Sunday, June 30, 2013

antara fatih seferagic dan jongkook oppa?

assalamualaikum warahmatullah..
alhamdulillah... 
kembali menaip saya untuk post kali ini...
alhamdulillah..dan sekalung tahniah kepada team TRW kerana memenangi piala FA kali ini..dan sekalung tahniah juga di ucapkan kepada team JDT kerana mereka telah sampai ke tahap yang membanggakan :)
alhamdulillah... 

antara fatih seferagic dan jong kook oppa?
saya petik nama 2 selebriti ini bersebab..
yang pertamanya, fatih seferagic..
sapa yang tak kenal beliau, mohon taip namanya dia you tube..
alhamdulillah..sy kenali beliau pada ramadhan tahun lalu (2012)
sy dengar alunan suara beliau membaca surah ketika solat terawih..
sangat syahdu.. :')
subhanaAllah...

jongkook oppa..
sy kenali beliau ni dalam siri reality show "running man"
sy pun peminat reality show tu..
tapi tak adalah sampai dikategorikan sebagai "kipas susah mati"(mohon translate dlm b.inggeris)

sebelum anda baca selanjutnya, sy sajikan gambar kedua2 manusia ini.. ^^

jongkook

fatih seferagic

ok.. sudah melihat mereka..??
sekarang we move to the point i gonna talk here..
the similarity antara mereka ni adalah:
- lelaki.
- jadi pujaan wanita.
-terkenal.
-berada di malaysia dalam tempoh terdekat ini.. (jongkook awal jun, fatih currently)

ada desas desus lelaki2 yang berpendapat lebih dan akal terlebih aktif untuk menganalisa mengatakan wanita memuja selebriti2 ini.. kononnya kerana paras rupa, dan sebagainya...
dan ini juga menjadi point untuk menghentam kaum wanita termasuklah insan yang lemah ini.. 

my point :
tidak dinafikan.. diriku ini turut meminati mereka berdua ni, tapi level minat tu lain...
tak sama...

meminati perkara yang menarik kita ke duniawi dan meminati perkara yang menarik kita ke ukhrawi..
lain tu bukan...?

saya seorang yang taksub dengan agama... not only fatih seferagic, but also maher zain, other local selebrity like UAI,ust don daniyal, dr Maza,and i also a fan of ust ibnu batoota owsem :D

saya juga seorang yang minat (nak tulis taksub pun agak over sbb sy tak over :D) korean drama, reality show and so on.. 

saya juga insan yang pernah mengalami "histeria" dengan hal2 ini...

tapi sy nak kongsi di sini... ada beza antara taksub dgn perkara baik dengan taksub dgn pkara maksiat..
dari segi pengalaman sy, bila sy dgr alunan bacaan si fatih ni.. honestly, laju ja air mata jatuh.. sangat bahagia dgr dia baca (bukan sbb dia hensem) tp bacaan dia sangat tenang.. then, tindakan seterusnya, sy cari youtube bacaan dia lagi, dia jadi imam terawih and so on.. bukannya sy pegi google gambar dia... U_U

bila sy taksub pada reality show running man ni, urm... ad juga sampai keluar air mata.. but perasaan sy masa ni bukan lah tenang mcm time dengar si fatih mengaji tapi sy rasa tak keruan dan tak terkawal.. (apa rasa mcm tu ya...?) rasa yang tak tenang, bukan sebab orang2 nya hensem, tp ke"lagho"an perkara ini yang sgt melayang2kan sy ke awangan.. nah, ini betul2 histeria sudah...nauzubillah...!

jadi, konklusinya.. para ikhwah.. jangan pandang serong pada akhowat.. berbaik sangka lah..bersyukurlah yang akhowat suka kat fatih.. drp suka kat orang2 yang tak membantu agama kita.. :) muka hensem fatih ni sebagai bonus shj... :)

dan kepada akhowat2 sekalian.. jaga dan reset nawaitu anda kenapa anda suka dan minat fatih ni... mudah2an kerana kebaikan yang Allah karuniakan melalui dia.. bukan kerana rupanya ya...

wallahualam.. :)


Sunday, June 16, 2013

"Barang siapa yang ingin mati syahid pada masa akan datang,maka hendaklah dia kahwini Atikah"

Assalamualaikum warahmatullah...
salam 7 syaaban...
semoga kita bertemu dengan ramadhan yang kian menjelma..
^__^
enjoy ur reading...

