Sunday, January 15, 2012

biarlah aku taksub dengan cinta Mu sahaja..

Assalamualaikum wbt…

Agak lama juga tak update entry.. Baru hari ini tergerak untuk menulis satu perkara yang tersemat di dalam hati.. Alhamdulillah, aku semakin tenang menjalani penghijrahan ku… alhamdulillah, jalan ku masih lagi menjurus ke arah mencari keredhaan Allah SWT.. Syukur kerana aku tidak berlamaan lalai, jauh lagi untuk tersasar mencintai dunia… Alhamdulillah…. Hari ini, persoalan yang baru timbul dalam benakku… bagaimana agama seseorang dinilai…?

Sebenarnya entry ni saya tulis setelah ada beberapa rasa tidak enak apabila berbual dengan tunang saya di talian telefon.. Sepanjang kami berhubung, baru tiga kali (sampai ke tarikh hari ini) kami berbual panjang.. Dan isi perbualan kami tidak lebih kepada nasihat untuk dia, dan juga saya yang berada jauh.. Akan tetapi, ada sesuatu yang mengganggu hati seorang perempuan.. Dalam ketiga-tiga kali kami berbual, tunang saya selalu menceritakan perihal seorang wanita..Seorang wanita, yang dapat saya buat kesimpulan.. Perihal seorang kekasih nya.. Dan dia kenal sejak kecil.. Membesar bersama-sama, menyimpan cinta yang sama dalam hati..Cuma tidak meluahkan satu sama lain.. Bila saya menyoal “abg masih berperasaan kah pada perempuan itu..?”.. Dia hanya menjawab “tidak, kami sudah tiada apa-apa, lagipun dia sudah menyukai orang lain.. ”

“Lagipun dia sudah menyukai orang lain…?” baris ayat tu sangat buat saya terkedu.. Seolah-olah dia masih lagi menyayangi wanita itu.. Makin terasa apabila tunang saya mengatakan bahawa pertuturan, bahasa, cara saya bercakap disandarkan SAMA seperti wanita itu.. 100% sama… Ya Allah.. “Adakah baginya aku adalah perempuan itu..?”..

Rancak dan gembira. Itu lah yang dapat saya dengar bila nama itu meniti di bibir nya.. dalam hati kecil ini.. saya berdoa “Ya Allah, jika kali ini Engkau mengujiku dengan kasih sayang yang Engkau lahirkan dalam hati ini untuk lelaki ini.. aku redha Ya ALLAH.. kerana hanya Engkau Pemilik sekeping hati ini..”

Mendengar suara di hujung talian itu masih berceloteh tentang wanita itu, mata ini sudah terkatup rapat, mengamati, mengumpul penuh kesabaran, untuk menutup segala getaran suara lantaran hati sudah terusik.. tapi, sejenak saya berfikir..

“layakkah aku mencemburui nya..? ”

“Tidak, aku tidak layak untuk mencemburuinya.. malah aku tidak perlu berasa cemburu, kerana zahirnya batinnya, tunang ku itu bukan suamiku.. aku tak punya hak untuk cemburu.. Diberikan hak kepada lelaki untuk berkahwin lebih daripada satu..dan hatiku juga adalah pinjaman semata-mata.. pemilik cinta, hati ini tidak lain tidak bukan adalah Allah.. mengapa harus aku cemburu dgn cinta manusia..?" nauzubillah minzalik!

Ya, kerana saya mahu mencari keredhaan dan cinta Allah.. Bukan cinta seorang manusia.. Lalu, saya lupakan segala-galanya.. “Ya Allah, jika yang di utuskan Mu sekarang adalah seorang lelaki yang bakal membawa ku ke syurga… aku bersyukur.. Andai bukan dia orang nya.. Ya Allah, aku pinta Engkau ambil kembali cinta yang Engkau sisip dalam hatiku ini dan jauhkan lah kami..”





adakah aku bakal menjadi SITI MUTHIAH..?

Siti Fatimah adalah anak Rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda, “Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.

Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”.

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.

Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”. Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.

Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”.

Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.

Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.

Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yang terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”.

Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”. “Terima Kasih” sahut suaminya.

Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berepa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.

Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.

Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.

Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.

Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.

Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.

alangkah kuat nya Asiah....

Ada 2 khilaf mengenai bagaimana Asiah beriman kepada Allah swt. Khilah yang pertama menceritakan adalah semasa berlakunya pertarungan Nabi Musa dengan ahli2 sihir Firaun. Setelah ahli2 sihir Firaun mengeluarkan ular-ular maka tongkat Nabi Musa dengan mukjizat Allah swt bertukar pula tongkat tersebut menjadi ular yang besar lalu memakan ular2 ahli2 sihir Firaun tersebut. Apabila Asiah mendengar Nabi Musa menang dalam pertarungan tersebut maka beliau pun beriman kepada Allah swt

Khilaf kedua pula diceritakan semasa berlaku peristiwa Mashitah hamba kepada Firaun yang sedang ia menyikat rambut anak Firaun lalu jatuh sikat tersebut. Anak Firaun terdengar perkataan "Allah" yang diucapkan oleh Mashitah lalu dimaklumkan kepada Firaun. Firaun mengarahkan Mashitah dibunuh bersama2 anaknya dan semasa anaknya hendak dibunuh maka berkatalah ruh anaknya kepada Mashitah "Ya ibuku..bersabarlah". Perkataan ruh anak Mashitah itu didengari oleh Asiah maka ia pun beriman kepada Allah swt.

Maka apabila Asiah beriman kepada Allah lalu diketahui oleh Firaun, beliau mempunyai 2 pilihan samada meninggalkan agama Allah atau hidup bersama Firaun dalam kekayaannya.

Asiah memiliki tahap keimanan yang tinggi maka hukuman bunuhlah yang dipilihnya. Asiah dibawa oleh tentera-tentera Firaun disebuah gunung lalu diikatlah Asiah disatu tempat dan diikat kedua tangan dan kakinya pada 4 penjuru. Sementara itu Firaun mengarahkan tentera-tenteranya mengangkat batu yang besar yang tujuannya untuk dihempapkan kebadan Asiah.

Semasa tangan dan kaki Asiah terikat dan dipakukan pada 4 penjuru. Asiah memandang atas kelangit lalu beliau berdoa kepada Allah dan cerita ini dikisahkan dalam Surah At Tahrim , ayat 11. Terjemahan doa beliau adalah seperti berikut;

"Wahai Tuhan...bangunkan untukku disisiMu sebuah rumah didalam syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya yang buruk dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim"

Maka Allah maha Rab lalu Allah membukakan hijabnya dan diqashafkan lalu Asiah dapat melihat rumahnya disyurga pada saat sebelum ia dibunuh. Maka Asiah pun tertawa lalu Firaun seraya berkata, "Tengoklah..tidakkah aneh isteriku?"

Ketika inilah Allah menarik ruh Asiah dari badannya. Apabila batu dihempapkan kepada Asiah hanya jasadnya saja berada disitu tetapi ruhnya telahpun diangkat oleh Allah swt.

Semoga dengan sedikit ilmu yang saya perolehi ini, dapat saya kongsi bersama mereka yang membaca blog saya ini untuk dijadikan motivasi dalam memperkasakan keimanan kita kepada Allah swt.

Diambil dari blog saudara seIslam..

p/s: kuingin contohi kekuatan Asiah.. Ya ALLAH… hadirkanlah dalam hatiku ini, cinta yang sebenar2 cinta, iaitu cinta hanya kepada Mu.. amen..ya Rabb

My Blog List

Daisypath Friendship tickers
get this widget here