Thursday, May 26, 2011

Ader selera ke kalo makanan macam ni.....?

treat or trick!!

haaa... lepas tengok story tim burton... saya rase nak selongkar sket pasal perayaan halloween... carik punye carik.... dapat la info pasal halloween... halloween adalah tradisi perayaan malam tanggal 31 Oktober di negara-negara berpenutur bahasa Inggeris, dilakukan anak-anak berpakaian aneh yang berkeliling dari pintu ke pintu rumah tetangga meminta permen atau coklat dengan berkata “Trick or treat!” Ucapan “Trick or treat!” merupakan semacam “ancaman” yang berarti “Beri kami (permen) atau kami jahili.” Anak zaman sekarang biasanya tidak lagi menjahili rumah orang yang tidak memberi apa-apa. Sebagian anak-anak masih menjahili rumah orang yang dianggap pelik dengan cara “menghiasi” pohon yang ada di depan rumah dengan kertas toilet atau menulisi jendela dengan sabun.


Halloween biasanya identik dengan setan, tukang sihir, hantu Goblin dan makhluk-makhluk menyeramkan lain dari kebudayaan Barat. Halloween disambut dengan menghias rumah dan pusat perbelanjaan dengan simbol-simbol Halloween.

Dalam nak menyambut Halloween ni, penyambutnya akan pakai kostum hantu atau character lagenda cerita2 mereka, macam casper, Cinderella pun adasebagai contoh -à



Teringin jugak saya nak tahu apa hidangan diorang bila menyambut perayaan ni, macam kita, time raya mesti ade ketupat, rendang, sate, kuah kacang dan kuih raya.. memang hidangan ni lah yang buat perut yang slim dek puasa sebulan jadi bulat balik.. kalau korang pun nak tahu…… jum tengok!








p/s: ader teringin nak makan..?? tepuk perut, tanya dia "nak makan ke tidak".. hahaha :P

Wednesday, May 25, 2011

baby tanpa ayah!



cantik betoi baby2 dalam gambar ni kan..??

kalau nak tahu, ni antara baby yang lahir tanpa ayah.. bukan macam Nabi Isa a.s... tapi ini sebenarnya baby tiruan..

saya tak tahu la kat mana, tapi di luar negara, ada lesson yang ajar budak2 sekolah cara-cara jaga anak.. setiap orang akan dapat satu baby ni.. (macam syok jer...http://www.emocutez.com )..
reborn baby ni boleh menangis, gelak.. dia pun sama jer dgn baby betoi.. kita kena jaga dia mcm baby betol... kena bagi makanan, buat dia sendawa, hiburkan dia.. yang jimatnya..lampin dia tak yah beli sebab lampin dia ade cip yang kawal emosi baby tu time buang air, jadi tak boleh la pakai pampers mamipoko, pet pet.. heheheheee.. http://www.emocutez.com
makanan pun kita tak perlu buat.. sebab ada makanan khas.. jadi pada saya, memang bagus lah ada baby ni, untuk ajar budak2 remaja kat luar sana betapa rumit nyerjadi ibu, mana tahu diorang boleh terbukak hati tak buat lagi maksiat, n tak buang baby..


p/s: penulis ni baru jer dua tiga hari jaga baby.. (anak sdara).. hihi http://www.emocutez.com

Tuesday, May 17, 2011

cerpen 3> ulat dan rama-rama






Namaku Puteri Darwina Dato’ Halim. Aku ni anak tunggal. So, memang aku dimanjakan mama n papa sejak kecil. Tapi aku bukan lah nak cerite fasal mama papa aku sekarang ni. Aku nak bagitau fasal sorang pria nih, namanya hamad. Hamad ialah anak tok guru kat tempat aku mengaji. Tok guru tu nama wak min. hamad ni umurnya 2 tahun tua dari aku, aku kenal hamad sejak umur 5 tahun. Hamad sangat rajin bercucuk tanam. Pernah suatu hari, dia bagitau aku,

“aku nak jadi petani berjaya, semua pokok aku nak tanam”.

Aku just diam saja. Yalah, jadi petani je pun, bukan doktor or cikgu. Hamad tak sekolah sebab dia tak mampu bayar yuran. Bapak dia kerja ajar orang mengaji sahaja. Yuran pun tak mahal, rm10 ringgit sahaja sebulan, budak mengaji ade 10 orang.

Rm10 X 10 orang budak mengaji = RM100.

Banyak tu mana boleh tanggung hamad belajar. Kat rumah hamad pun pakai air perigi ngan pelita ayam. Walaupun hamad miskin, aku dah tersuka kat dia sebab dia tu jujur.

Masa aku umur 7tahun, hamad 9 tahun.