DIARI CINTA ATIKAH



Beberapa tahun sebelum Nabi Muhammad di utuskan dan diangkat menjadi rasul,lahirlah seorang bayi perempuan dalam keluarga Zaid bin Amr bin Nufail di Mekah serta diberikan nama ATIKAH.Keluarganya mengasuh dan mendidik Atikah dengan penuh kasih saying sehingga Atikah membesar dalam asuhan budi pekerti yang mulia serta mempunyai sopan santun yang tinggi.Setelah Nabi Muhammad di angkat menjadi rasul,maka,seluruh ahli kelurga Zaid menerima seruan suci inyang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w..Di alam islam pula,Atikah di didik dengan penuh didikan agama islam yang suci.Maka,Atikah jadilah seorang gadis islam serta mempunyai kecantikan sehingga menjadi buah mulut di kalangan para pemuda yang terpesona akan kecantikan yang dimiliki oleh Atikah.Ramai para pemuda berlumba-lumba untuk menawan hati hatikah,namun Atikah tetap menjaga keperibadiannya serta tidak pernah sombong dan angkuh.


Namun,ada seorang dikalangan para pemuda yang benar-benar ingin menjadikan Atikah sebagai suri hidupnya.Beliau adalah Abdullah bin Abu Bakar As-siddiq.Abdullah memepunyai rupa paras yang tampan serta anak kepada sorang khalifah iaitu yang terkenal iaitu Saidina Abu Bakar As-siddiq.Hasrat Abdullah untuk memperisterikan Atikah di nyatakan kepada bapanya,Saidina Abu Bakar.Saidina Abu Bakar menyetujui akan hasrat puteranya itu lalu pergi pergi berjumpa menemui kedua orang tua Atikah.Pinangan tersebut diterima oleh kedua orang tua Atikah dan persetujuan telah di setujui oleh kedua-dua belah pihak.Naka,kedua-dua belah pihak membuat persediaan untuk majlis perkahwinan.Walaupun Saidina Abu Bakar seorang khalifah,namun,majlis tersebut tetap di adakan secara sederhana.Akhirnya,dua jiwa bersatu di bawah ikatan yang sah.


‘Kusangkakan panas hingga ke petang,rupa-rupanya hujan di tengah hari’..Pada suatu hari,Saidina Abu Bakar lalu di hadapan rumah puteranya Abdullah dan Atikah untuk pergi ke masjid menunaikan solat berjemaah di masjid,Saidina Abu Bakar mendengar Abdullah dan Atikah sedang bersembang sambil ketawa.Jadi,Saidina Abu Bakar membatalkan niatnya untuk mengajak Abdullah bersama-sama kemasjid dan terus munuju kemasjid bersendirian.Setelah selesai,Saidina Abu Bakar turut melalui jalan dihadapan rumah Abdullah dan Atikah dan mendapati Abdullah dan Atikah masih berbual lagi sambil ketawa.Lalu,Saidina Abu Bakar memanggil puteranya dan berkata :


‘Wahai puteraku Abdullah,apakah kamu telah menunaikan solat berjemaah?’..


Setelah mendengar pertanyaan bapanya,Abdullah tertunduk kerana malu.Ini kerana beliau terleka melayan isterinya sehingga terlupa hendak menunaikan solat berjemaah.Lalu,Saidina Abu Bakar menyuruh puteranya untuk pulang kerumah asal mereka.


Ketika Abdullah tiba di rumah bapanya,Saidina Abu Bakar bertanya :


‘Wahai Abdullah puteraku,adakah engkau tahu kenapa aku memanggil engkau kemari?..


‘Aku tidak tahu kenapa engkau memanggilku kemari’..:Jawab Abdullah kepada bapanya.


Abu Bakar berkata lagi : ‘Wahai puteraku Abdullah,sesungguh kecantikan isterimu Atikah telah menyebabkan engkau lalai dengan tugas-tugas kehidupanmu sehingga engkau sendiri terleka dan terlupa untuk menunaikan solat fardu berjemaah.Oleh itu,engkau ceraikanlah isterimu Atikah sekarang’..


‘Tapi ayah!!!’..Abdullah cuba menjawab..


‘Ya..Aku tahu bahawa engkau sungguh berat hati untuk melakukan sedemikian.Tapi saying,itu semua bukan mendorongmu untuk lebih bersyukur,sebaliknya membawamu kea rah kelalaian’..:Jawab Abu Bakar..


Dalam keadaan duka sambil tertunduk,Abdullah menuruti segala perintah bapa,Saidina Abu Bakar As-Siddiq.Abdullah juga sedar akan kesilapannya dan beristighfar serta memohon ampun kepada Allah.Lalu,Abdullah menceraikan Atikah walaupun pada ketika itu kasih sayang diantara mereka sedang mekar bersemi.


