Thursday, May 23, 2013

niqobis model tidak berbayar?




sebelum terus membaca.. sy memohon maaf andai penyataan sy ini mguriskan hati saudara seagama sy.. maafkan sy.. sy sekadar meluahkan isi hati setelah byk respons dr org luar (trutama lelaki)..maaf skali lagi...

sy seorang perempuan yang berniqob.. 
ada 3 sebab biasa knp seorang perempuan itu berpurdah/berniqob..

1) memiliki wajah yang sangat cantik dan mendatangkan fitnah/penyakit hati kepada lelaki yang melihat..
2) memiliki wajah yang cacat/ mengaibkan dan boleh menjadi bahan ejekan dan kutukan..
3) mengikuti sunnah para isteri nabi, menutup wajah dan hanya eksklusif utk suaminya shj..

sy memakai nya bukanlah utk sebab pertama, dan alhamdulillah, bukan juga krna sebab kedua krn Allah memberikan cukup fungsi dan keindahan pada wajah sy. nawaitu di dalam hati.. sy memakainya kerana sebab yang ketiga dan juga ingin memelihara orang2 di sekeliling sy..tp menurut ustaz azhar idrus, beliau berkata berniqob lah di tempat yang tiada larangan.. jadi kalau ada larangan berniqob di tempat itu.. ikut shj.. dalam usaha sy mengimarahkan pemakaian niqob.. ada yang bertanya, inbox..

"kenapa skrg ramai sgt pakai niqob..?"

soalan ni berat sy nak jwb.. sbb mmg ini hal y sulit.. y mana hanya si pemakai dan Allah shj thu niatny ap.. sama ad lillahitaala atau pun slain itu.. memandangkan sekarang niqob ad pelbagai trend dan berfesyen..

ia sedikit sebanyak meng "auta" kan statement ini, "wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang".. 

tidak siapa yang tak suka menikmati keindahan dan kecantikan..

bila sebut soal pakaian muslimah, perkataan tabarruj dan aurat itu tak boleh dipisahkan daripada seorang muslimah abadi..

jadi adakah kita bertabarruj dalam berniqob..?

menutup wajah tapi dalam masa yang sama berlebih2an dalam perhiasan, pakai niqob yang blink2, pelbagai trend dan style (butterfly n so on..), ada juga yang makin lupa diri dan kurang sedar bila, di garangkan mata dengan celak sampai nampak galak dan cantik.. jadi mana niat mgikut sunnah para isteri nabi? mana niat utk mgelakkan pyakit hati bg k
aum lelaki..? 

"tidak ingin dipandang dan memandang sedangkan tanpa sedar engkau jadi igauan siang dan malam sang jejaka yang lemah imaannya.."

jadi sekarang, sy berniqob dimana yang mberi klonggaran bg sy utk bniqob..
dan sy elakkan diri dah drp upload gmbr berniqob.. demi menjaga ke"istimewa"an berpurdah itu.. wallahualam..

My Blog List

get this widget here