Saturday, February 12, 2011

bersediakah aku menyusuri hari2 sbg seorang isteri?

gerbang perkahwinan...?

glitter-graphics.com
lagi 5bulan aku bakal berumur 20tahun.. menyentuh soal perkahwinan, pada usia begini, tentulah orang2 mahupun aku sendiri mengandaikan bahawa aku masih tiada kelayakkan untuk bergelar isteri. takut mengundang badai perkahwinan,dan berakhir dengan perpisahan.

Tapi, bukankah yang berlaku perceraian dan pergolakan rumah tangga tidak mengira umur dan usia? melihat fenomena yang berlaku sekarang, orang yang boleh dikatakan sudah matang juga menghadapi perpisahan dan masalah rumah tangga.

Perkahwinan membawa dua perubahan kepada pasangan yang mana bercinta kerana:

Pertama, pendedahan sikap sebenar. Perkahwinan menyediakan gelanggang terbaik untuk anda mengenali siapa pasangan anda, zahiriah dan batiniah bahkan mengenali diri anda sendiri. Perkahwinan bukan sekadar satu peristiwa. Perkahwinan adalah satu proses yang berterusan yang memberi kesan menyeluruh kepada individu, samada dari segi fizikal , kognitif dan emosi.

Ini bermakna, sehari anda melalui proses perkahwinan, anda memberi ruang dan peluang untuk mendedahkan kepada pasangan siapa dan apa karakter sebenar anda , demikian juga anda semakin mengenali siapa sebenarnya pasangan anda. Anda dan pasangan, selain bagaikan pakaian yang saling menutupi antara satu sama lain juga bertindak sebagai cermin . Melalui interaksi anda dengan pasangan , anda akan mengenali diri anda dan juga pasangan.

Demikian juga sebaliknya. Ini bermakna juga, semakin lama anda dan pasangan hidup bersama, semakin besar peluang untuk pendedahan sikap dan perangai sebenar anda dan pasangan berlaku.

Namun begitu, faktor ini tidak berdiri dengan sendirinya. Penerimaan dan reaksi sering mencetus kekecohan. Sudah tentu anda membawa bersama segala perangai anda ke alam perkahwinan. Anda juga menerima segala apa yang baik dan buruk yang ada pada pasangan. Akad perkahwinan secara sedar atau tidak membuktikan anda (sebagai suami) sanggup menerima apa saja yang ada pada pasangan dan pihak yang satu lagi (isteri) sanggup menerima dan memberi apa yang ada pada diri.

Malangnya kita sering tidak tahu apa yang kita lakukan sebenarnya. Ramai pasangan yang menerima akad nikah tanpa mengetahui apa yang diterimanya dan apa sebenarnya yang disanggupi untuk diletakkan di atas pundaknya. Yang positif biasanya mudah diterima. Namun tidak semestinya begitu dalam alam perkahwinan. Yang baik pada anda belum tentu baik pada pasangan anda, apatah lagi yang tidak baik. Sungguh aneh dunia perkahwinan ini. Yang dulunya satu campur satu jawapannya dua tidak begitu perkiraaannya dalam dunia perkahwinan. Formulanya sudah berubah.

Kedua, penambahan komitmen. Perkahwinan adalah komitmen. Komitmen adalah tanggungjawab. Perkahwinan sarat dengan tanggungjawab samada pada suami atau isteri. Kedua-duanya sama berat dalam bentuknya yang tersendiri. Komitmen bertambah sebaik kehadiran cahayamata. Namun begitu, sekali lagi, faktor ini tidak bertindak sendiri terhadap pengurangan kasih sayang anda dan pasangan. Reaksi anda memainkan peranan. Bagaimana anda menangani dan mendepani segala komitmen ini.

Ramai pasangan yang mula teralih fokus apabila komitmen semakin bertambah. Para isteri terutamanya, apabila mula mendapat cahayamata, seorang demi seorang, mula terlupa pada si suami yang juga perlukan perhatian. Bahkan lupa pada diri sendiri yang juga memerlukan belaian suami. Juga lupa pada tanggungjawab pada perkahwinan yang perlu digilap selalu. Bukan sengaja tapi terlalai. Malangnya kedua-dua pasangan terus hanyut dalam kelalaian ini hinggalah perasaan-perasaan aneh yang menjarakkan hubungan mula timbul dan mencetuskan konflik dan tekanan yang semakin merenggangkan.