Abdullah melalui hari demi hari dalam keadaan sedih dan begitu duka cita.Cintanya pada Atikah tidak pernah pudar.Atikah pula sungguh sedih apabila Abdullah menceraikannya ketika kasih saying di antara mereka baru terbina.kini,kedua-dua insan itu telah sedar dan insaf.Penyesalan,keinsafan serta kerinduaan Abdullah kepada Atikah tidak mampu di bending lagi sehingga bait-bait syair cinta meniti di bibirnya sehingga di dengari oleh bapanya sendiri Saidina Abu Bakar..


‘Wahai Atikah’…
Aku tidak melupakan dirimu walaupun sekejap mata..
Siang dan malamku,hatiku tergantung padamu…
Engkau memiliki budi perkerti mulia…
Aku tidak pernah melihat seorang lelaki menceraikan wanita budiman seperti aku lakukan padamu…
Duhai isteriku tercinta Atikah!!!...


Setelah Saidina Abu Bakar mendengar ratapan puteranya itu,kini,beliau mengerti bahawa puteranya Abdullah begitu merindui Atikah.Bahkan,Saidina Abu Bakar sendiri mampu merasakan apa yang sedang dirasakan oleh puteranya itu.Pada keesokan harinya,Saidina Abu 


Bakar memanggil puteranya dan berkata :


‘Wahai puteraku Abdullah.Aku tahu engkau dihimpit perasaan kerinduan terhadap bekas isterimu tercinta.Kini aku sendiri membenarkan engkau rujuk semula bersama Atikah’..


Setelah mendengar akan berita tersebut,Abdullah begitu gembira dan tergesa-gesa memanggil hambanya Aiman lalu berkata :


‘Wahai hambaku Aiman,mulai saat ini,eangkau merdeka kerana Allah serta bersaksikan kepadamu bahawa aku merujuk semula bersama bekas isteriku tercinta Atikah’…


Aiman sangat gembira mendengar kata-kata tersebut dan dia tidak pernah menduga sama sekali bahawa dia akan merdeka dengan cara sedemikian.Kemudian Abdullah segera ke rumah Atikah.Sewaktu mereka berdua bertemu,Abdullah berkata :


‘Wahai isteriku tercinta Atikah,engkau telah ku ceraikan tanpa keraguaan,kini kamu telah di rujuk semula denganku’…






Atikah begitu gembira mendengar khabar tersebut dari mulut Abdullah sendiri.Maka,dua jiwa yang pernah sengsara dan menderita kerinduan,akhirnay bersati semula dengan penuh bahagia.Namun,tidak beberapa lama kemudian,diberitakan bahawa islam sedang mendapat tentangan dari kaum musyrikin Mekah.Jadi,selaku salah seorang dari pemuda islam,Abdullah juga turut serta dalam peperangan di medan jihad demi mempertahankan kalimah Allah dipermukaan bumi ini.Denag jiwa kepahlawananislam,Abdullah bertempur dalam peperangan jihad tersebut sehingga menemui syahid.Berita akan kematiaan Abdullah sampai kepengetahuan Atikah.Atikah begitu hiba dan sedih.Namun,dia bangga akan jiwa kepahlawanan suaminya yang mati syahid memperjuangkan agama islam.Namun,hari-hari yang di laluinya,Atikah begitu rindu akan suaminya Abdullah sehingga sekuntum syair meniti di bibirnya buat suaminya tercinta.


‘Demi Allah…!!! Siapakah pemuda yang seperti dia…?
Yang sanggup maju dan menyerang musuh di medan perang denag taruhan nyawa,iman dan kesabaran?
Apabila diutus di medan jihad,dia dengan gagah perkasa membunuh musuh-musuh islam…
Aku bersumpah kedua-dua mata ini terlalu panas dan hati ini selalu gelisah…
Kulitku sentiasa berdebu selepas pemergiaan!!!
Wahai putera yang mulia!
Wahai suamiku tercinta!
Sungguh malamku tidak bersua lagi dengan pagi yang cerah!!!...


