Friday, December 23, 2011

hikayat sehelai kertas


Aku adalah kertas
Digenggam kemas oleh sang manusia
Untuk dijadikan bahan berguna
Boleh juga dijadikan sampah
Aku adalah kertas
Yang jasa tiada berhenti kuberi
Sang manusia berlumba-lumba mengejar aku
Kerana aku sumber mereka menzahirkan apa yang mereka rasa




penghijrahan 2

Assalamualaikum,
hari ini saya berpeluang bercerita tentang perubahan yang berlaku dalam diri saya.. Dalam proses penghijrahan hati ini, kita sangat memerlukan bimbingan berterusan, sokongan dari pelbagai pihak, kesabaran, dan tawakal..

Setelah 3 minggu, saya mengubah cara permakaian saya.. saya banyak memakai baju kurung dan memakai tudung menutup dada, saya juga memakai kasut. Banyak perbezaan yang saya buat, semoga saya istiqamah dalam mencapai perubahan diri ini. Dalam soal pergaulan pula, hanya sebilangan kecil sahaja lelaki yang mengenali saya. Saya mahu mengehadkan bilangan itu bagi mengelakkan sesuatu yang tidak berfaedah. Soal agama, saya mula berjinak jinak membeli buku solusi, dakwah. Banyak info yang berguna saya dapat, saya juga tengok ceramah dalam you tube. Saya masih mentah dalam mencari keredhaan Ilahi. Syukurlah Allah menetapkan saya tinggal sebumbung dengan seorang sahabat yang banyak mengajar saya tentang agama. Dia lah pencetus hidayah saya. Terima kasih Nabilah..



Soal jodoh pula, saya mahu menyerahkan pada ibu bapa, jodoh itu ketentuan Allah, restu Allah adalah restu ibu bapa.. InsyaAllah, saya Cuma berharap Allah mengurniakan seorang zhauji(suami) yang soleh, yang mampu mendidik saya menjadi zhaujati yang solehah. Amin…




Setelah ini dahulu, wallahualam..

Wasalam~

"TERKESAN"

assalamualaikum.. ini adalah hasil penulisan skrip dekon saya sendiri..
semoga memberi panduan kepada anda :)


Babak I
Lampu pentas dimalapkan, suasana menjadi suram, alunan suara orang membaca surah Yasin (beramai-ramai) diiring dengan suara seorang wanita mengucap kalimah syahadah semakin kedengaran. Seorang lelaki muda berpakaian lusuh memasuki ruang pentas. Lelaki itu berjalan dalam keadaan lemah dan lesu, bunyi esakan lelaki itu mengiring alunan bacaan Al-Quran itu. Lelaki itu berhenti di tengah pentas, melihat di sekeliling seperti mencari sesuatu.

Zahir : Zahra.. Zahra.. dimanakah kekasihku zahra… (meraup rambut yang tidak terurus). Kau tahu mana Zahra kan?! Mana dia?! (menuding jadi dengan riak wajah yang bengis).

Lelaki itu terus melutut di hadapan pentas sambil menangis. Bunyi esakan semakin kuat.

: aku insan hina! Aku insan yang tidak mengenal agama, tuhan, bahkan cinta ilahi ku pandang enteng. Ya! (berdiri)Zahir ku tidak seindah namaku, Muhammad Zahir Muqarrabin, anak dato’ Malik. Agama ku cuma memenuhi maklumat kad pengenalan sahaja. aku ada kereta besar! Mewah! Kepunyaan bapak aku. Aku suka mencuba benda baru. Buktinya, seluruh kelab malam dan disco di kota Kuala Lumpur aku jelajah. Perempuan? Tak perlu aku cari, beratus perempuan mahukan aku. Macam kain persalinan, begitulah perempuan dalam hidupku. Bukan salah aku jika ada yang menanggung hasil gelodak nafsuku, sudah ku kasi amaran, mereka yang mahu, hanyut dek lautan kekayaan aku kononnya! Menyebut fasal perempuan, Iklil Zahra Zainal Abidin mengusik hati lelakiku. Manakan tidak, aku dikelilingi perempuan sundal, yang hidup mereka bertelanjang. Menconteng muka mereka dengan calitan neraka, hadir Zahra yang cantik zahir batinnya, bibirnya cantik dengan alunan zikrullah, lirik matanya menghadap Ilahi setiap kali ku intai dari kamar masjid. Ya, dia cantik.. tapi bagiku, cantik itu harus kumiliki, dengan sedikit habuan wang ringgit, pasti dia milikku.
Lampu menjadi terang.