- Aku masuk pertandingan lumba lari. Time berlari tu, tetiba kakiku tersadung, terus aku jatuh. Memang lutut aku luka masa itu. Kebetulan hamad datang masa tu. Bila dia tengok aku jatuh, dia terus tolong aku keluar dari padang. Pelan-pelan hamad amik something dalam poket dia, aku ingatkan plaster dettol. Rupanya, keratan daun lidah buaya. Hamad cuci luka aku dan sapu gel yang keluar dari daun tu kat kawasan luka tu. “aku tanam pokok ni, kan dah jimat, tak payah beli ubat”. Kata hamad sambil tersenyum. Masa aku umur 12tahun, hamad 14tahun.

- Mukaku mula ditumbuhi jerawat.eeeiii.. kotor sangat bila tengok dalam cermin, kenapa lah kalau period jer, mesti ada jerawat. Nasib baik dua tiga aja, kalau berkilo, boleh pengsan aku. Tiap-tiap petang aku pergi ke kebun hamad. Hamad dah ada kebun, tapi sekangkang kera saja.petang tu, tengah aku lepak ngan dia. Hamad pun kasi aku segenggam kacang hijau. Aku tanya, “untuk apa?”, hamad pun jawab, “untuk hilangkan jerawat, tumbuk sampai hancur, pastu ko bancuh ngan air, cuci muka setiap hari, sebelum mandi..nanti jerawat hilang la”. Aku terharu jer bila hamad ambil berat fasal muka aku ni. Lagi lah aku makin suka kat hamad tuh.



Masa aku umur 19tahun, hamad 21tahun.

- Masa ni lah aku berani cakap kat hamad yang aku suka dia. Aku ingat hamad rijek aku, sebab aku kan anak manja papa mama aku. Tapi tak sangka pula dia pun suka aku. Kami pun bercinta. Masa birthday aku yang ke-19, hamad dah janji nak bagi aku hadiah. Aku pun mula lah berangan-angan dapat coklat, anak patung, baju daripada hamad. Yalah, hamad dah jadi petani separa berjaya(ada gerai sayur dan kebun dah dua kangkang gorila). Kebetulan birthday aku tiba masa aku tengah cuti sem (aku sambung belajar kat uitm). Jadi kami pun boleh sambut bersama-sama. Hari itu pun tiba. Kat rumah aku buat makan-makan. Hamad datang bawak hadiah. Time tu, rasa nak melompat pun ada. Nampak hadiah tuh berkotak je, jadi aku pun berteka dalam hati.. coklat nih… ntah-ntah, jam tangan quart.. iphone ker..??. aku bukak kat situ jugak, depan tetamu. Bila aku bukak. Isi hadiah tu, sekotak uncang teh!. Aku hairan, aku pandang hamad. Dia senyum lalu berkata, “mata nampak letih, mungkin sebab selalu tido lambat stadi. Jadi guna la uncang teh tu, rendam dalam air panas, pastu sejukkan dalam peti ais. Letak atas mata tu, ok?”. Hamad pun berlalu.

Kini, aku dah umur 25tahun, hamad 27tahun.

- Mesti korang nak tahu apa yang jadi lepas hamad blah dari rumah aku pada malam birthday aku 6tahun lepas bukan. Ya, lepas hamad balik, aku terus mengamuk, menangis dalam bilik. Mama dan papa aku tahu yang aku suka sangat kat mamat hamad tu. Then, malam tu, mama masuk dalam bilik aku yang dah jadi tongkang pecah. Mama pun duduk di sisi aku. Masa tu, aku dah bajet kena bebel kaw-kaw ngan mama. Rupa-rupanya..



“puteri, mama Cuma nak cakap satu saja, dengar ya.. di sebalik hujan panas yang boleh buat kita demam, ada pelangi indah yang mewarnai langit.. di sebalik ulat yang merosakkan pokok dan tumbuhan, ada sang rama-rama.. tuhan sentiasa mengatur sesuatu yang terbaik untuk hamba-Nya.. biarkan ulat tu memakan daun, biarkan hujan panas jatuh menimpa bumi, kerana ada rama-rama dan pelangi menanti.. dan biarkan lah hatimu terluka sedikit, kerana apa yang terjadi ni menjanjikan kebahagiaan kelak”.

Dan sekarang, aku dah pun kahwin. Dengan siapa?? Dengan hamad lah. Kami tinggal di rumah besar, hasil titik peluh hamad sendiri.(kebunnya dah jadi 10 kangkang dinosour). Kami hidup bahagia. Benarlah kata mama aku, walaupun dulu, angan-angan aku aysik musnah saja, tapi sekarang, usahkan coklat, kilang coklat pun hamad boleh beli…! J

p/s : bersyukur lah dengan apa yang ada. Kalau nak..berjaya, takder spm pun boleh berjaya

cerpen 2> surat untuk ulangtahun pertama perkahwinan.