Setelah pemergiaan suaminya tercinta Abdullah bin Abu Bakar,Atikah hidup keseorangan diri.Hari-hari yang di laluinya sentiasa dihiasi dengan agama,sastera disamping kecantikan yang dimilikinya tidak kunjung pudar.Namun,keperibadiannya ini telah menarik dan memikat hati seorang pemuda dan pejuang islam iaitu Umar bin Khattab.Akhirnya,Umar bin Khattab menyatakan hasratnya itu kepada Atikah.Denagn hati terbuka,Atikah menerima dan menikahi Umar bin Khattab dan mendampinginya dengan penuh setia,setulus cinta,ikhlas serta tanggungjawab.Sepanjang mereka hidup bersama,Umar menjumpai bahawa Atikah memiliki sifat-sifat wanita yang utama.Sifat seorang wanita beriman,taqwa,serta mudah dibawa berbincang dan mampu memberi ketenangan kepada seorang suami.Umar begitu bertuah kerana memiliki seorang isteri yang begitu mulia.


Pada suatu hari,Umar bin Khattab berjumpa dengan seorang lelaki bernama Abu Lu’lu’ah.Beliau adalah hamba kepada seorang dari agama nasrani iaitu Mughirah bin Syu’bah.Beliau meminta tolong agar Umar membela nasibnya kerana memberikan upah tidak setimpal dengan pekerjaannya.Namun,kata-kata Umar seolah-olah membela akan tuannya dan menyebabkan beliau berdendam dan ingin membunuhnya.Lalu,di suatu pagi,ketika Umar dan beberapa orang sahabat yang lain hendak menunaikan solat secara berjemaah yang di imami sendiri oleh Umar bin Khattab,Abu Lu’lu’ah datang dari arah belakang lalu menikamnya sebanyak tiga kali.Rebahlah Umar di situ dan meminta agar solat tersebut di imami oleh Umar bin Auf.setelah itu,Umar di bawa pulang ke rumah dan akhirnya mati di pangkuan isterinya Atikah.Pemergiaan Umar di lepaskan dengan kesedihan.Dalam linangan air mata,Dalam linangan air mata,atikah berkata :


‘Fairuz Abu Lu’lu’ah mengejutkan aku…!!!
Tindakannya terhadap Umar sungguh terkutuk dan pengecut!!!
Saat itu Umar sedang membaca ayat al-quran dan kembali kepada Allah…
Umar seorang lelaki penyayang kepada orang bawahannya dan amat tegas terhadap kafir…


Itulah ratapan atikah atas pemergiaan suaminya tercinta Umar bin Khattab..


Setelah habis tempoh i’dah,datanglah pula seorang lagi seorang lelaki yang juga salah seorang pembela kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w iaitu zubair bin Awwam meminangnya.pada awalnya Atikah menolak pinangan Zubair bin Awwam.Namun,setelah di desak beberapa kali,Atikah menerima pinangan Zubair dengan hati terbuka.Maka,bernikahlah mereka berdua dan hidup dalam bahagia.Namun,Zubair mempunyai sikap yang berbeza 
Zubair bertanya kepada Atikah :


‘Hai isteriku tercinta,kamu tidak boleh pergi ke masjid’…


Atikah sangat terkejut.Lalu berkata : ‘Wahai putera Awwam…! Apakah aku mesti meninggalkan masjid,tempat aku bersolat berjemaah bersama Rasulullah,Saidina Abu Bakar semata-mata cemburumu itu…?


Zubair menjawab : ‘Oh..tidak,sebenarnya aku tidak melarangmu’..


Zubair tertunduk malu.Untuk melarang isterinya dari terus bersolat berjemaah di masjid,Zubair telah merancang untuk menakut-nakutkan isterinya.Lalu,pada suatu pagi,Zubair menganbil wuduk dengan segera dan bersembunyi di sebuah tempat bernama Suqitah Bani saidah dimana tempat yang biasa di lalui oleh Atikah nenuju ke masjid.Ketika Atikah melalui jalan tersebut,dari arah belakang,Zubair telah memukul Atikah.Namun,Atikah mendapati tiada seorang pun kelihatan.Atikah mengambil keputusan untuk membatalkan niatnya bersolat di masjid dan akhirnya tidak lagi sloat di masjid secara berjemaah semenjak peristiwa itu.Zubair tersenyum kegembiraan setelah mengetahui bahawa Atikah tidak lagi bersolat di masjid.

