Tuesday, August 28, 2012

nota kuliah UAI

Assalamualaikum, nota kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original )
di surau flat gelong bilal (26/8/12)

Kitab Perisai Bagi Sekelian Mukallaf


1.Al quran itu diturunkan oleh Allah bmula di lauh mahfuz kpd Nabi Muhammad saw dan Allah taala bkata kata dlm Al quran tanpa kaifiat iaitu kita xleh kaji bagaimana Allah berkata kata.

2.Barangsiapa iktiqad quran itu ciptaan manusia maka menjadi kafir serta merta.Nauzubillah

3.Tidak ada syak lagi org yang kata al quran itu bukan dari Allah swt adalah org yang kafir laknatullah

4.Tujuan kita belajar sifat2 Allah,nak belaja zat Allah kita xleh dah,yang boleh belaja ialah mengenal sifat Allah

5.Siapa yg belajar mengenal Allah boleh kenal Allah dan takut kpd Allah.

6.Antara sifat Allah ialah kalam iaitu berkata kata,kita kene ade dalil utk mngatakan bahawa Allah itu berkata kata,antara dalilnya ialah dalam Al quran ade sebut Allah berkata kata,bdosa kalau kita kata dalilnya kita dgr dari org lain beritahu.

7.Allah hanya berkata kata dgn rasulnya sahaja,krn rasul adalah utusanNya,Allah xberkata kata dgn manusia lain

8.Tujuan kita mengaji sifat Allah adalah salah satunya spya kita keluar dari pusat mengaji ialah kita tidak akan takut kepada mana mana makhluk kerana kita faham hanya Allah sahaja yang bkuasa segalanya.

9.Antaranya lagi bila kita belajar sifat Allah sperti 'hayat' maka kita boleh tahu bahawa kita akan mati hanya Allah sahaja yg kekal dan esa

10.Apa benda yang ada dalam Al Quran ialah benar belaka sesiapa yang menolak walau satu ayat dalam Al Quran maka jadi kafir serta merta,ning dok,lawang islam semacam.siap tolok satu hukum dlm al quran,abih yer tolok belaka.yang seronok dibuat,yg tak seronok tak dibuat,balik awal

11.Rasulullah bimbang jika umatnya nanti tak laksanakan hukum Allah,akhirnya umatnya sendiri menghina hukum ALLAH,nauzubillah

12.Tolak hukum hudud dalam al quran jd kafir,Bila sebut soal potong tangan,hudud, mulalah duk kata aku ckp politik,politik kepala hotok mung,ayat Al quran ni kan.

13.Orang yang niatnya betul nak cari kebenaran maka Allah akan tolong dia walaupun berada jauh dr ulama manakala org yg niatnya tidak betul bila bila masa sahaja boleh jatuh sesat.

14.Bila Allah berkata kata,maka ia tidak sama dgn berkata kata makhluk.

15.Allah juga mendengar yg sebenar benarnya yang sempurna dan tak sama mendengar kita dgn Allah.sedangkan mendengar bagi makhluk pun sudah tidak sama,ade yg kurg dengar ada yg cepat dgr,maka mendengar Allah lah yg paling sempurna

16.Apabila kita beramal dgn sifat Kalam maka mana mana org yang menolak Al Quran kita reject terus krn bertentangan dgn apa yg Allah mahukan.

17.Jangan sampai nak senang punya pasal kita letak Allah ditempat yg kecil sedangkan pagi pagi solat subuh Allah sudah ajar kita sebut Allahuakbar,Allah Maha Besar dan yang lain kecil belaka.

--------------------------------------------------------------------------

Soal Jawab

1. Siapakah muflis di akhirat?

- Nabi bertanya kpd sahabat siapakah org muflis,jawab sahabat org yg tidak ada lsg harta bende,maka nabi jawab itu betul dah cuma yg paling tepat ialah org muflis diakhirat nanti yg ada byk pahala tp habis hilang pahalanya diberi ke org lain krn perbuatannya menipu,mengumpat,khianat dan menzalimi org lain didunia..abih licin lalu dibawa kedalam neraka

2. Bagaimana nk elak fitnah akhir zaman terutama dlm tv blog laman sosial dsbginya?

- Gunakan kebijaksanaan ikut cara yg betul,solution nya ialah semua kene pakat g ngaji belaka,kumpul belaka di masjid,ulama tulum kabo,biar reti belaka hukum hakam,mcmana nk guna internet dgn betul,mcmana nk guna fb dgn betul,mcmana nk guna blog dgn betul,bila pandai belaka maka xdak masalah lah

3. Allah xakan ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yg mengubah nasib sendiri,apakah maksudnya?

- Artinya Allah taala tidak akan mengambil balik nikmat yg diberi keatas sesuatu kaum melainkan bila kita tidak syukurkan nikmat tsebut,itulah tafsiran betul disisi ahli sunnah wal jamaah.

