Saturday, June 23, 2012

Nafsu Keempat: Mutmainah


assalamualaikum warahmatullah...
^__^

Inilah peringkat/ martabat nafsu yang pertama yang benar-benar diridhai Allah seperti yang saudara kita nyatakan di atas. 
Yang layak masuk syurga Allah. Maknanya siapa yang berhasil sampai pada maqam ini berarti syurga telah terjamin, Insya Allah.... 
Hakikat inilah yang difirmankan Allah:
"Wahai orang yang berjiwa / bernafsu mutmainnah,pulanglah kepangkuan Tuhanmu dalam keadaan redhai meredhai olehNya dan masuklah ke dalam golongan HAMBAKU dan masuklah ke dalam syurgaKU".

Pada peringkat ini jiwa mutmainnah merasakan ketenangan hidup yang hakiki yang bukan dibuat-buat. Tidak ada lagi perasaan gelisah. Semuanya lahir dari tauhidnya yang tinggi dan mendalam. Tauhid yang sejati dan hakiki. Tidak ada lagi perbezaan senang dengan susah baginya sama sahaja. Pada maqam inilah permulaan mendapat darjat wali kecil. 

Antara sifat-sifat maqam ini adalah: 
1. Taqwa yang benar. 
2. Arif 
3. Syukur yang benar 
4. Tawakkal yang hakiki 
5. Kuat beribadat 
6. Redha dengan ketentuan Allah 
7. Murah hati dan seronok bersedekah. 
8. Dan lain-lain sifat mulia yang tidak dibuat-buat. 

Pada maqam ini biasanya(walaupun tidak semestinya), akan adanya keramat-keramat yang luar biasa serta mendapat ilmu dengan tak payah belajar sebab sudah dapat mengesan rahsia-rahasia dari LohMahfuz. 
Adanya sifat lidah masin. 
Apa yang keluar dari mulut bukan sembarangan lagi bahkan menerusi yang dipanggil sebagai 'inkisaf'. 
Mereka sudah menguasai ilmu peringkat nur, tajalli, sir dan juga sirussir, yaitu lebih tinggi dari maqam mulhamah. 
Yang dikatakan menerusi sirussir ialah cara penerimaan dengan telinga dan mata batin. 
Kalau mulhammah tadi baru terbuka dengan telinga batin tanpa mata batin.
 Dengan mata batin inilah dia berupaya melihat sesuatu yang ghaib yang tak mampu dilihat oleh mata biasa kita. Malah dapat melihat sesuatu yang akan terjadi pada waktu mendatang.
 Betul-betul seperti melihat TV.
 Malahan dapat di"rewind" lagi. 
Kalau guru kita hendak melihat sejarah hidup kita yang lalu, biasanya dia akan melihat rekaman hidup kita dan menunjukkan dimana kesalahan kita dan memberi petunjuk untuk membetulkannya. 
Kalau mencuri disuruhnya kita memulangkan kembali serta minta halal dan maaf, dan sebagainya lagi. 
Namun begitu dia tetap akan menjaga aib muridnya kepada orang lain. 
Perlu dingat pada peringkat ini dia tidak terganggu penglihatan dan pendengaran zahirnya, pada waktu yang bersamaan tetap dapat melihat dan mendengar yang batin, walaupun duduk di kedai kopi bersama-sama orang lain. 
Melalui penerimaan sirussir ini dia berupaya melihat alam barzakh, menjelajahi alam alam malakut. Keyakinan mereka sudah pada tahap ainul yakin dan haqqul yakin. 
Fana juga boleh berlaku yang dikenali sebagai "fana qalbi" iaitu merupakan penafian diri ataupun menafikan maujud dirinya dan diisbatkan kepada wujudnya Allah semata-mata.
Inilah peringkat yang kita bincangkan dulu mengenai LAA MAUJUD ILLALLAH.
 Keadaan inilah yang digambarkan Allah: 
 "Semua yang ada adalah fana (tiada wujud hakikinya).Dan yang kekal(baqa) itu adalah wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan"

a battle of.. Nafsu!


" arghh.. bodohnya aku! Kenapa aku ikut nafsu.."

" aduh.. aku kalah lagi dengan nafsu.."

" kenapa aku begini? Teruknya.."