Namun,pada ketika itu,satu peristiwa perselisihan faham antara Saidina Ali bin Abi Thalib dan Saidatina A’isyah binti Abu Bakar.Perseleisihan faham diantara mereka tidak dapat lagi didamaikan melainkan melalui peperangan.Lalu,Saidatina A’isyah membawa beberapa orang panglima perang termasuk Zubair bin Awwam dan rombongannya untuk menyerang Saidina Ali bin Abi Thalib.Lantas,Saidina Ali mengingatkan Zubair akan kenangan masa lalu mereka ketika bersama dengan Rasulullah.Dimana Rasulullah pernah berkata bahawa pada suatu masa kelak,Zubair akan menyerang Ali.Setelah mendengar dan mengenang kembali akan peristiwa tersebut,Zubair pulang semula ke Madinah.Sewaktu dalam perjalanan pulang ke Madinah,Zubair telah diekori seorang lelaki arab yang miskin bernama Amr bin Jarmuz.Dia hanya menunggu masa untuk menyerang Zubair bin Awwam.Ketika Zubair bin awwam berhenti seketika untuk menunaikan solat,lalu amr bin Jarmuz menyerang Zubair dan menikamnya.Amr bin Jarmuz mengambil cincin dan beberapa peralatan perang Zubair.Maka,Zubair wafat di situ.Kewafatan Zubair akhirnya sampai kepengetahuan Atikah.Sebaik sahaja Atikah mengetahui akan peristiwa tersebut,Atikah menangis sambil mengucapkan kata-kata perpisahan..


‘Amr bin Jarmuz telah mengkhianati penungggang kuda yang berani!!!
Yang berlaku pada hari pertempuran padahal dia tidak melarikan diri….
Sekiranyanengkau sedar,mulut dan tangannya pasti gementar….
ZUbair…!!!
Sungguh dia telah menerima cubaan…
Orangnya pemurah,wafatnya mulia…
Banyak usaha yang dilakukannya…
Dia tidak pernah berkira… 


Itulah ratapan Atikah atas pemergian Zubair bin Awwam.kini,Atikah sudah tiga kali kematian suami dan kesemuanya gugur di medan jihad.


Sebaik sahaja kematian Zubair bin Awwam sampai kepengetahuan Saidina Ali,Ali pergi berjumpa Atikah.Kedatangan Saidina Ali adalah sama seperti para lelaki yang sebelum ini iaitu ingin meminang Atikah.Namun,Atikah berkata:


‘Aku khuatir,Sekiranya engkau mengahwiniku,engkau juga akan mati di bunuh’…


Setelah ,mendengar kata-kata Atikah,Saidina Ali berkata :


‘Barang siapa yang ingin mati syahid pada masa akan datang,maka hendaklah dia kahwini Atikah’..


Lantas,Saidina Ali menoleh kearah Atikah dan berkata :


‘Siapakah yang lebih gemar mati syahid selain puteraku Husain…! Husain adalah orang yang telah mempersembahkan jiwa dan raganya kepada Allah’..


Lantas,dia menawarkan puteranya Husain kepada Atikah.tanpa berfikir panjang,Atikah menerima pinangan tersebut.Maka,hiduplah mereka berdua sebagai suami isteri.Sifat saling memahami,sabar dan penyayang Atikah telah menambat hati Husain.Sehingga beliau mengambil keputusan untuk membawa Atikah berpindah ke Kufah.


Maka,pada hari yang ditetapkan,berangkatlah rombongan Husain bin Ali ke Kufah.Berita kedatangan mereka itu disambut dengan gembira oleh penduduk Kufah.Ini kerana,mereka sangat berharap bahawa kedatangan Husain cucu rasulullah itu dapat meneruskan lagi perjuangan mereka menetang Bani Umayyah.Ketika Husain dan rombongannya berada di satu kawasan yang sudah menghampiri Bandar Kufah,beliau di temui oleh Al-Hur bin Yazid al-tamimi dan melaporkan bahawa saudaranya Muslim dan Hani’ telah ditangkap dan di bunuh dengan cara di salib.


Setelah mendengar akan hal tersebut,Husain dan rombongannya berniat untuk pulang semula ke Mekah.Tetapi hasratnya itu dihalang oleh saudara-saudara Muslim dan Hani’ agar menuntut bela di atas kematian dua orang saudara mereka.Maka,berlakulah perundingan di antara rombongan Saidina Ali dan Ibnu Yazid di Karbala.Tetapi rundingan tersebut gagal dan akhirnya berlakulah peperangan di antara mereka.