: zahra, nah bunga untuk zahra.. abang ada hadiah untuk zahra.. pejam mata. (mengeluarkan sebentuk cincin daripada poket).. ini untuk zahra… apa? Zahra tak mahu? Kenapa? Penat-penat abang pilih, zahra tak mahu pula..(simpan cincin ke dalam poket baju semula). Buku ni untuk abang ke?.. “panduan hidup bersyariat”..thanks sayang.. zahra nak pulang ke rumah ya…? Jauh juga rumah, mari abang hantarkan.. tapi temankan abang pergi makan dulu ya..beritahu abah ummi? .. kemudian lah, nanti beritahulah mereka.. jom! Hahaha..siaplah kau malam ni, nak menyombong dengan aku ya..

Bunyi tangisan diselang seli esakan kuat memenuhi ruangan pentas.

: maafkan aku zahra.. maafkan aku.. maafkan lelaki yang telah membunuhmu zahra.. maafkan aku..

selang beberapa saat, lelaki itu ketawa. Lampu pentas menjadi terang.


: Zahra sayangkan aku.. dia takkan marah padaku. Jauh sekali mahu menghukumku… dia pasti maafkan aku!Ya!. Jadi lebih baik aku cepat cari dia sekarang!. (berterusan ketawa riang).

Lelaki itu keluar dari pentas sambil melaung nama Zahra berulang kali.


Babak II


Lampu dimalapkan. Ada bunyi burung berkicaan, bunyi biola digesel mengiringi kicauan burung-burung kecil yang cantik. Seorang perempuan yang cantik bertudung, memakai baju kurung putih masuk ke ruangan pentas.

Zahra: lalalalala…lalalalala… sepertinya ada orang yang memanggilku. Zahra.. Zahra.. (membuat mimik seperti memanggil ) tapi di mana dia? (mencari-cari di kiri dan kanan). Hurm.. biarlah, sekiranya ku jumpa lagi dengan gerangan empunya suara itu, pasti ku kenalkan diriku.. (bergerak sekeliling pentas dan berhenti menghadap penonton). Namaku Iklil Zahra Zainal Abidin, aku seorang yang periang, ceria, tapi pemalu dengan sang jejaka.. bukan sombong, tetapi abah dan ummi mendidik aku begitu. Kerana Agama, kata mereka. Aku suka melihat permandangan yang cantik, mendengar deruan ombak di pantai, mendengar cerita sang serangga di dusun Atuk.(ketawa) Aku suka ketenangan… dan… aku juga suka pada seorang jejaka…(tersipu malu lalu menutup muka dengan tangan). Apa? Siapakah dia? Kamu mahu tahu siapa jejaka itu?.. ini rahsiaku, aku hanya bercerita dengan hati kecilku. Bahaya jika diheboh satu cakerawala, bisa ada telinga yang menangkapnya… Apa? Kamu mahu tahu juga? Baiklah, tapi janji ia satu rahsia..!

Pentas menjadi gelap.

Zahra: tidak!

Lampu pentas kembali malap.

