Thursday, February 20, 2014

3 perkara yang mnghancurkan manusia



Ketua pemuda ahli syurga, Hasan bin Ali radhiaLlahu anhuma, di dalam himpunan nasihat dan kata – kata hikmah yang terakam di dalam sejarah ketinggian ilmu dan budinya pernah berkata;


“Kehancuran manusia adalah pada 3 perkara: 
1) Sifat takabbur. 
2) Sifat Tamak. 
3) Sifat dengki. 
Adapun sifat takabbur, ia menghancurkan ugama dan kerananyalah iblis dilaknat oleh Allah. Sifat tamak pula, ia adalah musuh kepada diri sendiri dan kerananyalah nabi Adam dikeluarkan daripada syurga. Manakala sifat dengki adalah pengepala kepada kejahatan dan kerananyalah Qabil telah sanggup membunuh Habil.” ( Kitab ‘Allimu auladakum hubba aali baiti al nabi. ms 30 )


Inilah hikmah yang hebat dan cukup meruntun jiwa untuk menginsafi diri dan mendorong taqwa kepada Allah. Semoga Allah merahmati Hasan bin AliradhiaLlahu anhuma dan menempatkan kita bersamanya dan para sahabatradhiaLlahu anhum di syurgaNya.

Inilah 3 sifat buruk yang disebut di dalam al Quran sebagai punca awal maksiat sang makhluk kepada tuhannya. Sebelumnya tiada satupun makhluk kecuali tunduk dan patuh kepada tuhan sang pencipta yang maha agung.

Ia bermula dengan sifat angkuh dan sombong Iblis yang enggan sujud kepada Adam alaihissalam. Di situlah bermula keengkaran dan kekufuran, lalu iblis dilaknat Allah.

Kemudian datuk kita terlalai oleh pujukan dan tipudaya iblis daripada mengingati pesanan tuhannya untuk tidak mendekati ‘pokok sambung nyawa’ di syurga itu. Nabi Adam didorong oleh ketamakan untuk kekal hidup tanpa mati di syurga menikmati anugerah Allah. Adam memakan daripada pokok itu, lalu baginda dihukum dengan dikeluarkan daripada syurga disebalik taubatnya yang diterima Allah.

Kemudian Allah menceritakan jenayah pertama di muka bumi yang dilakukan oleh Qabil yang telah sanggup membunuh saudara kandungnya sendiri, Habil kerana sifat dengki yang meluap – luap sehingga membutakannya daripada mendengar nasihat yang benar daripada saudaranya itu.

Sayyidina Hasan telah mengingatkan kita bahawa ketiga – tiga sifat buruk inilah yang akhirnya terus membunuh dan menghancurkan manusia selepas daripada itu. Manusia gagal mengambil iktibar daripada cerita – cerita awal kejadian manusia itu, gagal mengesan keburukan sifat – sifat tersebut di dalam tubuh mereka dan gagal menghindari dan mengubatinya.

Sifat takabbur adalah lawan sifat tawadhu’. Ia bermaksud membesar diri dan membangga – banggakan keadaan dirinya, seterusnya memandang leceh dan rendah terhadap orang lain. Inilah sifat paling buruk kerana daripadanyalah akan lahir dan bercabangan sifat – sifat buruk yang lain. Ini kerana sifat itu hanya layak untuk Allah dan menjadi milikNya semata – mata.

Sifat takabbur mudah dikesan kerana wujud tanda – tanda yang zahir, antaranya; suka menunjuk diri di khalayak ramai, menonjolkan kelebihannya di hadapan mereka, suka mengetuai majlis keramaian dan berlagak semasa berjalan, tidak suka kata – katanya ditolak sekalipun salah bahkan enggan menerima teguran dan memandang rendah terhadap orang yang lemah dan miskin.

Selain itu, antara tanda – tanda takabbur lagi adalah suka menyucikan diri sendiri dan memuji – mujinya, berbangga dengan keturunannya dan menunjuk – nunjuk dengan kekayaannya, ilmunya, ibadahnya, kecantikannya, kekuatannya, penyokong dan pembantunya yang ramai dan lain – lain lagi.

Sifat tamak pula adalah keinginan melampau untuk menikmati harta dan kedudukan. Tamak terhadap harta ada 2 peringkat;

Pertama, terlalu inginkan harta dan bersungguh – sungguh menperolehinya melalui jalannya yang harus dan dibenarkan. Ini tetap tercela kerana betapa banyak masanya dihabiskan untuk memburu harta sedangkan masa itu adalah emas yang lebih bernilai daripada harta. Masanya itu sepatutnya dihabiskan untuk memburu taqwa dan taat kepada Allah berbanding harta yang telah ditetapkan oleh Allah untuknya.

Kedua, ketamakan terhadap harta sehingga mendorongnya melampaui hadyang dibenarkan syara’. Ia memasuki jalan – jalan haram tanpa lagi menghiraukan kemurkaan Allah. Inilah penyakit ‘asy syuhh’ ( terlalu bakhil ) yang diingatkan Allah di dalam al Quran agar dijauhi.

Sabda Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam: ” Berhati – hatilah kamu daripada sifat asy syuhh. Sesungguhnya asy syuhh itu telah menghancurkan orang sebelum kamu. Ia menyuruh kepada putus hubungan, lalu mereka memutuskannya. Ia menyuruh kepada kebakhilan, lalu mereka menjadi bakhil. Ia menyuruh kepada kejahatan, lalu mereka melakukan kejahatan.” ( Riwayat Abi Daud. Albani mensahihkannya.)