Maka,pada tanggal 10 Muharram tahin 61 Hijrah,terjadilah peperangan diantara kedua-dua rombongan ini setelah rundingan gagal di capai.Dalam peperangan tersebut,Husain telah terjatuh dan tersungkur ke tanah,namun tidak ada seorang lelakipun yang mampu mendekatinya dan membunuhnya kerana Husain adalah cucu Rasulullah s.a.w.Kemudian,munculah seorang lelaki dari pasukan Ibnu Yazid bernama Sinan bin Syarik.Lelaki ini bersikap bengis dan berhati batu serta tidak mempunyai sifat berkeperikemanusiaan.Tanpa banyak bicara,Sinan menghunus pedangnya dan menyembelih leher Husain seperti menyembelih seekor kambing.Akhirnya,gugurlah syahid Husain bin Ali cucu Rasulullah di tangan Sinan bin Syarik.
Pemergian Husain di lepaskan oleh Atikah denagn deraian air mata dan ratapan nangis kesedihan.Dalam sedu sedanya,Atikah bermadah :


‘Wahai Husain…!!!’
Aku tidak akan melupakanmu…
Engkau memang di intai oleh orang-orang yang menjadi musuhmu…
Mereka mengkhianati engkau di Karbala…
Hingga tubuhmu terbanting ke tanah…



Setelah kematian suaminya Husain.Atikah tidak pernah lagi berkahwin sehingga beliau wafat pada tanggal 64 hijrah..

 wasiat Syeik Sa’id Hawa Kepada Orang Yang mendakwa Cintakan Allah..


1. Hendaklah sentiasa menghadiri majlis ilmu dan nasihat.


2. Tumpukan perhatian kepada Allah dengan melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.


3. Bergaul serta berbicara dengan masyarakat dan berdakwah di kalangan mereka.


4. Berusahalah mengkhususkan untuk memberikan waktu membaca buku setiap hari.


5. Jangan lupa membaca al-quran setiap hari dan berselawat keatas Rasulullah s.a.w.


6. Amalkan bacaan Al-Mathurat.


7. Bergurulah dengan mereka yang Musyid dan janganlah tergesa-gesa dalam sesuatu perkara.


8. Lakukanlah sebanyak mungkin kebaikan selagi masih mampu.


9. Selagi mempunyai kelapangan,lakukanlah serta laksanakanlah majlis ilmu,zikir serta grak kerja berdakwah.


10. Bergaulah dengan para ulama serta menjaga adab ketika bersama mereka.


11. Janganlah melaksanakan sesuatu amalan sehingga benar-benar mengetahui akan hukum Allah di dalamnya.

perkongsian dr akhi mohamad di blog beliau

Saturday, June 15, 2013

saya sedia jadi isteri ke-3

Assalamualaikum warahmatullah…

Salam petang 6 syaaban 1434 hijr ^^

Alhamdulillah.. dah hampir kita kepada bulan ramadhan..

Semoga amal kita sentiasa konsisten..

Aamiin ya Rabb..

Post kali ini, agak extreme rasanya..

Sebab setiap wanita dengan naluri halus mereka..

Mereka takut pada perkongsian dan poligami..

Hihihi…

Bagi mereka, madu itu pahit.. :D

Well… saya nak jadi isteri ke 3…

Kenapa bukan ke-2..? kenapa tak y pertama…?

Jom..follow saya… ^^



Lelaki yang sy nak nikahi itu..

Mesti dah tetap ada dua “isteri”..

Dan dia jadikan sy isteri ke tiga…

Isteri pertama beliau ada agama islam, agama yang syumul.. yang benar, yang lurus lagi meluruskan hati hamba2 Allah yang lemah ini… lelaki yang menjadikan agama sebagai teman hidupnya, tunjang kekuatan hatinya.. tujuan setiap amal perbuatannya.. untuk mencari redha Allah dan ikhlas dalam beragama… ini isteri pertamanya.. 

Isteri kedua, sunah Rasulullah dan AlQuran, peneman hari2 nya di dunia ini… syafaat di akhirat kelak.. menagih cinta baginda.. mencontohi Rasulullah memudahkan kesulitan di dunia ini.. kerana Rasulullah adalah  suri teladan bagi seluruh umat manusia.. hamba Allah.. 

Allahummasolli ala Muhammad, wa ala alihi wasahbihi wassalam..^^



Isteri ketiga.. 

Aku… seperti hawa, peneman adam.. 

Seperti khodijah, penenang hati Muhammad SAW..

Seperti Hajar, yang sabar dan akur dengan Ibrahim AS atas perintah Allah..

“ya Allah, jadikan aku pendamping suamiku.. dunia dan akhirat.. aamiin ya Rabb”..

Isteri ke-4???