4. Kalau potong bulu kening bg pendek lelaki haram ke?

- Yang dibolehkan ialah andam sahaja,cukur botak atau cukur halus adalah haram,jika gunting sikit adalah harus utk suami

5. Rukun syahadah ade berapa?

- menisbatkan akan zat Allah
. mengakui zat Allah adalah zat yang paling sempurna.
. mengakui bahawa zat Allah tidak sama dengan makhluk lain.
. mengakui kebenaran agama dan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah...


6. Kalau jimak siang hari sengaja kene kafarah,bagaimana kalau batalkan dahulu baru jimak?

- disisi mazhab syafei adalah tidak kene kafarah,xperlu berbalah ini bnde khilaf

7. Orang buta boleh mimpi x?

- boleh kerena mimpi bukan kene melihat ada juga mimpi dtg dr roh.

8. Saya dgr ceramah ustaz pahtu tulis dalam book pahtu baca nk bui ingat,bulih ke?

- laa bulih lah koho molek,menguatkan ingatan kita,org dulu dulu memang menulis apabila ia mendengar tok guru ngajar

9. Pamer gmbr haram ke tak?

- sgt umum soalan ini,adakala gmbr yg kita pamer itu harus,sunat,makhruh,haram,wajib.

10. Ngaji quran yg xdak tafsir tp xsentuh sbb xdak wudu' boleh ka?

- yang xdak wudu boleh baca cuma xleh sentuh,yg hadas besar haram baca dan sentuh

11. Kita suka ke awek tuh tp mok dia dok suka saya sbb kije biasa,tp bila istikharah kita mimpi mak dia pula,berasa dok sedak nih,tolonglah

- pertama skali kita nk perbetul ialah MOK xdok hak menentukan jodoh anak kita,bila kita ikut keputusan MOK dr walinya maka ianya jelas ternyata kita tsesat,sptutnya tanya Ayah lah,kalau ayahnya wali kata boleh kawen,maka kawenlah,MOK xdak hak,Mok bleh nasihat sahaja.kalau ayah takdak dah,ada abg sahaja 2 org,sorg setuju dan sorg setuju,amik yang setuju lah utk jd wali.kita nih lemoh,dalam perwalian pun serah kat mak jugak,padahal ngaji sura bala sokmo doh,lemohnya kita.

Inilah kehebatan org puang,lembek selembek lembeknya tp bila keras lebih pada steel lagi

12. Bolehkan puasa sunat gabung dgn qadha?

- afdhal buat suku suku

13. Bolehkah org puang memakai celak?

- boleh bagi wanita bercelak jgn sampai bertabarruj,maskara pula hanya utk suami sahaja,jika utk org lain xleh

14. Kubur pok dare saya rebih bahagian kepala,apakah petandanya?

- doksoh kita bui petanda,sangka baik sudahlah.

15. Boleh tak qabul dulu baru ijab?dlm akad nikah dan jual beli

- ijab makna mengakadkan,qabul pula menerima,tidak disebut dgn jelas dlm mana mana hadis tp ulama telah menyatakan cara yg elok utk sesuatu urusan atau persetujuan.hukumnya walaupun terbalik,ianya sah pada syara' samada dlm urusan jual beli atau akad nikah,..sbb xde dalil mngatakan kene ijab dulu baru qabul kemudian,dua dua bulih belaka.

Wallahua'lam

Tuesday, August 14, 2012

CINTA ITU..

assalamualaikum warahmatullah..

cinta itu menyenangkan...
tapi cinta pada manusia, pasti mengundang kesakitan dan kekecewaan...
namun, jika cinta itu dilabuhkan pada Ilahi, walaupun ia menuntut satu pengorbanan..kebahagiaan juga yang akan dikecapi akhirnya.. ♥

Monday, August 13, 2012

di kala aku merinduimu ya Rasulullah..

assalamualaikum warahmatullah...

di kala aku merinduimu,
ya Rasulullah...
merinduimu..
merinduimu..
merinduimu..
wahai kekasih Allah..
wahai pencinta ummat..
wahai insan teragung..
Muhammad ibn Abdullah...

aku merinduimu..
wahai lelaki terhebat...
pemimpin yang adil...
suami yang terbaik...
anak yang paling soleh...
ya Rasulullah...

aku merinduimu..
engkau menyuluh jalan ku dengan cahaya Allah..
engkau guru ku..
engkau pujaan ku..
engkau kekasih ku..
ya Rasulullah...
T__T



Sunday, August 12, 2012

Syaitan itu.. musuh atau kawan?