Malam ini merupakan ulang tahun pertama perkahwinan Nina dan Zainal. Jadi, mereka bersepakat nak menulis surat kepada satu sama lain sebagai trademark rumah tangga mereka. Di dalam surat tersebut,mereka haruslah menyatakan apa sahaja yang mereka ingin pasangan mereka ubah demi kebaikan rumah tangga. Nina dan Zainal pun mula lah menulis surat pada paginya itu.

Pada malamnya,

Mereka menyambut ulang tahun di rumah sahaja, di meja makan yang terhidang hidangan yang lazat, dan 3batang lilin yang menyala. Sebelum mereka makan, Nina pun menghulurkan satu envelop. Tebal sekali!

Zainal turut menghulurkan surat miliknya. Dengan sabar zainal membuka sampul surat itu. Lalu dibacakan warkah yang mewakili hati isterinya.

Buat suami tercintaku,

Nina gembira bersama abang selama setahun ni, Cuma….

Cuma??

Cuma 30 perkara saje yang Nina nak abg ubah. Pertama, abg tolong la bla

bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla…..

30minit kemudian, helaian ketiga,

Abg tolong la kuruskan badan, sekarang Nina tengok perot abg da buncit macam org mengandung dah. Nina nak la suami Nina ensem macam dulu-dulu. Oklah,ni jer yang Nina harapkan. I LOVE U. selamat ulang tahun pertama,darling. J



Zainal melipat kembali surat itu tanpa berkata apa-apa. Kini giliran Nina membaca warkah hati suami tercintanya.

Khas untuk isteri abg yang amat dicintai,

Bersempena ulang tahun pertama kita ni, abg nak ucapkan terima kasih padamu sayang, kerana sayang tidak pernah kenal erti penat tegur abg,membebel kt abg, sebab abg taw abg ni degil org nyer. Abg sangat bahgia ngn syg, walaupun suara syg memg bt ank jiran sebelah menangis, tp tu lah halwa telinga abg, kalau tak dgr suara syg, bole demam la abg jawabnya. Syg skrg maken cute, bt abg maken geram n slalu ingat syg tak kira masa. Jadi untk tak nak bg rindu sgt kt syg, abg beli patung doraemon,letak atas dashboard keta abg..kat opis abg pun ader jgk patung doraemon. Sampai kwn2 abg cakap abg mcm budax2 dah. Tapi abg tak kisah sbb bila abg tgok doraemon tuh, sebijik mcm syg.. Cuma syg tak kaler biru jer.

Tader apa yang abg nk syg ubah, sbb syg la pewarna idup abg. I luv u sygku,nina. Selamat ulang tahun <3

cerpen 1> HACKS untukmu




“Gula-gula hacks lagi?? Dah sepuluh bijik aku jumpa kat dalam laci meja aku nih…sapa yang gatai-gatai sangat tinggal nota cinta kat aku. Hanya aku cinta kau seorang…cehh!! Poorrahhh!”

Sarah merengus, geram dengan sikap orang yang sengaja meninggalkan gula-gula cinta di dalam laci meja nya. Lalu, diambilnya gula-gula itu dan dibuangnya keluar. Tindakan sarah itu disedari oleh shafiq yang dari tadi menjadi penonton gelagat rakan sekelasnya itu.

“kenapa ngan ko nih sarah?”, shafiq bersuara.

“tader ape lah. Ko jangan menyibuk boleh tak?”, jawab sarah kasar. Sarah sememangnya seorang pelajar perempuan yang kasar dan bengis, jauh tersasar dari fitrah seorang wanita yang lemah lembut, bersopan. Shafiq yang bengang dengan jawapan sarah mengetap bibir lalu bingkas dari tempat duduknya.

“lantak ko lah”, shafiq menapak keluar dari kelas 5 bestari.



Keesokan harinya, sarah datang lebih awal daripada biasa. Dia berharap dapat melihat siapakah yang menaruh hati padanya. Dan harapannya tercapai apabila….



“Woi! Apa ko buat kat tempat aku..????”, sarah menjerkah shafiq yang kelihatan terbongkok-bongkok di tempat duduk sarah. Shafiq kaget.

“ooo..ko rupanya yang letak hacks kan?? Bek ko mengaku!”

Shafiq akhirnya angguk.

“ye..aku yang letak…”

“maknanya ko la yang suk…”

Belum sarah habiskan kata-katanya, shafiq pun bersuara.

“maaf sarah, aku Cuma nak mulut ko bau wangi sket,leh la cover bau busuk gigi ko tuh, aku taknak la cakap..nanti kan ko terajang aku lak..”

Sarah terlopong dengan muka yang merah padam.

(^_^)V




p/s: len kali jaga kebersihan anda, jgn lak terperasan lebih ^^

My Blog List

get this widget here