Hehehee…



Wallahualam…

Friday, June 7, 2013

Allah suka kalau perempuan habiskan masa yang lama untuk dress up :)

assalamualaikum warahmatullah..
pejam celik kita dah pun nak say good bye kat bulan rejab...
dan syaaban kian mengetuk pintu waktu...
^_______^
mudah2an kita semua bertemu dengan ramadhan kali ini.. insyaAllah...

betul ke..?
Allah SWT suka perempuan habiskan masa yang lama untuk dress up..?

dress up macam mana tu...?
mari kita tengok....
zaaazzsss!!

iron pakaian, tudung - 15minit.

ambil wudhuk - 3minit.

mari kita petik hikmah wudhuk.. :)


Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.

Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

-blog hasnul hadi ahmad-

bersiap (baca doa memakai pakaian, pakai pakaian and so on)- 10minit.


"Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku".


mengadap cermin (baca doa ketika menghadap cermin), check diri - 3 minit.

"Ya Allah seperti mana kau memperindahkan kejadian ku..maka memperindahkan la juga akhlak ku."

pakai tudung - 5 minit.

pakai handsock -2minit.

pakai stokin - 2minit.

so..... 
TOTAL = 40 minit..!!

so... tang mana yang Allah suka tu....?

Allah suka :
-kita berdoa setiap kali nak melakukan sesuatu... tanda syukur dan kebergantungan kita padaNYA..
-kita berwudhuk.. sesungguhnya wudhuk menghapuskan dosa..
-usaha untuk menutup aurat secara sempurna dan tidak bertabarruj..

sekarang check diri, selama ini Allah suka x cara kita dress up..?



wallahualam..

*wudhuk adalah suggestion/optional.. xde kewajipan untuk berwudhuk sebelum bersiap2.. :) hanya sbg sampingan mengutip pahala dan membuang dosa.. :)

Thursday, June 6, 2013

berniqob di PTAR1 UiTM Shah Alam

assalamualaikum warahmatullah..
sesungguhnya banyak tanda kekuasaan Allah SWT
yang kita dapat lihat dari kupasan lembaran kisah Isra' Mikraj :)

alhamdulillah.. hari ni banyak perkara yang diri ini rasakan mustahil terjadi...
sungguh ia mengubat hati yang terduga (post sebelum nya ^^)

diberitahu oleh seorang rakan, lecturer nak suruh hantar semua assignment besok pagi, 
memandangkan internet di hostel tak ada..
jadi nak tak nak saya terpaksa pergi dan bermalam sekali lagi di library insyaAllah..
(currently di library)

semalam ada seorang hamba Allah bertanya samada saya pakai niqob ke tak di library.
dengan senang saya jawab tak boleh pakai tanpa usul periksa
astaghfirullahalazhim....

jadi tadi sedang asyik bersiap2.. 
tergerak hati saya nak pakai niqob.. 
memandangkan saya ada niqob ninja, jadi senang saya lipat ke atas.. 
jika xboleh pakai, selak aje ke atas, kalau boleh pakai alhamdulillah...
plan saya dalam hati..

langkah saya terhenti di depan PTAR1 UiTM Shah Alam...
saya masuk..
saya terus pergi ke kaunter pertanyaan..
saya mulakan bicara:

saya: assalamualaikum cik.. sy nak tanya, etika p'makaian d library..niqob boleh pakai x..?
cik kaunter: wasalam... boleh! cuma time grad je xboleh...
saya: (mata dah bulat mcm bola pingpong dah).. serius cik.. dlm kelas/kuliah pun boleh la ye??

cik kaunter pun tanya kawan dia...
kawan cik kaunter: xada orang pernah buat lagi.. jadi saya tak pasti.. saya rasa boleh aje...
saya: oh.. terima kasih... (sambil senyum sampai telinga... lari2 anak memanjat tangga library..)

terus, sy pakai dan betulkan niqob.. sehingga sekarang.. saya sedang tulis post ni.. saya masih di library dan berniqob... alhamdulillah.. so far, di library dah pass! skrg misi untuk tanya pihak2 berkenaan tentang pemakaian niqob ketika pengajian...
anda yang membaca, doakan agar UiTM membenarkan pelajarnya berniqob ye...
insyaAllah..aamiin ya Rabb..

p/s: gambar sy ketika ini.. ^^V


Dugaan itu bonus!

assalamualaikum warahmatullah...
salam 27 rejab 1434 hijr..
salam Isra' Mikraj...

alhamdulillah... tepat jam 1 tadi, saya sampai ke hostel..
bermalam di library.. alhamdulillah... input yang selama ini saya kurang faham, bila study di library boleh jadi faham pula.. alhamdulillah wa asykurlillah...