Adapun tamak kepada kedudukan, maka ia adalah lebih buruk daripada tamak kepada harta. Ia terbahagi kepada 2 bahagian;

Pertama, tamak kepada kedudukan melalui kuasa dan harta. Ini cukup bahaya kerana ia akan menghalang daripada kebaikan akhirat dan kemuliaannya. Orang yang menggilai kekuasaan tidak akan dibantu dan diberi petunjuk oleh Allah kecuali mereka yang menerimanya tanpa meminta.

Kedua, tamak kepada kedudukan melalui perkara – perkara ugama seperti ilmu, amal, kezuhudan dan sebagainya. Inilah seburuk – buruk ketamakan. Agama adalah untuk memburu dan mengejar ridha Allah dan kedudukan di sisiNya, tetapi mereka ini telah menyalah gunakannya untuk keduniaan.

Manakala sifat dengki pula, maka ia adalah lawan sifat suka dan mengimpikan kebaikan untuk orang lain. Dengki menjadikan tuannya terlalu mengimpikan sesuatu nikmat itu hilang daripada orang lain. Ia adalah penyakit yang buruk, hina dan menghancurkan segala kebaikan. Allah menyuruh nabiNya berdoa agar dijauhi daripada kejahatan mereka yang berdengki. ( Surah al ‘alaq; 5 )

Hasad dengki terjadi akibat beberapa perkara; permusuhan, kebencian, ujub, cintakan kedudukan, busuk hati dan lain – lain penyakit hati. Ia terlalu buruk dan menakutkan kerana ia boleh saja berlaku di kalangan sendiri, kawan – kawan, para ulama dan peniaga dan keluarga.

Itulah gambaran ringkas keburukan 3 penyakit utama yang menghancurkan manusia sebagaimana digambarkan oleh Sayyidina Hasan bin AliradhiaLlahu anhu.

Semoga Allah memudahkan kita untuk menjauhi diri daripada berakhlak dengan akhlak – akhlak yang buruk dan terhina. Bersamalah menghias diri dengan sifat – sifat ugama yang mulia.

Yun Ok



assalamualaikum warahmatullah..
semoga kisah dibawah menjadi teladan buat para wanita zaman sekarang..
insyaaAllah..

Yun Ok - kisah tentang wanita bijak, isteri yang feminin dan lembut 

Diceritakan ,Yun Ok ini seorang isteri yang sedang kebingungan dengan kelakuan suaminya. Dia kemudian meminta nasihat ke seorang yang pintar dan bijak.


"Saya datang mohon pertolongan , wahai orang pintar dan bijak , ingin meminta nasihatmu yang …"
diapun berceritera bahawa dia amat mencintai suaminya , seorang tentera kerajaan.
Selama tiga tahun sang suami pergi ke medan perang. Sekembali dari tugasnya, perangainya amat berubah , ia menjadi kasar, pemarah, juga kepada dirinya.
Dia juga tidak mau bekerja, sawah ladangnya dibiarkan terbengkalai, sehingga keluarganya terlantar.
Mungkin orang bijak itu boleh memberikan sesuatu ( jampi-jampi ), agar si suami itu kembali seperti sediakala dan berbuat baik mencintai isteri dan keluarganya lagi.
Orang pintar itu menjawab : “ Cabutlah sehelai kumis harimau yang masih hidup , agar saya dapat membuatkan ramuan yang kau minta “.


Yun Ok bingung, mencabut kumis harimau hidup , bagaimana?.
 Tetapi ia amat mencintai sang suami , apa akal ?.
Demikianlah , diapun mendatangi kesebuah perbukitan di gunung, tempat harimau itu hidup bersarang.
Ketika dilihatnya haiwan itu sedang berbaring didepan gua, diapun memanggil harimau itu dengan lembut sambil menyodorkan sebongkah daging, tetapi haiwan itu tidak mau bergerak dari tempatnya.


Setiap malam dia datang ketempat harimau itu dan melakukan hal yang sama , tetapi haiwan itu diam seperti biasa, hanya setiap kali dia datang. Dia maju selangkah dari semula, sehingga dia makin dekat dengan harimau itu.
Walau haiwan itu tidak mendatangi Yun Ok, tetapi lama-kelamaan, dia sudah terbiasa dengan kedatangan wanita itu.
Sehingga suatu saat Yun Ok sudah amat dekat dengan harimau itu dan terlihat harimau itupun bangkit dan mendekati dia, saling mendekat , berhadapan , mereka bertatapan.
Besoknya kejadian itu berulang dan si harimau mau menerima huluran daging dari tangan Yun Ok , dia pun sempat mengusap si harimau.
Ketika mereka sudah akrab,suatu hari Yun Ok berkata pada harimau itu , bahwa ia ingin minta/mencabut kumis harimau itu.
Diceriterakan Yun Ok berjaya mndapatkan kumis tersebut tanpa dicederakan oleh harimau itu.


Yun Ok pun cepat-cepat menyerahkan kumis harimau itu pada Orang pintar dan bijak, setelah diterima kumis itu dibuang.
Yun Ok kehairanan. 
Orang pintar itu mengatakan : “ Apakah suamimu lebih ganas dari harimau ? , apabila kamu sudah bisa melunakkan hati harimau yang ganas itu dengan kelembutan dan kesabaranmu… berbuatlah serupa pada suamimu, diapun akan menuruti setiap permintaanmu “ , Yun Ok baru sedar dan mengerti makna semua permintaan orang pintar dan bijak itu.

p/s: berbuatlah kebaikan (berlembut) kepada semua orang agar kita disenangi kemudian hari.

My Blog List

get this widget here