:Bagaimana dia boleh tahu? Bagaimana…? (mundar- mandir sekeliling pentas). Tolong lah, wahai hati, tabahkan diriku. Aku tidak mampu berhenti menyukainya, tetapi mereka tidak membenarkan aku bersama dia. Berkongsi suka duka, mencipta rumah tangga bahagia. tapi… maafkan Zahra, abah.. ummi.. zahra mahu mengenalinya, mana tahu sekiranya tercipta bagi dia husnul khatimah. Seperti di harap oleh semua manusia..(ketawa) perasaan cinta, kasih sayang sungguh indah untuk dimengerti. Insan yang bernama zahir muqarrabin memberi aku cinta untuk dirasai, kasih sayang yang berbelah bahagi. Mana mungkin mulut-mulut di sekeliling memuntahkan kata-kata kesat pada lelaki yang tidak jemu mencurahkan cinta dan kemewahan kepada ku. Tapi… (menangis)

:kasih sayang yang ku dambakan hanya sementara.. cinta yang aku rasai hanya membutakan hatiku.. ketulusan yang hadirnya dulu dari pandangan mata zahir hilang, diganti dengan sepasang mata galak dengan gelodak nafsu syaitan bertopengkan manusia.. !!!!

Lampu menjadi malap, pentas menjadi suram.

:kat mana ni abang..? buat apa datang sini abang..? apa yang abang nak buat ni..? jangan… lepaskan Zahra abang… jangan apa-apakan Zahra abang… tolong lah..!!..abang..!!

Cinta yang selama ini aku pelihara tercemar malam itu juga.. aku, yang dahulunya disanjungi, dikasihi, dipuja, menjadi mangsa pemuas nafsunya. Tanpa belas kasihan aku diratah, maruah ku di pijak, dihina. Kalaulah ku akur nasihat umi, kalaulah kuingat pesan mereka. Umi… abah… maafkan zahra… maafkan anakmu ini….


Babak III

lampu dipadamkan. Bunyi tangisan dari luar pentas kedengaran. Seorang wanita memasuki pentas sambil memegang sehelai baju milik Zahra.

Umi zahra:Zahra.. zahra.. mana kamu nak… umi di sini zahra… (esakan kedengaran semakin kuat) anakku, mengapa kau buat begini sayang.. mengapa bisa yang kau balas setelah umi beri madu kepadamu… kenapa kau tinggalkan umi… baru semalam kita bercerita tentang kumbang dan bunga, sekarang…. (duduk di tengah pentas)… zahra… meh duduk sini, umi dodoikan zahra ya…

Syair berkumandang, dibaca oleh wanita itu dalam nada sayu, diselang seli dengan esakan

Dengarlah pesan anakanda tercinta,
Kalau bercinta biarlah berpada,
Jangan sampai tercemar ternoda,
Supaya hidup menyesal tiada.

Lampu padam. Kedengaran suara lelaki menjerit dengan marah.


Abah Zahra :Diam!! Sudah! Aku nak cari jugak jantan tak guna tu! Tergamak dia rogol anak kita..! apa salah kita mah, apa salah kita..?? zahra, abah akan balas perbuatan syaitan tu zahra, terkesan sungguh kepergian kau kepada kami, abah tak boleh berdiam diri, umi kau dah tak siuman sebab syaitan tu! Abah dah tak mampu berdiam diri.. ini abah zahra.. abah!

Lelaki itu melakon kan seolah-olah menemui zahir.

:Kau! Kau yang merosakkan arwah anak aku..!! (lagak memukul zahir dengan kayu)Ahh.. polis! Baik aku lari… (cuba melarikan diri tapi seolah olah ditahan daripada arah hadapan)Tuan, saya tak salah tuan, syaitan ni yang bersalah tuan.. dia rogol anak saya! Tuan, tangkap dia.. tuan…(tangan seperti digari, lalu keluar dari panggung.)


Suara latar: Begitu lah nasib seorang jejaka,
Pabila hidup berbuat dosa;
Setiap perbuatan terkesan juga,
Mendapat padah pada akhirnya.

Tuesday, December 20, 2011

Cantik itu mitos semata-mata?

Rasulullah s.a.w. bersabda, “sesungguhnya ALLAH S.W.T. tidak melihat luaran dan rupa kamu, tetapi ALLAH S.W.T. melihat hati kamu” – Muslim.