post hari ini mengenai dugaan/ ujian...
saban hari, hampir semua manusia tidak kira samada dia itu seorang muslim @ tidak...
pasti sedang di uji oleh Allah SWT..

seperti kata syaikh ibn 'Atha'illah As-Sakandari dalam kitab karya beliau, kitab Al-Hikam:

"tiada suatu nafas berhembus darimu, kecuali di situ takdir Allah berlaku padamu"

dalam setiap helaan nafas, detik dan saat kita masih bernyawa di alam fanaa ini, Allah telah pun menetapkan sesuatu kejadian, yang mana meliputi pemberian nikmat dan ujian. sebagai contoh, detik ini saya sedang menulis post ini, dengan niat untuk berkongsi ilmu Allah, jika diperkenankan niat saya, maka satu pahala saya dapat.. sama seperti satu detik ini pada individu lain, fulan bin fulan..
mungkin dalam satu peristiwa dia melakukan perkara yang menjurus kepada maksiat dan dosa..
dan mungkin sahaja ada hamba Allah sedang menghadapi sakaratulmaut pada detik kita sedang bersuka ria..
innalillahiwainnailaihiroji'un..
Ibn 'Atha'illah berpesan agar kita manfaatkan saat-saat yang kita ada..
kata saya, "jika xmampu buat kebaikan, berat lidah untuk berzikir..sekurang-kurangnya ingatilah Allah.."

saya memetik "dugaan" dalam post kali ini..
kerana sesungguhnya saya adalah hamba yang lemah, kerdil dan fakir disisiNya..
ditakdirkan kondisi kesihatan agak tidak menentu sekarang..
saya tak dapat memberi sepenuh performance kpd pelajaran, malahan itu menimbulkan kesukaran kepada rakan2 seperjuangan saya di UiTM ini.. (maafkan daku sahabat.. T_T )
sejak akhir-akhir ini, kaki yang bengkak tu semakin sakit, sampai ke buku lali..
oleh sebab tak ada ubat yang dikhususkan untuk sakit ini, saya bertindak untuk mendiamkan diri sahaja..
sungguh saya redha ke atas pemberian Allah yang tidak ternilai ini..
alhamdulillah.. terima kasih Allah.. :)

hanya tinggal 5 hari lagi untuk FYP siap..
tapi progress FYP saya hanya dalam 30%
memikirkan keadaan ni, berhari juga saya migrain..
dan disebabkan migrain ditambah masalah problem lain, kesihatan makin merosot..
saya tak boleh berada di luar / dibawah cahaya matahari berjam-jam..
kalau tak terbaring lah jawabnya...

ditakdirkan Allah, Rabu lepas saya tak dapat attend satu kuliah pun..
dan keadaan itu membuatkan salah seorang rakan saya SMS..
isi SMS beliau meskipun agak mengguris hati..
apakan daya, dia manusia, dan saya juga manusia..
apa yang disampaikan oleh nya, adalah teguran Allah bagi saya supaya kuat melawan sakit yang melemahkan anggota..
meski terluka dengan responnya, sungguh ada kebenarannya.. maafkan aku ya sahabat, terima kasih :')

jadi semalam, saya mengambil keputusan untuk bermalam di library, keputusannya saya dapat menguasai ilmu yang saya sangkakan mustahil nak faham.. alhamdulillah Ya Rabb

kebetulan, ada kelas hari ini, jadi saya mengambil keputusan untuk berehat di surau memandangkan tak tidur semalaman.. di sini sekali lagi saya terduga..
menantikan panggilan dari rakan2 yang turut sama hadir kelas, jam 11.30 pg br sy sedar dr tidur..
astaghfirullah...
hati rasa hampa..
nak menangis tapi tak keluar airmata..
dah lah lecturer nak buat assessment.. ya Rabb...

saya nak marah, tapi pada siapa..
sedangkan individu yang paling layak untuk dimarahi adalah saya sendiri..
jadi saya diam.. 
diam...dan pejam mata..
"Ya Rabb, sungguh kali ini, Engkau hadiahkan aku rasa sakit, untuk hapuskan dosaku.. alhamdulillah, Engkau juga menghadiahkan dugaan dalam aku menuntut ilmu, agar aku belajar untuk lebih rajin dan bersungguh-sungguh.."

sekali lagi, saya keluar dari surau..
berjalan ke bustop, menantikan bas untuk balik hostel..

ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

aku redha..
wallahualam..


My Blog List

Daisypath Friendship tickers
get this widget here