Kerana nafsu diri disalahkan.. Begitulah keadaan kita apabila terlanjur melayan kehendak nafsu. Nafsu mengajak, kita melayan. Nafsu memang hebat. Kehendak nafsu walaupun sangat merosakkan tetapi sanggup kita turuti.

Semuanya kerana apa? Kerana nafsu mengajak melakukan sesuatu yang sangat menyeronokkan. Kita suka. Akhirnya, nafsu menjadi musuh yang sangat kita cintai.

Bayangkanlah.. keburukan nafsu seperti banyak makan, banyak tidur, banyak cakap, marah-marah, seronok berhibur, bermegah dengan kecantikan, sombong dengan harta kekayaan, gila pujian, rasuah, melihat aurat orang lain, dan lain-lain adalah sesuatu yang memang menjadi kesukaan manusia. Semuanya best-best.

Allah 'Azza Wa Jalla juga ada menyebutkan..

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Dijadikan terasa indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)."



Mahu menetang perkara yang kita suka? Huu.. pasti sukar.

Nafsu yang menyeronokkan itu tetap akan ada dalam diri kita walau di mana jua. Apabila nafsu ditentang, diri kita yang terseksa. Menentang nafsu ibarat menentang diri sendiri. Keperitan dan kesakitannya pasti terasa. Maka ramailah dalam kalangan kita yang tidak menentang nafsu malah rela melayannya kerana tidak mahu diri terseksa.

Lalu apa jadi selepas nafsu dituruti?
Kita rasa menyesal atau rasa terhibur?

Kita kesal? Alhamdulillah.. bersyukurlah sekiranya kekesalan itu wujud dalam diri kita. 'Rasa menyesal' merupakan bukti bahawa kita masih beriman dan kita masih punya harapan.

Biarlah kekesalan itu mendorong diri kita untuk bertaubat, memohon keampunan daripada Allah atas keterlanjuran kita. Jangan ditangguh-tangguh taubat itu kerana pengampunan Allah tersedia buat hamba-hambaNya yang segera memohon ampun.



Sabda Rasulullah SAW;

مَا مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ، ثُمَّ يَقُوْمُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّـهَ إِلاَّ غَفَرَ اللَّـهُ لَهُ
"Tiada seorang hamba yang melakukan dosa, lalu ia menyempurnakan wuduknya.
Kemudian ia bangun, lalu mendirikan salat dua rakaat, seterusnya memohon keampunan kepada Allah, melainkan Allah mengampunkan baginya."
[Riwayat Abu Daud dan Tirmizi] 


Mengadulah pada Allah akan kelemahan kita dalam melawan kerenah nafsu. Selalulah meminta kekuatan dan petunjuk agar diri kita tidak mudah tergoda oleh pujukan dan rayuan nafsu.

" Apa jadi kalau diri kita tidak rasa menyesal lalu terus hanyut dengan nafsu?"

Adush.. ruginya.. rugi besar..
malang sungguh keadaan insan yang sedemikian. Sudah melakukan dosa namun tiada rasa penyesalan, itu tandanya kita adalah penderhaka. Langsung tidak rasa bersalah terhadap dosa. Sepertimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW;

"Sesungguhnya orang yang derhaka itu melihat dosanya bagaikan lalat yang hinggap dihidungnya." 
[Riwayat Bukhari]

Ya, memang benar. Apabila diri kita sanggup menderhaka kepada Allah semata-mata menurut kehendak nafsu, maka dosa akan dianggap sesuatu yang biasa. Lepas buat dosa, dibiarkan diri tanpa taubat. Seolah-olah dosa yang dilakukan itu tidaklah memberi kesan apa-apa melainkan kepuasan yang menyeronokkan.

Arhh.. apa sudah jadi? adakah diri kita begitu?

Jangan. Jangan bersikap sebegitu wahai diri. Jangan jadikan nafsu sebagai Tuhanmu. Berhentilah menurut kehendak nafsumu. Jangan sampai keseronokan dan kelekaan kita melayan nafsu menyebabkan kita rosak. Mata kita jadi buta, tidak dapat melihat kebenaran. Hati kita jadi keras tidak dapat dilembutkan dengan kebenaran. Lalu kita hidup dalam kesesatan.

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuan-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?"