Bermulanya revolusi fesyen beberapa dekad dahulu mewujudkan pelbagai mitos tentang kecantikan yang datangnya dari Barat. Pasti anda ingin tahu mengapa saya menyatakan cantik itu adalah mitos. Ya, sejak berkembangnya kemajuan sains dan teknologi, manusia juga membangun dengan isu kecantikan. Melihat wanita-wanita yang menjadi ikon fesyen, dan menjadi ikutan wanita seluruh dunia, kecantikan memberi kesan yang hebat kepada masyarakat dunia.. antara mitos tentang kecantikan:
• Untuk tampil cantik, wanita harus memakai make up.
• Cantik dengan berpakaian seksi, mendedahkan aurat untuk tontonan khalayak ramai.
• Menonjolkan aset peribadi.
• Menggunakan bahan anti penuaan yang haram *susuk, botox.

“cantik” adalah isu yang sangat subjektif. Setiap manusia di muka bumi ini mempunyai pandangan yang berbeza apabila berbicara tentang kecantikan. jika kita yang mempunyai penglihatan berpeluang melihat kecantikan, bagaimana pula dengan orang buta?..
Sebenarnya cantik itu dapat dinilai bukan pada luaran semata-mata. Orang yang lembut tuturnya juga cantik, orang yang mempunyai personaliti dan akhlak yang baik juga cantik. Penyataan Ibnu Abbas, “sesungguhnya amal kebaikan itu akan memancarkan cahaya di dalam hati, sinar pada wajah, kekuatan pada tubuh, kelimpahan dalam rezeki, dan menumbuhkan rasa cinta di hati manusia padanya”.
Kenapa kita perlu menyakiti diri dan tubuh badan sendiri hanya kerana ingin kelihatan cantik..? untuk siapakah kita kelihatan cantik?. sesungguhnya cantik adalah sebuah kurniaan Allah, namun ia juga adalah dugaan di dunia ini. Walaupun seseorang itu mempunyai kecantikan yang tiada bandingan, jika amalannya nya buruk tidak akan berguna. Malahan, hati yang suci daripada kotoran dosa dan titik hitam adalah penentu keselamatan seseorang itu ketika menghadap Allah. Sebagaimana ALLAH S.W.T. berfirman, “(Iaitu) pada hari (ketika) harta dan anak-anak sudah tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih”.(asy-syuaraa: 88-89).
Wallahualam~

Sunday, December 18, 2011

penghijrahan 1

assalamualaikum...

sudah hampir sebulan aku nekad berpisah dengan teman lelaki aku. apa yang aku rasa sekarang adalah ketenangan semata-mata… aku yakin tindakan aku betul kerana perpisahan kami ini berpunca dengan perubahan yang aku lakukan sendiri.. bukan senang untuk melepaskan orang yang sudah banyak berbakti, menjaga aku sakit, berkongsi kegembiraan dan kesedihan. Namun, ALLAH S.W.T. lebih banyak berbakti kepadaku. Memberi aku peluang untuk bertaubat, memberikan aku petunjuk.. mendengar masalah aku.. sebelum aku berpisah, aku ada solat istiqarah, dan menerusi mimpi yang aku alami, aku dapat meneka bahawa teman lelaki ku ini bukanlah yang dijanjikan untuk ku.. mulanya memang aku sedih, tp aku berfikir, setiap kejadian tu ada hikmahnya, dan seperti ramai orang berkata, Allah menemukan kita dgn org yang salah adalah bukan untuk menghukum kita. Tapi untuk memberi kita peluang mempelajari kelemahan dan kekurangan yang ada.. aku juga beranggapan kegagalan aku kali ini, kerana aku gagal menjaga hubungan ku dengan ALLAH.. terima kasih Allah kerana Engkau tidak henti menyayangi hamba-Mu ini.. Syukran..

My Blog List

get this widget here