JANGAN SEKALIPUN LUPA TENTANG KEWUJUDAN SYAITAN YANG SENTIASA BERUSAHA UNTUK MEMESONGKAN KITA

Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus. Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antara kamu. Maka adakah kamu tidak memikirkan? (Surah Ya Sin: 60-62)

Ingatlah bahawa kita mempunyai musuh yang bertujuan untuk membawa kita jauh daripada Allah, agama-Nya dan al-Qur'an. Dia tidak pernah berputus asa daripada rancanganya walaupun sedetik; sentiasa mencari kesempatan untuk menunaikan tugasnya. Dia boleh melihat kita daripada sudut yang kita tidak dapat melihatnya. Dan dia mencuba pelbagai cara untuk memerangkap kita. Salah satu daripada sifatnya ialah secara bersembunyi. Taktik dan perangkapnya mungkin berbeza kepada seseorang. Taktik yang digunakan juga bergantung kepada masa, tempat dan situasi. Musuh kita yang dimaksudkan ialah syaitan, makhluk yang dihalau daripada pandangan Allah.
Berlawanan daripada apa yang majoriti manusia fikir, syaitan bukanlah makhluk khayalan. Sebahagian daripada ujian d iatas muka bumi ini, seeorang itu perlu berjaga-jaga daripada syaitan. Ini kerana, selepas menderhaka kepada Allah, syaitan bersumpah untuk menyesatkan hamba-hamba Allah. Kedegilan syaitan ini dinyatakan didalam al-Qur'an sabagai berikut:

Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhnya lalu Kami katakan kepada para malaikat; "Bersujudlah kamu kepada Adam"; maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis: "Saya lebih daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah." Allah berfirman: "Turunlah kamu dari syurga itu: kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina." Iblis menjawab: "Berilah saya tangguh sampai waktu mereka dibangkitkan." Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." Iblis menjawab: “Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)." Allah berfirman: "Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka mengikut kamu, benar-benar Aku mengisi neraka jahanam dengan kamu semuanya." (Surah al-A'raf: 11-18)

Sebagaimana yang dijelas dalam ayat diatas, syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Dia akan terus menyesatkan kita dengan cara membangkitkan nafsu kita. Walau bagaimanapun, perkara yang penting yang perlu kita faham disini, sebagaimana yang dinyatakan pada ayat diatas, matlamat utama syaitan ialah untuk mempengaruhi kita dan umat manusia yang lain mengikutnya. Syaitan yang terkutuk tidak akan berputus asa sehingga kita memasuki neraka. Oleh itu, ingatlah, kita semua perlu berhati-hati dengan syaitan dan tidak mengikut godaannya.

Perkara penting untuk diingati: Syaitan tidak mempunyai kuasa bebas tanpa Allah. Dia diciptakan oleh Allah dan dia berada dibawah kuasa Allah sepenuhnya. Dia juga ialah hamba Allah dan hanya boleh melakukan sesuatu dengan keizinan daripada Allah. Dia ditugaskan untuk membezakan manusia yang benar-benar beriman daripada mereka yang tidak beriman. Dia hanya boleh bertindak dengan izin Allah. Apabila masa yang diberikan kepadanya tamat, dia akan dihumban ke dalam neraka bersama mereka yang disesatkanya.
(Allah berfirman): "Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka jahanam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya." (Surah Sâd: 85)
Oleh itu, ingatlah bahawa syaitan sebenarnya tidak mempunyai kuasa ke atas orang-orang yang beriman. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam ayat berikutnya, dia hanya mempunyai kuasa ke atas mereka yang tidak beriman dengan ikhlas dan sebenarnya.

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka." (Surah al-Hijr: 39-40)

Syaitan tidak boleh menyesatkan manusia yang beriman kepada Allah. Memang benar, orang-orang yang beriman juga cenderung melakukan kesalahan, tetapi, mereka tidak pernah putus asa daripada mengharapkan rahmat daripada Allah, dan secepat mungkin meminta perlindungan kepada Allah dan bertaubat dengan seikhlasnya. Kita diberitahu di dalam al-Qur'an tentang mereka yang boleh disesatkan oleh syaitan:
Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah. (Surah an-Nahl: 99-100)

Ingatlah, syaitan hendak kita menjadi angkuh, sombong dan derhaka kepada Allah seperti dirinya. Dia mengarahkan kita berbuat jahat, melakukan sesuatu yang dimurkai Allah dan berkata sesuatu tentang Allah tanpa ilmu. Dia cuba menghalang kita daripada memahami kebesaran dan kekuasaan Allah yang sebenarnya. Allah menerangkan tentang bahaya ini didalam al-Qur'an seperti berikut:

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu bebruat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. (Surah al-Baqara: 168-169)

Usaha utamanya ialah untuk menakutkan manusia dengan kemiskinan, iaitu matlamat yang boleh dicapai sekiranya dia boleh membuatkan manusia lupa tentang hari kiamat. Tidak sedar bahawa semuanya di bawah kawalan Allah, dan tiada siapa yang boleh menghalang sebarang kebaikan yang Allah kehendaki, orang-orang ini hidup tanpa sebarang perasaan bertanggungjawab dan mereka melakukan segala kesalahan kepada Allah.