Jelas sungguh keterangan daripada Allah itu. Maka marilah kita bersama-sama takut kepada Allah 'Azza Wa Jalla dan berusaha menjauhkan diri daripada segala pujuk rayu hawa nafsu. Mudah-mudahan Redha dan Syurga-Nya menjadi milik kita. Hayati janji Allah ini;

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى
"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.



~Akhiratkan kehidupanmu untuk Rahmat Allah!!~

hidup seorang khalifah


‎::Hidup tanpa Ujian.. kita tak akan kenal erti keTABAHan..
::Hidup tanpa Dugaan.. kita tak akan kenal erti keSABARan.. 
.. ::Hidup tanpa Tohmahan.. kita tak akan kenal erti keKUATan.
::Hidup tanpa Cacian.. kita tak akan kenal erti keSUNGGUHan.. 
::Hidup tanpa Akal.. ibarat pohon tanpa buah...
::Hidup tanpa Iman.. ibarat bumi tanpa paksi.. 
::Hidup tanpa Allah... kamu memang x layak di gelar seorang KHALIFAH..
.

i'm never alone!


assalamualaikum warahmatullah..
terkadang hati ini selalu terguris..
kerna fitnah yang dilempar oleh manusia..
sehingga terasa diri ini sangat hina..
tubuh ini terasa berat..
dan berat untuk memandang mereka..

MAKA..!
tunduklah!
sujudlah!
merintihlah!
kepada Allah Azzawajalla...

sesungguhnya Allah lah sebaik2 Penolong kita..

saat ujian datang ketika kita sedang Alpa.. 
ianya adalah titik kesedaran untuk mencelikkan mata yang buta..
saat ujian datang ketika kita sedang bermujahadah.. 
ianya adalah tanda kasih sayangNya yang teragung...

p/s: dear friends.. you and your heart are more in need in Allah SWT than you possibly can imagined..!!

Ubah Manusia dengan kasih sayang

assalamualaikum warahmatullah..
^___^


Diceritakan bahawa ada seorang anak kecil yang memelihara seekor kura-kura. 
Dia sentiasa memberi makan dan bermain dengan kura-kuranya itu. 
Pada suatu malam di musim sejuk,anak kecil itu datang kepada kura-kura yang sangat disayanginya itu akan tetapi dia mendapati kura-kura itu sedang berada di dalam cengkerang kerasnya kerana ingin mendapatkan suhu panas. 
Anak kecil itu bersungguh-sungguh mencuba untuk mengeluarkan kura-kura itu dari cengkerangnya,tetapi ia masih enggan untuk keluar. 
Anak kecil itu memukul pula kura kura-kura itu dengan kayu,tetapi masih gagal membuatkan kura-kura itu keluar.
 Anak kecil itu menjerit pula menjerkah kuranya untuk keluar,semakin menjadi pula kura-kura itu melawan. 
Tiba-tiba Ayah kepada anak kecil itu datang padanya dan melihat anaknya itu dalam keadaan marah dan masam mencuka mukanya. 
Si Ayah pun bertanya : Apa halnya dengan kamu wahai anakku?Apa yang berlaku padamu? 
Maka anak kecil itu pun menceritakanlah apa yang berlaku, permasalahan antaranya dengan si kura kesayangannya. 
Maka tersenyumlah Si Ayah.
Si Ayah berkata,biarkanlah kura2mu itu dan ikutlah Ayah.
 Lalu,Si Ayah menghidupkan pemanas haba (heater barangkali) dan duduklah mereka berdua bersebelahan pemanas haba itu bersembang dua anak beranak. 
Tiba-tiba kura-kura itu mula bergerak sedikit demi sedikit menghampiri mereka,bergerak kerana ingin turut mendapat kepanasan dari alat pemanas tadi. 
Si Ayah pun senyum kepada anaknya dan berkata : 
"Wahai anakku,manusia itu seperti kura-kura. Jika engkau mahu mereka menerima saranan/pandanganmu,maka litup/panaskanlah(selesakanlah)mereka dengan kasih sayang dan kelembutanmu. 
Bukannya dengan engkau memaksa mereka membuat apa yang engkau inginkan dengan menggunakan Tongkatmu (Dengan kuasa,paksaan,dan ugutan terhadap mereka)"

My Blog List

Daisypath Friendship tickers
get this widget here