Kadangkala menyelesaikan masalah rumahtangga sama seperti menyembuhkan penyakit barah. Selagimana penyakit belum sampai ke tahap kritikal, peluang untuk sembuh masih tinggi. Masalahnya penyakit barah ini seringkali tidak disedari hingga ke tahap ianya sudah benar-benar parah dan sukar diubati. Melainkan jika seseorang itu benar-benar mengambil berat terhadap kesihatannya dan menjalankan langkah pencegahan awal. Bagitu juga dengan masalah rumahtangga dan hubungan suami isteri.

Penyakitnya menular dalam diam-diam. Hingga tiba masa ia mencetuskan perkelahian dan pertelingkahan, kerosakan di dalam perhubungan hingga ke tahap kritikal. Dalam erti kata lain, pada saat bantuan tiba, perkahwinan tersebut sudah di ambang kematian. Hanya perlu buat persediaan untuk dikafankan dan dikuburkan sahaja.

Persoalannya kini, bagaimanakah cara yang terbaik untuk mengekalkan perkahwinan?. Cara terbaik ialah dengan pendekatan ‘cegah sebelum parah’. Dalam ertikata yang lain, anda hendaklah sentiasa berusaha keras memastikan hubungan anda dan pasangan sentiasa dalam keadaan sihat. Sebarang masalah kecil ataupun besar perlu diberi perhatian dan ditangani dengan segera. Bukan dipandang ringan dan dibiarkan tanpa dirawat.

Dalam hal memelihara hubungan suami isteri dan menyelesaikan konflik Allah telah memberikan banyak panduan dalam al-Quran. Panduan ini terungkap dalam surah An-Nisa ayat 19 di mana Allah Taala berfirman yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.

Ayat di atas jelas memerintahkan agar kita sentiasa bergaul dan melayani pasangan kita dengan cara yang baik. Bentuk dan cara yang baik ini juga banyak di sebut dalam al-Quran samada bagi suami atau isteri. Namun begitu Allah mengingatkan kita , bahawa dalam pada kita menjalankan tanggungjawab dan berbuat baik terhadap pasangan juga, kita tidak sunyi dari perselisihan faham atau konflik yang datang dari perasaan kita terhadap sikap atau perbuatan pasangan.

Namun panduannya disini , kita dilarang dari membuat pertimbangan dan tindakan yang terburu-buru ekoran dari apa yang kita rasakan tadi. Larangan Allah Taala ini diikuti dengan dorongan agar kita mengimbau dan mengambil kira juga segala kebaikan yang ada disebalik perkara yang menimbulkan kebencian kita tadi. Allah mahu kita merenung, menilai secara adil dan seterusnya mengambil kira segala apa yang telah kita terima dan dilakukan oleh pasangan terhadap pasangan secara total.

Demikianlah Islam menyarankan bagaimana cara menangani perasaan-perasaan yang kurang enak yang timbul antara suami isteri. Sekaligus mengakui bahawa wujudnya pasang surut perasaan dalam perkahwinan. Namun begitu, sebagai manusia yang dikurniakan akal, seharusnya kita yang mengawal perasaan tersebut dan bukanlah perasaan yang mengawal kita dan seterusnya perkahwinan kita.

glitter-graphics.com

kang cantik burung ni, berkasih sayang ^_^...



from iluvislam.com

Wednesday, February 9, 2011

seminggu di kampung.. bersame cik nestum dan cik nestle


masa raya cina baru baru nih.. aku balek kampung ( ganu).. seminggu jer pun cuti nyer, da lamer aku ta balek , cewahh! padahal sem baru jer bermula awal tahun nih.. seminggu cuti nih, aku meluangkan masa ngan family aku, cik nestum aka my m0m & cik nestle aka kakak aku.. cute pulak name dorang! haha



aku jugak spend mase untuk adek kesayangan aku, ye lah adek lak sorang jer..tuh yang rindu sgt tuh.. haahaaa.. nak kenai adek aku? dia cantek! haa.. kat atas tuh gambaq dia..cantek kan? hehhhee..

mase cuti tu jgk, aku abiskan masa ngn bt asement yang melambak lambak.. penat giler 24jam ngadap laptop tules report... huaarrggghhhh!!!!!....


huhuu~~ ni cuti 4 hari pulak (lepas balik shah alam.)..n aku da plan jgk nak jumpa Naqiu aka bOyfwenku.. kihkihkih...rindu laaa.. auww!