Syaitan menjanjikan (menakut–nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir), sedang Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Baqara: 268)

Taktik utama syaitan ialah melalui tipu daya. Allah menerangkan tentang tipu daya ini “... dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikan (kejahatan) ke dalam dada manusia.” (Surah an-Nas: 4-5) 
Sebagaimana diterangkan oleh ayat ini, syaitan mendekati manusia secara senyap-senyap, melalaikan manusia dengan perkara remeh dan tidak penting dan menampakkan kesalahan yang dilakukan seolah-olah baik kepada mereka:

Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang siksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitanpun menampakkan kepada mereka kebagusan apa yang selalu mereka kerjakan. (Surah al-An'am: 43)

Lebih penting lagi, mereka yang mempunyai hati yang keras dan berasa dirinya berada di dalam kebenaran, walaupun sebenarnya mereka telah terpesong, membawa diri mereka jauh daripada Al-Qur'an. Dengan membelakangi Allah, mereke lebih rapat dengan syaitan, mengikuti caranya, dan menjadi semakin biadab. Allah mengingatkan manusia:

Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri dari ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda) maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. (Surah al-A'raf: 175)

Ingatlah bahawa syaitan akan menggunakan cara yang berbeza untuk manusia yang berbeza dan dia akan mensasarkan kelemahan kita untuk menyesatkan kita.
Sepanjang zaman, syaitan mendekati seseorang dengan taktik yang berbeza. Dia memastikan mereka yang telah jauh daripada agama supaya lebih jauh daripada agama dengan membuatkan mereka terpesona dengan kehidupan dunia. Dia membuatkan mereka lupa tentang akhirat dan oleh itu, dia berjaya menjauhkan mereka daripada agama sepanjang masa.

Dalam masa yang sama, dia tidak mengabaikan orang-orang beriman. Untuk menghalang orang-orang beriman daripada beribadat kepada Allah dengan ikhlas, dia berusaha supaya mereka berhenti daripada melakukan perbuatan yang disukai Allah. Dia berusaha mengurangkan kualiti (ibadah itu). Dengan menyembunyikan kebenaran tentang kejahatan mereka, dia memperdayakan mukmin dengan menundukkan mereka kepada sifat angkuh, pentingkan diri sendiri, lupa, cuai, bongkak dan panas baran.
Untuk melalaikan mereka, syaitan mendorong mereka membuat pelan jangka panjang di mana ia akan membuatkan minda mereka sibuk. Dia berusaha untuk menghalang minda mereka daripada mengingati Allah. Untuk tujuan ini, dia membuatkan manusia sibuk dengan masalah harian, atau memberikan pelbagai alasan kepada mereae atas kecuaian mereka mengingati Allah.
Mukmin yang patuh kepada Allah, yang mengingati-Nya siang dan malam, yang sentiasa sedar bahawa semua yang berlaku adalah di bawah kawalan-Nya, dan yang kembali kepada Allah dengan ikhlas, adalah kurang terdedah dengan pengaruh syaitan. Sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad (sollalahualaihiwassalam), “Apabila sekumpulan manusia berkumpul untuk mengingati Allaah, rahmat (Allah) menyelubungi mereka, dan ketenangan akan turun kepada mereka”. Sedar akan hal ini, syaitan berusaha untuk membuatkan manusia lalai daripada mengingati Allah. Sesungguhnya, dia mempunyai pengaruh tertentu ke atas mereka yang tidak takutkan Allah:

Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itu golongan syaitan. Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi. (Surah al-Mujadala: 19)

Jangan sesekali lupa bahawa syaitan yang menimbulkan kebencian dan permusuhan antara manusia. Sejak dahulu lagi, “provokasi syaitan” mendasari semua perang, konflik, pertikaian dan penipuan. Provokasi syaitan terhadap manusia telah dinyatakan didalam ayat berikut:

Tidakkah kamu lihat, bahawasanya Kami telah mengirim syaitan-syaitan itu kepada orang-orang kafir untuk menghasut mereka berbuat maksiat dengan bersungguh-sungguh? (Surah Maryam: 83)
Orang-orang yang tidak beriman adalah manusia yang telah mengambil syaitan sebagai kawan mereka dan mereka mengikut caranya. Dengan cara pemikiran seperti itu, kepatuhan kepada syaitan dan kebencian dan permusuhan yang mereka ada di antara manusia tidak akan dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, syaitan juga berusaha untuk membangkitkan kebencian di kalangan orang yang beriman. Dalam melakukannya, dia cuba untuk melemahkan niat orang-orang yang beriman dan menghalang mereka daripada mematuhi Allah. Allah telah memberi amaran kepada hamba-Nya daripada bahaya ini dan menunjukkan mereka cara untuk mengatasinya:

Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu: Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesunguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. (Surah al-Isra': 53)

Jangan sesekali lupa bahawa setiap detik, syaitan akan cuba dengan senyap-senyap untuk memperdayakan kita. Bertentangan dengan persepsi umum, syaitan bukanlah makhluk yang sekejap ada, sekejap tiada, tetapi dia mengikuti kita kebmana sahaja kita pergi atau apa sahaja yang kita lakukan. Dia begitu tekun berusaha selama mana dia hidup.

Seseorang yang lupa tentang kewujudan syaitan cenderung untuk terpedaya dengan godaannya. Oleh itu, dia akan mudah tertipu dengan mempercayai bahawa godaan itu adalah fikirannya sendiri. Dia mungkin akan gagal untuk memahami bahawa suara hatinya itu adalah bisikan syaitan. Walau bagaimanapun, orang yang benar-benar beriman telah diberikan kebijaksanaan dan pandangan untuk membezakan bisikan syaitan dengan suara hati mereka. Allah telah memberitahu mereka bagaimana untuk melindungi diri mereka daripada bisikan dan hasutan syaitan.

Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. (Surat al-A'raf: 200-201)

Jangan sesekali lupa yang syaitan akan berusaha untuk membuatkan kita lupa kebenaran yang kita perlu sentiasa ingat. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, salah satu cara yang efektif yang selalu digunakan syaitan untuk menyesatkan manusia ialah dengan membuatkan mereka “lupa”.Strategi utama syaitan ialah untuk membuatkan manusia lupa tentang tanggungjawab mereka kepada Allah. Dia berusaha untuk menyekat manusia daripada melakukan amalan baik dengan membuatkan kita lupa bahawa Allah yang menguasai kita daripada segala sudut dan kita adalah subjek terhadap takdir-Nya dan kita akan mati dan perlu bertanggungjawab terhadap semua perbuatan kita di hadapan Allah nanti.
Syaitan tidak mahu manusia bersyukur kepada Allah. Oleh sebab itu, dia berusaha untuk membuatkan mereka lupa bahawa semua benda di sekeliling kita ialah nikmat daripada Allah. Dengan membuatkan kita terpesona dengan kehidupan dunia dan lupa tentang kehidupan akhirat, dia berusaha untuk memperdaya manusia. Dia bekerja keras untuk melupakan manusia bahawa terdapat hikmah terhadap semua yang berlaku terutamanya sesuatu yang tidak diduga. Realiti takdir dan meletakkan kepercayaan kita sepenuhnya kepada Allah adalah faktor-faktor utama yang dia mahu manusia lupa.
Di dalam al-Qur'an, Allah menarik perhatian kita beberapa kali kepada kenyataan bahawa dengan bisikan syaitan yang berulang-ulang kali, dia mampu untuk mempengaruhi fikiran manusia dan dengan demikian membuat mereka lupa:
Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan perbicaraan yang lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini) maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu) (Surah al-An'am: 68)

“.... Dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali. (Surah al-Kahf: 63)

... Dan syaitan menjadikan dia lupa menerangkan (keadaan Yusuf) kepada tuannya. Kerana itu tetaplah dia (Yusuf) dalam penjara beberapa tahun lamanya. (Surah Yusuf: 42)

Sebalik semua perbuatan syaitan, jangan sesekali lupa bahawa dia ialah makhluk yang berada sepenuhnya di bawah kuasa Allah dan dia tidak mempunyai kuasa mutlak terhadap hamba-hamba Allah.
Walau bagaimanapun, syaitan diciptakan oleh Allah. Oleh itu, secara sukarela atau tidak, dia perlu tunduk kepada Allah. Dia hanya mampu bertindak dengan keizinan daripada Allah. Sekiranya Allah tidak mengkehendakinya, dia tidak mampu melakukan sebarang perkara. Tidak kira apa yang syaitan lakukan, dia hanya mampu menyesatkan orang yang tidak beriman. Sebaliknya, usaha mereka terhadap orang-orang yang beriman hanya akan menguatkan lagi iman mereka:

... Agar Dia menjadikan apa yang dimasukkan oleh syaitan itu, sebagai cubaan bagi orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan yang kasar hatinya. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu benar-benar dalam permusuhan yang sangat. Dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, meyakini bahawasanya Al-Quran itulah yang hak dari Tuhanmu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus. (Surah al-Hajj: 53-54)

