Tuesday, April 24, 2012

episode 3




Impak kebesaran Dia

          “Saudari.. Semoga ini memberi manfaat kepada saudari… Sebelum saudari menghadap-Nya… Moga Allah membukakan pintu hidayah buat saudari..”, wajah lelaki itu tenang sekali menghulurkan risalah itu. Muthiah menyambutnya. Namun, apabila risalah itu sudah rapi digenggam oleh nya. Ia terbakar dengan serta- merta.
          “Tak payahlah baca risalah tu, itu cuma satu manifesto agama Islam, kita hidup cara begini, bukan? Kita orang Islam, kamu sudah menutup aurat my dear..kamu sudah cantik padaku.. cantik.. ”, lancar kata-kata Fazrin yang berdiri tidak jauh dari lelaki itu.
          “beristighfar, sahabatku.. tak elok jika seorang wanita keluar dengan lelaki bukan muhrimnya, kau sudah menghampiri zina”, Hidayah pula muncul entah dari mana.
          “istighfar, saudara ku…”, lembut sahaja seruan lelaki yang menyampaikan risalah tadi. Hidayah juga mengikuti dia.
          “istighfar…. Istighfar… Muthiah.. istighfar…”
          Muthiah mencelikkan mata, cahaya terang kian menyakitkan mata, perlahan-lahan dia melihat kiri dan kanan. Kelihatan Hidayah duduk di sebelah katilnya.
          “eh, aku kat mana ni..?”, Muthiah bersuara. Hidayah yang tadinya tertunduk kerana keletihan kini panggung kepala melihat sahabat nya yang sudah sedar.
          “syukur alhamdulillah… kau dah sedar.. kau kat hospital sekarang..kau tak ingat apa yang terjadi?”. Hidayah menyoal ingin kan kepastian. Manakan tidak, sahabatnya itu terbaring kaku selama 10jam selepas dirempuh oleh sebuah van berhampiran kawasan rumahnya. Mana tahu, Muthiah hilang ingatan gara-gara kemalangan itu.


          Mujahid meneguk air sirap yang dipesan tadi. Tekaknya yang tadinya kering kini lega. Mana tidak nya, dia bersama sahabatnya Syed mengagihkan risalah hampir tiga jam, bertegur sapa dengan sesiapa sahaja yang ditemui mereka.
          “alhamdulillah.. kiranya selesai tugas kita hari ini, aku nak balik rumah dah lepas ni Yid, aku ada proposal kena buat ni.. ”, mujahid menyeka peluh di dahi. Memikirkan banyak assignment yang masih tertangguh, dia mahu segera pulang. Selepas bersalaman dengan sahabatnya itu, dia menghidupkan enjin motosikalnya, tiba-tiba bunyi brek yang nyaring menyakitkan telinga menarik perhatian Mujahid.
          “Allahuakbar! Ada orang kena langgar..!!”, mujahid pantas berlari ke arah insan malang tu. Syed yang juga menyedari kejadian itu turut serta.
          “perempuan ini lah yid… astaghfirullah alazim.. mari kita bantu dia.”, melihat kenderaan yang merempuh gadis itu sudah lesap melarikan diri, mujahid terkilan. Mana hilangnya perikemanusiaan manusia sekarang, sudahlah menabrak orang, larikan diri pula. Nauzubillah!
          Mujurlah ketika itu ada orang awam sudi membantu membawa gadis yang ditabrak itu ke hospital, jika berlamaan boleh bermandi darah di jalan itu. Ketika mengusung gadis itu ke dalam kereta, handphone milik gadis itu menjerit minta di angkat. Tertera nama “Hidayah” di skrin.


          Muthiah membelek risalah itu lagi. Dibacanya berulang kali sejak hari itu. Muthiah mengeluh. Hajatnya untuk bertanyakan perkara ini kepada hidayah belum tercapai. Kiranya sudah tiga hari dia berada di hospital. Kaki kiri nya menerima 10 jahitan akibat dirempuh hari itu, mujurlah cuma tulang betis nya sahaja yang retak. Jika tidak, tidak merasalah dia nikmat berjalan kaki lagi dalam masa terdekat ini. Menurut doktor, dia dibenarkan pulang lusa.
          “bosannya.. ”. Muthiah merungut. Dinantikan ibu bapanya, mereka hanya menjenguk sekali sahaja. itu pun ketika dia masih tidak sedarkan diri. “Kenapalah mama papa tak datang tengok aku ni.. sibuk sangat ke?”
Pintu dikuak seseorang. Hidayah menjengah masuk sambil membawa beberapa majalah.
          “assalamualaikum kawanku… macam mana hari ni..? sihat? Kaki sakit lagi tak?.. ni aku bawak kan majalah favourite kau.. untuk hilangkan bosan.. aku beli kat bawah tadi..”, di hulurkan majalah intrend dan women’s weekly kepada Muthiah.
Muthiah tidak menyambut majalah-majalah itu. Dia membuang pandangan ke luar tingkap hospital itu. Hidayah kehairanan.
          “kenapa dia tak ambil? Bukan ke ini kesukaan dia.. pelik benar dia sejak lepas accident ni…”, hidayah bermonolog di dalam hatinya.
Muthiah memandang hidayah. dia dapat meneka apa yang sedang bermain di hatinya sahabatnya itu.
          “Dayah…. Majalah-majalah itu.. baik kau buang sahaja.. aku dah tak minat nak baca… dan.. aku tersinggung dengan kau.. kenapa kau masih mahu aku leka dengan dunia ini, sedangkan aku sebenarnya sudah jauh tersasar… kenapa kau memberi aku nasihat.. tapi kau tidak memberi aku penawar untuk membersihkan hati aku..tapi kau masih mahu menyuap racun, seperti majalah itu, kenapa…? Adakah aku sahabat kau..? atau aku musuh kau?.... aku saudara satu agama kah? Atau aku berbeza agama dengan kau..?”. soalan demi soalan Muthiah utarakan pada sahabat nya itu.
Manik-manik jernih kian jatuh melewati pipi Hidayah. rasa tertampar dengan soalan Muthiah. Kata-kata sahabatnya itu walaupun lembut, menjerut lehernya. Sesak nafas bila difikirkan.
          Muthiah memeluk hidayah dengan erat. Memang hatinya tersentuh, melihat sahabatnya menangis. Tapi dia merasakan haknya untuk berkata begitu. Kerana selama ini tarbiyah Hidayah seakan tidak sampai ke lubuk hatinya. Berbeza dengan apa yang terkandung dalam risalah itu. Pelukan mereka terlerai, lalu Muthiah menceritakan apa yang berlaku tempoh hari kepada hidayah. Dia juga menceritakan mimpi yang dialaminya ketika dia tidak sedarkan diri.
          “syukur alhamdulillah sahabatku, kemalangan yang kau hadapi tempoh hari bukan musibah, tapi nikmat kerana Allah Yang Maha Berkuasa telah membukakan hati kau untuk berubah. Tak apa, nanti aku ajar kau sedikit demi sedikit ya, oh ya. Ini telekung solat kau, aku bawa, dan ini majalah solusi, aku beli untuk aku tadi. Tapi, kau bacalah, isi masa luang kau di sini”, wajah Hidayah ceria. Rasa syukur terbit dihatinya melihat sahabatnya sudah mendapat petunjuk Allah, meskipun bermula dengan sedikit kesakitan. Terima kasih Allah!

No comments:

Post a Comment

My Blog List

get this widget here