Tuesday, January 3, 2012

penghijrahan 3


Assalamualaikum,

bersempena menjelangnya tahun baru 2012.. saya berhasrat untuk memakai purdah. Setelah menyimpan hajat itu selama 5 tahun (sejak sekolah agama tok jiring).. saya memang tiada kekuatan untuk memulakan langkah pertama, maklumlah keluarga saya pun bukan terdiri daripada orang2 alim dan kuat agama dan sekiranya saya memakai purdah, saya sedia menerima apa sahaja yang mereka ( my family members) nak tegur, kerana saya tahu, mungkin perubahan saya ini merupakan satu kejutan besar (mungkin juga tamparan hebat) kepada orang2 berkenaan. Saya Cuma berharap mereka memahami dan menerima kehendak saya.

“Wahai saudara2 ku, ketahui lah walaupun aku tidak mengetahui apa yang sedang bermain di dalam fikiran mu, aku sentiasa mahu bersangka baik terhadap kalian, janganlah kamu merasakan perubahan ku ini satu beban atau malu yang terpaksa kamu hadapi. Biar orang sekeliling mahu mengata, yang terpenting buatku adalah sokongan daripada saudara2 ku. Maafkan aku sekiranya aku tak mampu menjaga hati kamu, kerana aku seorang manusia biasa yang hanya berada dalam beberapa langkah penghijrahanku.”


My Blog List

get this widget here