Allah telah menyatakan kepada kita bahawa syaitan sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kuasa. Hanya orang-orang yang tidak beriman yang boleh diperdayakannya. Kenyataan ini dijelaskan di dalam al-Quran:

Dan Sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mreka mengikutinya, kecuali sebahagian orang-orang yang beriman. Dan tidak adalah kekuasaan iblis terhadap mereka, melainkan hanyalah agar Kami dapat membezakan siapa yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat dari siapa yang ragu-ragu tentang itu. Dan Tuhanmu Maha Memelihara segala sesuatu. (Surah Saba': 20-21)

Sebaliknya, orang-orang beriman tidak mengendahkan godaan syaitan tetapi dengan cepat memohon perlindungan Allah sebagaimana yang diarahkan di dalam al-Qur'an:

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah Fussilat: 36)

Mereka sedar bahawa kegagalan untuk berlindung kepada Allah, yang mana mereka dapat menghalang perbuatan syaitan, boleh membuatkan mereka lemah terhadap godaan-godaannya. Ini ialah cara syaitan menjadi sahabat kepada pengikut-pengikutnya dan membawa mereka jauh daripada Allah dan menginngati-Nya.

Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (Surah az-Zukhruf: 36)
Daripada kenyataan di atas, ia jelas bahawa tiada alasan untuk manusia yang beriman untuk mempedulikan godaan syaitan. Tanpa sebarang keraguan, mereka perlu berhati-hati dengannya. Tetapi dalam masa yang sama, Allah juga memberi khabar gembira terhadap satu perkara yang penting:

Sesungguhnya hamba-hambaKu, kamu tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhanmu sebagai penjaga. (Surah al-Isra': 65)

Jangan sesekali lupa bahawa syaitan sangat licik; dia akan meninggalkan pengikut-pengikutnya pada Hari Kiamat. Pada saat-saat terakhir kehidupan kita di muka bumi ini, syaitan akan membiarkan pengikut-pengikutnya sambil memberitahu mereka bahawa dia telah memperdayakan mereka. Perkara ini dinyatakan di dalam al-Qur'an seperti berikut:

Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku melanggarnya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu." Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih. (Surah Ibrahim: 22)

Pengikut-pengikut syaitan yang licik ini akan menyedari kesalahan mereka pada Hari Kiamat. Mereka akan berasa keperitan kerana tidak bertanggungjawab terhadap Allah sepanjang kehidupan mereka dan tidak mengikut jalan-Nya. Walau bagaimanapun ia sudah terlambat untuk menebus segala kesalahan mereka:

Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang zalim menggigit dua tangannya, seraya berata: Aduhai kiranya dulu aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Quran ketika Al-Quran itu telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia. (Surah al-Furqan: 27-29)

Jangan sekalipun lupa yang tempat kembali orang-orang yang tidak beriman di dunia adalah neraka.
Sehingga apabila orang-orang yang berpaling itu datang kepada Kami (di hari kiamat) dia berkata, "aduhai, semoga (jarak) antaraku dan kamu seperti jarak antara masyrik dan maghrib," maka syaitan itu adalah sejahat-jahat teman (yang menyertai manusia) (Surah az-Zukhruf: 38)

Pada hari itu, manusia akan akhirnya sedar bahawa syaitan ialah musuh mereka yang nyata. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan diatas, ia sudah terlambat dan kesedaran mereka tentang perkara itu tidak akan menyelamatkan mereka daripada hukuman neraka yang kekal. Syaitan dan pengikut-pengikutnya akan pasti dipanggil untuk bertanggung jawab atas segala perbuatan yang mereka lakukan:

Demi Tuhanmu, sesungguhnya akan Kami bangkitkan mereka bersama syaitan, kemudian akan Kami datangkan mereka ke sekeliling jahanam dengan berlutut. (Surah Maryam: 68)

Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuhmu),kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongan nya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala. (Surah Fatir: 6)

Seterusnya, jangan sesekali lupa bahawa kita mempunyai musuh yang mahu kita menderita kesakitan, kesusahan, dan juga merasai hukuman api neraka yang abadi. Dia memerhatikan kita setiap masa, termasuklah sekarang, sedang kita membaca buku ini. Ingatlah, sekiranya kita beriman kepada Allah dengan sebenarnya, maka kita perlu memohon perlindungan Allah daripada bisikan dan godaan yang jahat.

from blog akhi azrin

just have a thought of these..