Hati berbucu


tekap wajah bengis
dibalik senyum pahit
amarah senada rasa
jerkah keliling suasana
selaut ruang hati juga melimpah

sentap segugus ketakutan
mencuri seribu perhatian
mulut berat terkunci
mata juga yang berkata - kata.

bila hati sudah berbucu
tembok batu
roboh sembah ke bumi

bila hati sudah konkrit
nyawa mereka
menjadi taruhan.

Aku masih dara >> relevankah?



aku baru lepas nonton cerita AKU MASIH DARA (2010) lakonan raja farah, farid kamil, n sekian2 lah.. ini bukan lah mahu mengkritik,jauh sekali mengutuk hasil kerja orang2 seni.. tp relevankah jalan cerita tu? bagi insan yang hanya tahu nonton saja, aku cuma berpendapat, kenapa jalan ceritanya terlalu simple? begitu mudahkah seorang perempuan nak berubah,macam raja farah dalam cerita ni.. ya lah, kalau menyebut soal hidayah ALLAH s.w.t, siapalah aku untuk mempersoalkan nya.. tapi jika melihat pada konteks remaja sekarang, agak mustahil la ada yang macam tu, 1 nisbah 1000 kot.. huhuuuhh..
remaja skrg, meskipun da ditayangkan bepuloh2 cerita tentang gejala sosial,dah beratus berita terpempang di newspaper, statistik bayi luar nikah dan pembuangan bayi tetap jugak membimbangkan.. aku sebagai remaja pun heran jugak,, macam mana golongan ini begitu "seronok" buat benda2 sebegini rupa....

Wednesday, February 2, 2011

tip tenangkan hati






BETAPA mahalnya harga ketenangan jiwa. Banyak yang mengorbankan apa saja untuk mendapatkannya. Namun, ramai yang salah cara. Lihat saja orang sanggup menghabiskan berjam-jam tenggelam di tempat hiburan meneguk minuman keras.

Ada yang menghabiskan wang yang banyak bagi mendapatkan pil penenang, namun ketenangan yang dicari tidak kunjung tiba. Ba nyak perkara yang membuat seseorang berasa tertekan, kecewa dan kacau.

Pada peringkat ini, mereka yang menderita kerap melakukan tindakan di luar akal fikiran manusia. Namun, Islam memberikan ubat dan penawar merawat ketena ngan.

Berikut adalah langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa:





Membaca dan mendengarkan al-Quran Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh: “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.” Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.

Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya. Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.

Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.

Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.

Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.







Menyayangi orang miskin Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.

Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan: “Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”

Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan. Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.

Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.







Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.

Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.

Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.





Menjaga silaturahim Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubu ngan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.

Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjang kan umur dan mendatangkan rezeki.

Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.







Banyak mengucapkan la hawla wa la quwwata illa billah Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.

Kuatnya hubungan kita de ngan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.







Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.

Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.

Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.







Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.

Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.







Tidak meminta kepada orang lainTangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah’ adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.

Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.







Menjauhi hutang Dalam sebuah hadis, Rasulul lah dengan tegas mengatakan: “Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!” Sahabat berta nya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu! Sabdanya: Kerana hutang.” Begitulah kenyataan nya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.

Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan: “Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”







Selalu berfikir positif Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.

Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif.

Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.

Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?

jernih mata itu

Dalam-dalam
Kutatap mata itu
Menghayati setiap garis urat
Di dada mata putih itu
Terpancar suka dan duka
Membuka jendela hidupnya.

Renungan mata itu
Menjala seluruh perasaan
Memerangkap naluriku
Untuk terus menyingkap episode duka
Di balik tirai matanya.

Tajam mata itu
Memanah dada hatiku
Membongkar lubang prihatin
Yang jauh bermukim dihati.

Redup mata itu
Milik serikandi perkasa
Membukit menabur harapan
Pada anak tercinta.

menangis di kaki langit


Malam gerhana
Menggigit sendu dihati
Merobek memori
Yang kian pudar
Disimbah waktu lalu.

Bertamu aku di kaki langit
Titis permata gugur
Melihat bintang
Kelam tidak tercahaya
Di dada langit luas

Oh bintang,
Tika aku bersamamu
Sinarmu bercahaya
Terang menyuluh
Jendela hidupku
Namun kini
Aku hanya mampu
Menangis dikaki langit.

My Blog List

Daisypath Friendship tickers
get this widget here