...pleasee.. be with me.. pray for me, advice me...
b'cuz i'll be the mother of your children...
i heard someone said, "if u want to have a good child, then choose a good mother for him/her"
correct me i did wrong.. 
ok?

Tuesday, May 1, 2012

~CINTA NAILAH AL-FARAFISHAH~

Tamadhar, isteri mulia, Abdurrahman ibn 'Auf berkata kepada Usman ibn Affan Radiyallahu 'anhu, "Bersediakah engkau menikah dengan puteri pamanku, seorang gadis yang cantik, tubuhnya padat, pipinya lembut dan fikirannya cerdik?"

"Insya Allah", jawab Usman, "Siapakah dia?"

"Nailah binti al-Farafishah al-Kalbiyah"

Sesudah menikah, Usman bertanya pada Nailah, "Pastinya kau tidak suka melihat ketuaanku ini?"

Nailah tersenyum dan menunduk sambil berkata, "Saya termasuk wanita yang lebih suka memiliki suami lebih tua."

"Tapi aku telah jauh melampaui ketuaanku?"

Kembali Nailah tersenyum dan berkata, "Tapi masa mudamu sudah kau habiskan bersama Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Dan itu jauh lebih aku sukai dari segala-galanya."


Dia seorang wanita yang cantik dan akhlaknya,isteri Khlifah Uthman bin Affan.Seorang isteri yang ikhlas,setia dan taat pada suami.Meskipun Nailah bukannya dari golongan wanita Quraisy,mempunyai ayah penganut agama nasrani namun dia tetap menonjol dari kalangan muslimah ketika itu.Inidisebabkan kelebihan kecantikkan,kebijaksanaan,kefasihan lidahnya serta kematanganfikirannya.

Nailah hidup dirumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan.Ketika pengepungan selama 50 hari,rumah Khalifah Uthman,org yg tidak berengang daripadaKhalifah Uthman ialah Nailah.Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumahKhalifah dengan batu-batu dan panah.Tiga orang telah terbunuh.Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah,namun masih ada dua orang yg melanggar perintah itu.Muhammad binAbu Bakar yg mengetuai pembelotan itu.Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah danmemanjat dengan tali itu,Nailah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yg ikal.Khalifah menegurnya

"Nailah,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung,sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripadanyawaku".

Nailah sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah,yg penting baginya ketikaitu adalah melindungi suaminya.Kedua lelaki tersebut telah berada dihadapannya.Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Khalifah tetapi dengan pantas Nailah menahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya.Nailah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya membunuh lelaki tersebut.Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar,dia menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jaritangan yang lain.Muhammad mencabut janggut Khalifah,memukul kepala dan menikamnya.Dia menyelar tubuh Khalifah dengan pedang sedangkan sewaktu itu beliau masih hidup .Apabila Muhammad Hendak memotong kepala Khalifah,badan Nailah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah.Mereka berdua ditolak lalu di pijak-pijak.

Sesudah pembunuhan itu,tidak seorg pun yang berani datang untuk memandi dan mengebumikan jenazah beliau.sehingga Nailah menghantar utusan kepada Jubair binHizam dan Huwaitib bin Abd Uzza.mereka tidak berani mengebumikannya di waktusiang.Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazahKhalifah.Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam.Berita kematian Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang membawa perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umatislam. Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi

"Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jikayang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggar perjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah".

Nailah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut olehMuhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong. Walaupun telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya. Nailah menolak danmematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya,

"Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?".

Lalu Nailah menjawab,

"Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".

Sebagai seorang sasterawan dan penyair, Nailah banyak mengubah sajak dan syair yang diabadikan buat suaminya. Dia menolak perkahwinan selepas perginya Saidina Uthman.Dia tetap setia meskipun selepas kematian Khalifah. Dialah wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan suaminya.

~Ya Allah,jadikanlah hati hamba sekuat & seindah hati NAILAH AL-FARAFISHAH.Amin...~

My Blog List

Daisypath Friendship tickers
get this widget here