"semakin banyak dugaan dan cabaran yang kita hadapi, semakin berkuranglah juga dosa kita.. jika kita pandai memanfaatkan kesempatan itu"

"jadilah seseorang yang sentiasa belajar drp kesilapan yang lalu.. supaya tidak mengulanginya di masa akan datang, kerna orang yang bijak tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama"

"tidak perlu berusaha menjadi yang terbaik hanya untuk seseorang yang kamu cintai, tapi jadilah yang terbaik untuk manfaat semua orang disekelilingmu"

"jika tidak mampu menjadi penawar, jangan pula kita menjadi racun"

"berasalah malu pada jantung yang sentiasa bertasbih menyebut nama Allah,kerna mulut jarang menyebut pujian2 kepadaNYA"


nafsu ketujuh: kamaliah

assalamualaikum warahmatullah..

Maqam ini adalah tertinggi.
 Maqam ini digelar sebagai "baqa billah", Kamil Mukamil", Al Insan kamil karena ia dapat menghimpunkan antara zahir dan batin, yakni ruh dan hatinya kekal kepada Allah tetapi zahir tubuh kasarnya tetap dengan manusia. 
Hati mereka kekal dengan Allah tak kira masa dan tempat, tidur atau jaga sentiasa mereka bermusyahadah kepada Allah. Ini adalah maqam khawas al khawas. 
Semua gerak gerik mereka sudah jadi ibadat. 
Hatta berak kencing mereka, tidur mereka dan sebagainya. 

Ilmu mereka adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Ghazali, ilham dan ilmu mukasyafah yang diterima nya tidak bukan adalah sama dengan istilah wahyu semuanya datang terus dari Allah. 
Cuma kalau Rasul dan Nabi di panggil Wahyu dan manusia biasa yang kamil di panggil Ilham. 

Saya rasa sekadar ini lah yang termampu oleh saya. 
Mungkin ada kelemahan dan ketinggalan dalam istilah atau pengertian. 

nafsu keenam: mardhiah

assalamualaikum warahmatullah..

Pada peringkat ini segala yang keluar darinya semuanya telah diridhai Allah. 
Perilakunya, kata-katanya, diamnya semuanya dengan keredaan dan keizinan Allah belaka. 
Akan keluar keramat yang luar biasa. 
Mereka sudah menanam ingatan pada Allah diteras lubuk hati mereka menerusi cara "khafi-filkhafi", maknanya secara penyaksiaan 'basitiah' yaitu penyaksian sifat ma'ani Allah yang nyata dan dizahirkan oleh diriNya sendiri. Af'al diri mereka sudah dinafi dan diisbahkan secara langsung kepada af'al Allah semata-mata.Jiwa mereka betul-betul sebati, ingatan mereka terhadap Allah tidak sesaatpun berpisah darinya. Penyaksiaan terhadap hak sifat Allah jelas baginya sehingga hilang dirinya nya sendiri. 
Inilah dinyatakan sebagai Abu Yazib Bistami: "Subha Inni.."

"Pandanglah yang satu pada yang banyak"

Peringkat ini sudah tenggelam dalam fana baqabillah. 
Pada peringkat inilah suka mengasingkan diri,tidak suka bergaul lagi dengan makhluk. 

Namun begitu ia mempunyai kesadaran dua alam sekaligus. 
Zahir dan batin. Dan ia akam kembali normal seperti biasa. 
Kalau peringkat sebelum ini mungkin sampai tak terurus. 

Konsep perjalanannya lebih kurang dengan Radhiah.mereka berpegang kepada konsep: 
Firman Allah: 
"Apa yang di sisi kamu itu pasti lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal". 

Perkataan syatahah sudah hilang.
Mereka suka hidup nafsu nafsi.
 Sabda Rasulullah s.a.w: 
"Apabila kamu sekalian melihat seseorang mukmin itu pendiam dan tenang , maka dekatilah ia. Sesungguhnya dia akan mengajar kamu hikmah" 

Menyentuh tentang zikirnya, zikirnya adalah zikir rahasia, tidak lagi ada lafaz dengan lidah maupun hati, tapi seluruh anggota zahir dan batin mengucapkan dengan zikir rahsia yang didengar oleh telinga batin di maqam tanaffas.
 Zikirnya tidak pernah terganggu dengan alam zahir walaupun dia tengah bercakap atau buat apa sahajapun. 

Firman Allah: 
"Orang-orang berzikir kepada Allah sambil berdiri, sambil duduk dan dalam keadaan berbaring..." 

Bagi mereka di maqam ini setiap perbuatan, perkataan, penglihatan dan apa sahaja adalah zikir. 

Pada tahap ini mempunyai kekeramatan yang amat luar biasan. 
Namun biasanya jarang sekali menzahirkannya kelebihannya itu. 
Dari segi ilmu, mereka sudah memperolehi ilmu semua peringkat sebelum ini iaitu nur, tajalli, sir, sirussir malah ditambah lagi dengan cara tawasul/yaitu secara jaga dengan ambia dan waliyullah.
 Kehadiran wali-wali kepada orang maqam mardiah ini lebih merupakan penghormatan dan ziarah sahaja. sambil berbincang-bincang. 
Mereka berpeluang menjelajah seluruh alam alam maya dan alam ghaib termasuk syurga, neraka dan sebagainya. 
Mereka berupaya melawat bermacam-macam tempat samada dengan pecahan diri batinnya atau dengan jasad sekali. Malah dalam satu masa boleh menjelma di pelbagai tempat. 
Ini dipanggil "Khawa Fulkhawaf". 
Ianya berlaku tanpa sengaja dan tanpa dapat dikawal 

Sifat-sifatnya: 
1. Ridha dan rela dengan apa-apa pemberian Allah 
2. Lemah lembut pergaulannya 
3. Elok dan tingginya budi 
4. Lain-lain sifat terpuji maqam sebelum ini.

nafsu kelima: Radhiah


assalamualaikum warahmatullah..

Maqam ini dinamakan radhiah karena perasaan keridhaan pada segala ketentuan dan hukuman Allah. 
Pada maqam ini sudah tidak ada rasa takut dengan pada bala Allah dan tak tahu gembira dengan nikmatNya. 
Sama saja. 
Yang penting Allah redha padaNya. Itu kalau sakitpun tak mau berobat, sebab bagi dia sakit itulah nikmat karena dia merasa makin dekat dengan Tuhannya. 
Uang Dolar sudah sama dengan daun kayu. 
Emas sama dengan tanah.
 Dunia sudah dipandang kecil , malah sudah tidak dipandang lagi sebaliknya dunia yang datang kepadanya. 

Firman Allah: 
"Sesungguhnya wali-wali Allah itu tak rasa ketakutan dan tak pernah rasa kerungsingan di atas mereka". 

Ini karena nur zuhud sudah merasuk dalam jiwa mereka. 
Alam sekeliling seperti cermin. 
Ini adalah maqam musyahadah tahap ihsan seperti hadis Rasulullah s.a.w: 
"Hendaklah kamu menyembah Allah sebagaimana kamu melihatNya..." 

Ini adalah maqam wali dalam martabat khawas. 

Pada masa inilah apa yang diisyaratkan oleh rasulullah s.a.w: 
"Takutilah akan firasat orang mukmin, bahawasanya orang-orang mukmin itu melihat dengan Nur Allah". 

Pada tahap radhiah ini ,ia melihat melalui basyirahnya, merenung dengan kasyafnya , bertindak melalui perintah ilmu laduninya.Mulutnya dan doanya sangat mustajab.
'Barang dipinta barang jadi" 

Orang dimaqam ini kadang-kadang perbuatannya menyalahi syariat.
Percakapan kadang-kadang menyinggung orang biasa yang tak faham tapi dikeluarkan tanpa sengaja.
Masih lagi mengalami fana qalbi.
tapi tidak menentu.Hidupnya ibarat dilambung gelora cinta seolah terapung bersama-sama Allah.
Hanya memandang dan menyaksikan sesuatu bahawa tiada suatu yang wujud di dunia ini melainkan wajah Allah semata-mata: 

Firman Allah: 
"Di mana saja kamu menghadap, maka disitulah wajah Allah

Itu yang terjadi pada Al Junaid: Tiada apa dalam jubahku, melainkan Allah.

Mereka sudah memandang yang banyak kepada satu.
Keadaan inilah boleh menimbulkan fitnah, malah kadang-kadang orang akan anggap gila.
 Inilah maqam Ana'al Haq-Mansur Al-Hallaj. 

Zikir pada peringkat ini adalah secara 'khafi' yang telah meliputi seluruh anggota zahir dan batinnya. 
Pada peringkat inilah kulit berzikir, daging berzikir, tulang berzikir, malah semuanya berzikir. 
Tu yang jadi darah Al-Hallaj membentuk tulisan Allah lalu keluar zikir, malah kematian wali-wali seperti Tok Ku Paloh, masih lagi terdengar zikir di dadannya.
 Kadang-kadang mereka dijemput menjelajah alam ghaib kubra yang diluar akal manusia. 
Malah mereka di ajar ilmu tinggi yang lebih canggih dari manusia biasa yang boleh dicapai oleh zaman moden ini. 
Mereka boleh buat perhubungan secara langsung dengan para rasul, nabi, ambia dan waliyullah yang lain. Mereka menuntut ilmu dengan aulia macam berbincang dengan kawan melalui handphone, malah boleh berinteraksi beramai-ramai walaupun masing-masing berada di berbeza tempat. 

Sifat-sifatnya: 
1. Ikhlas 
2. Warak 
3. Zahid 
4. Dan lain-lain lagi yang baik yang ada pada maqam sebelum ini.

My Blog List

get this widget here